Saturday, September 8, 2012

Lynas Corporation akan ditutup .....


Lim Guan Eng memberitahu pengundi hari ini satu-satunya cara untuk menghalau keluar Lynas Corporation pulang ke Australia dan menutup kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha agung DAP memberi amaran kepada pelobi anti Lynas bahawa pemberian lesen pengoperasian sementara (TOL) kepada pelombong Australia itu adalah petunjuk jelas bahawa jika BN menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, syarikat tersebut akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang halangan.
“Kerajaan BN tak ada jalangan untuk memberikan TOL kepada Lynas walaupun sebelum PRU menunjukkan mereka lebih mementingkan keuntungan BN berbanding kesihatan rakyat.”
“Tempoh TOL dua tahun tidak memberikan rakyat Malaysia pilihan selain daripada memilih keselamatan berbanding keuntungan syarikat dan dua reaktor nuklear dengan menggantikan BN dengan Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Lim membangkitkan tentang ketakutan berbangkit dengan Lynas – membuang sisa dari Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan walaupun syarikat Lynas telah memberikan komitmen untuk membuang sisa tersebut di luar Malaysia.
Lim membangkitkan walaupun Lynas telah menyatakan komitmen mereka, akan tetapi syarikat tersebut masih enggan memberitahu di negara mana sisa-sisa. Water Leach Purification (WLP) tersebut akan dibuang.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts