Saturday, July 10, 2010

RM 200 juta nilai seorang pengundi

Tahukah anda berapa nilai seorang pengundi baru yang didaftarkan?

Percayakah anda bahawa di Malaysia nilai tertinggi  seorang pengundi adalah sebanyak RM200 juta, bagaimana ini terjadi.

Pada tahun 2004 selepas PRK Permatang Pasir, Pasir Mas Kelantan, kerajaan PAS pimpinan TGNA pada ketika hanya mendahului BN dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada ketika sangat tipis dan kritikal ia itu PAS 23, manakala BN 22.

Pada pilihanraya ke 11 tersebut bagi DUN "N35 Kemuning" Calun BN Wan Mohammad Zin bin Mat Amin mendapat undi sebanyak 6,076, manakala calun PAS Haji Zakaria bin Yaacob mendapat 6,078 undi. Ini bermakna Calun PAS menang dengan 2 undi sahaja.

Dengan 2 Undi tersebutlah TGNA masih dapat meneruskan pemerinthana di negeri Kelantan hingga kini sudah mencapai lebih 20 tahun dan pada ketika itu TGNA membelanjakan sebanyak RM 400 juta sebagai perbelanjaan mengurus negeri Kelantan.

Jika nilaian ini diambil kira bermakna "Nilai satu Undi ialah RM200 juta" kerana dengan 2 undi tersebutlah TGNA dapat memerintah Kelantan.
Jika nilaian ini diambil kira, jangan tunggu lagi teruslah mendaftar sebagai pengundi, kerana undi anda mat bernilai. Baca seterusnya DAP contoh terbaik

1 comment:

  1. Marilah anak-anak muda. Marilah mendaftar. kalau bukan anda siapa lagi. Mahu diharapkan SPR daftar automatik, tunggu kucing beranak harimau.

    Mendaftar adalah hak kita. Pada tangan andalah negara ini akan dicorak. Gunakan hak mengundi nanti untuk melukiskan corak atau lanskap masa depan politik negara kita.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts