Monday, July 5, 2010

Pengakuan Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memerlukan kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannnya sendiri dalam menjalankan tugas kerana perkara tersebut bukanlah bidang kepakarannya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, badan-badan kerajaan lain seperti Jabatan Peguam Negara dan pihak polis sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan suruhanjaya itu.

"Kalau semua kita jaga berkuasa sungguhlah kita. Dalam badan kita ini pun, anggota (tubuh) bukan untuk buat semua benda. Hidung untuk tarik nafas, telinga untuk mendengar.

"Kalaulah ditakdirkan satu sahaja (anggota), hidung saja, itu (untuk) dengar, itu makan, alangkah mudah.

"Allah taala jadikan begitu sebab dalam dunia ini kita tidak boleh jadi Superman, semua kita kena buat," kata Abdul Aziz sambil ketawa kecil.

Beliau diminta mengulas sama ada suruhanjaya yang dipimpinnya mengambil langkah selamat dan 'cuci tangan' kerana tidak ingin meminta kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannya sendiri bagi melancarkan perjalanan sesebuah pilihan raya.

Diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putraja baru-baru ini, Abdul Aziz memberikan analogi mudah bahawa bagi menjamin kerja yang berkesan, pengkhususan amat penting diamalkan.

"Doktor kena jadi doktor. Peguam kena jadi peguam. Kalau tidak, doktor pun dia, peguam pun dia, jurutera pun dia.Itu sebabnya dalam jabatan pun kita ada bahagian-bahagian.

Ulas kontroversi 'you help me, I help you'
"Itu sebabnya dalam kerajaan pun ada eksekutif, ada yang perundangan, dia bahagi-bahagi (peranan). Sama juga yang ini, SPR kena mahir dalam pilihan raya.

"Tentang pendakwaan, tak perlulah buat pandai-pandai. Ada orang lain lebih pandai. Pergi minta tolong dia," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang 'pembelian undi' dalam pilihan raya melalui pengumuman 'projek segera' dan bantuan tertentu kepada pemilih, Abdul Aziz berkata perkara tersebut sukar dibuktikan walaupun dibawa ke muka pengadilan.

Menyentuh kontroversi janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini - yang didakwa pembangkang sebagai rasuah, Abdul Aziz menjawab:

"Bila beliau (Najib) berkata 'you help me, I help you' (kamu tolong saya, saya tolong kamu) beliau tidak bercakap kepada individu tertentu. Beliau bercakap kepada kumpulan yang besar...

"Untuk mengatakannya salah, ia mesti dibuktikan di mahkamah. Ia mesti dibuktikan bahawa ia mempengaruhi pemilih dan mereka memilih calon tertentu disebabkan perkara ini. Tetapi bagaimana untuk buktikan perkara ini? Undi adalah rahsia.

"Saya bukan peguam, jadi kita biarkan mahkamah tentukannya." jelasnya.

Menurut Abdul Aziz lagi, seperti lumrahnya amalan dalam politik, parti lain seperti PAS juga berlaku perkara yang hampir sama apabila dikatakan mengundi parti berkenaan dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak.

3 comments:

  1. baguslah kalau kata fokus kerja sendiri. Bidang kita, kita buat bidang orang lain orang lain buat. CUMA NAK TANYA, PENDAFTARAN PEMILIH KERJA SAPA? BIDANG SAPA? KERJA PARTI POLITIK KE? KERJA PEMILIH KE? ATAU SPR TAK MAHU MENGAKU KERJA DIA. MACAM INILAH...Minta gaji tu sikit, nak agih-agih kat orang lain yang tolong buat kerja, Boleh?

    ReplyDelete
  2. Setuju betul dgn cdngn singalautmetro. kami PPS ni konon dapat RM1 utk 1 borang tapi pembayarannya entah bila-bila

    ReplyDelete
  3. Ayuh sama-sama kita sertai gabungan bloggers Pakatan Rakyat di TAWANMALAYSIA.COM
    Paparkan logo tawanmalaysia.com di blog-blog anda dan kami juga akan berbuat demikian.
    Sama-sama kita duduk di dalam jamaah dalam menumbangkan Barisan Nasional!
    Segala kerjasama anda amat dihargai! Terima Kasih!

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts