Friday, July 30, 2010

AL KISAH DEMO UMNO YANG TIDAK MENJADI

Khabarnya hari ini orang-orang UMNO Selangor nak buat demo membantah apa yang dikatakan "penyelewengan di dalam perlombongan pasir" di negeri selangor.

Tapi tidak jadi sebab tidak cukup jumlahnya walaupun di kerah se antaro Selangor.

Maka demo ini ditangguhkan sehingga mereka dapat mengumpul jumlah yang besar untuk menunjukkan rakyat Selangor menyokong UMNO-BN dan menentang pentadbiran Tan Sri Dato' Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Ahli-ahli UMNO biasa Selangor mungkin tak berapa berminat hendak berdemo kerana mereka tahu siapa dalang-dalang sindiket curi pasir semasa zaman Khir Toyo dulu.

Mereka juga tahu puak-puak yang dapat munafaat curi dan jual pasir dulu seperti cacing kepanasan sekarang - pertama kerana poket mereka dah mula kering dan kedua jika SPR atau Polis buat siasatan maka akan terburailah siapa-siapa yang terlibat termasuklah kakitangan-kakitangan kerajaan pelbagai jabatan.

Bak kata orang putih "it will be like opening a can of worms".

Saya juga dengar kerana kegagalan menghimpun UMNO Selangor untuk berdemo maka pimpinan-pimpinan UMNO sudah mula "calling-calling" UMNO negeri-negeri lain untuk menghadirkan diri. 

Jadi jika di masa akan datang ada demo UMNO-BN Selangor, perhatikan betul-betul muka-muka yang hadir!

2 comments:

  1. Hakikatnya Khir Toyo dan Noh Omar telah gagal. Kalau berhimpun bawa sebanyak mana gerabak keretapi pun belum tentu dua-dua akan menang masa pilihanraya nanti. Silap-silap nama tak masuk kena pangkah. Hakikatnya, Tok Jib pun pening. Cakap orang luar dari UMNO lebih banyak betul. Ada prima facie, ada locus standy dan ada keraguan yang munasabah terhadap mamat-mamat tu. Tak lama lagi makan pasir la tu. Kalau niat tak betul, ditelan dek pasir pulak. Mintak-mintak dibersihkanlah hati mereka. Supaya mereka nampak jalan yang lurus. Bukan jalan berliku dan berselekoh penuh pasir! Bukan apa, takut korner sikit nanti fasal isu pasir, terus baring.

    ReplyDelete
  2. CAMNE NK DEMO. PITIH SIKIT SGT. KETUA CAWANGAN DAH SAPU SIKIT, KETUA CWGN AMBIK SIKT JKKKKKKK NK JUGAK.LA NI KHAZANAH KERAJAAN DH X DPT KERANA PR MEMERINTAH. DULU BOLEHLE SAPU KELILING

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts