Sunday, July 4, 2010

Bila tiada kuasa

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.

"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.

1 comment:

  1. Nong Chik harus sedar demikianlah susah sengsaranya parti lain yang kalah tatkala BN menguasai negara.

    Anda hanya baru merasainya sehari dua, tapi bayangkan parti yang menderita dilukai dan dianiayai berpuluh tahun. Ketika itu mereka anggap diri maharaja mampu melakukan apa sahaja. Namun perlu dingatkan, BN belum cukup belajar erti kesengsaraan. Baru kehilangan kasut sudah mengeluh dan menuding jari. Bayangkan orang yang kehilangan kaki tapi telah bergerak begitu jauh mengejar matlamat!

    Seperkara lagi, Nong Chik harus menasihati diri bahawa kekalahan harus diterima secara terbuka. Kekalahan juga adalah anugerah Allah supaya membuka hati untuk bermuhasabah adakah selama ini kita telah menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkah. Ingatlah pada motto RMC tempat kita pernah belajar dan dilatih dulu. "Serve To Lead". Bermakna berkhidmat memimpin. Berkhidmat yang macam mana? Memimpin yang macam mana? BN atau UMNO harus redha pada kekalahan dan anggaplah kekalahan membasuh riak dan angkuh kita selama ini.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts