Thursday, September 20, 2012

Insiden persenda Raja : Dr Mariah saman

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu.

Saman terhadap seorang doktor perubatan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin.

Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen.

"Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah.

Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts