Thursday, February 5, 2009

Ahli Parlimen Kota Raja minta MPK ambil tindakan

KAMPUNG JAWA - Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta untuk membuat siasatan lebih terperinci tentang kewujudan sebuah kilang yang didakwa mengancam kesihatan penduduk di sebuah perumahan di sini.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kewujudan kilang itu sejak empat tahun lalu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan malah beliau turut hairan bagaimana ia dibenarkan beroperasi tanpa ada halangan daripada pihak berkuasa tempatan. Menurutnya, beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, namun meminta MPK mengambil tindakan drastik terhadap aduan yang dikemukakan oleh penduduk.

“Kita juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan pemantauan memandangkan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) sendiri tidak memberi kelulusan terhadap perjalanan operasi kilang tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan penduduk di sini dalam Majlis Dialog Bersama Penduduk yang diadakan di Bangunan MPK, kelmarin. Katanya, beliau meminta MPK mengambil kira aduan penduduk sejak tahun 2005 berhubung aduan mereka terhadap status operasi kilang yang dipercayai mengeluarkan sisa bahan kimia itu.

“Saya hairan bagaimana kilang itu dibenarkan beroperasi sedangkan jarak premis berkenaan dengan rumah penduduk terlalu hampir dan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuni di situ. “Ada di antara penduduk yang mengalami masalah kesihatan antaranya gatal-gatal kulit serta batuk malah penghuni di situ juga perlu membuat pemeriksaan darah bagi mengelakkan komplikasi yang lebih besar akibat terhidu bau yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan,” katanya.

Dr Mariah berkata, satu perbincangan susulan akan diadakan pada minggu hadapan bagi mencari jalan terbaik termasuk menghentikan operasi kilang tersebut yang boleh menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling. “Kita prihatin dan akan membantu sedaya upaya bagi menyelesaikan perkara ini kerana ia boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak di situ,” katanya.

1 comment:

  1. PAS masa kini serupa macam UMNO sebelum dilanda tabiat rasuah masa gemilangnya.UMNO mesti berterima kasih dengan Mahathir kerana meningalkan legasi rasuah ini sehingakan pengikutnya terdiri dari ahli2 UMNO, saya sangka, berani keluar beramai2 membantah supaya tindakan tidak diambil keatas perbuatan rasuah dan pesalah.Mari kita beramai2 menyertai PAS supaya negara kita selamat dunia dan akhirat.Takut kan Tuhan dan hidarkan diri dari rasuah dan perbuatan yang terkutuk dan keji.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts