Sunday, July 25, 2010

Siri ceramah UmNo ibarat persembahan sarkas

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh menerima kritikan dan pendedahan yang dibuat oleh UMNO Selangor dalam siri ceramah ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ (SSDE) sekiranya ia berasas dan mempunyai bukti.

Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pentadbiran sesebuah kerajaan akan lebih berkesan sekiranya dikritik dengan berasas dan bernas.

“Kita menggalakkan orang membongkar perkara yang berasaskan bukti dan sesuatu pembongkaran mestilah dipisahkan daripada pembohongan kerana dengan kritikan dan pendedahan yang berasas, barulah kerajaan boleh mentadbir dengan berkesan.

“Siri ceramah yang berasas dan bernas tidak akan menggugat Pakatan Rakyat kerana sistem demokrasi membenarkan ceramah yang tidak merosakkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program SSDE yang dianjurkan UMNO Selangor di seluruh negeri itu yang bermula kelmarin untuk memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, siri ceramah tersebut adalah ibarat persembahan sarkas untuk menghiburkan penonton semata-mata.

“Kita (Pakatan Rakyat) sedikit pun tidak tergugat dengan program ceramah seperti ini kerana ia hanyalah umpama pertunjukan dan lakonan sarkas untuk menghiburkan rakyat Selangor,” katanya.

3 comments:

  1. Nak rasa macam gigit semut pun tak ada. Memang betul macam sarkas. Pertunjukan dan pertandingan minum air dalam botol dan makan pasir dalam piring. Cuma yang datang adalah beberapa ekor keera, unggka, ciikah, lootoong, siaamang, beerook dan oorangg uutann. Maaflah pak Noh. terkasar pulak. Kalau buat ceramah kat hospital PD yang tak ada air-con, tak ada lampu lampu lagi baik. Ajak Muyhidin sekali. Tunjuk kat dia itulah kebaikan BN kepada rakyat. Sampai doktor pun kena seksa nak buat kerja.

    ReplyDelete
  2. Alamak merah telinga baca komen ni

    "Cuma yang datang adalah beberapa ekor keera, unggka, ciikah, lootoong, siaamang, beerook dan oorangg uutann"

    ReplyDelete
  3. SAMA-SAMA KITA GELAKKAN SI PANDIR!


    HIDUP PAKATAN RAKYAT..PILIHAN 1 MSIA

    MEM

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts