Monday, September 10, 2012

Janji PR untuk Pengundi Wanita


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membawa pakej ‘janji’ pilihan raya kepada pengundi wanita bagi memastikan golongan ini terus  berdaya selaras dengan tujuh tumpu utama dalam merealisasikan perancangan tersebut.

Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin, langkah ini merupakan satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran ‘Agenda Wanita Malaysia’ pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam.
Majlis akan diserikan oleh kehadiran ketiga-tiga Presiden Pakatan iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).
“Dengan membawa mesej ‘Falsafah Hormat Wanita’ dalam agenda ini,maka golongan wanita harus menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini.
“Tujuh tumpu utama ini akan kita perjelaskan dalam majlis itu nanti. Kita membawa arus perubahan untuk menjadikan wanita Malaysia benar-benar berdaya dan ini satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Zuraida turut menyifatkan agenda ini sebagai satu lagi Buku Jingga yang khusus bagi wanita’ yang memberi penekanan untuk memperkasakan golongan wanita.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Muslimat PAS,Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Majlis itu juga turut mendapat kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wanita khususnya dialu-alukan untuk hadir pada malam itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts