Dikirim pada Mac 2, 2009 oleh editor : 26 Feb. 2009 - Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah Diraja)
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat, saya cuma hendak bertanya sedikit tadi. Kita tahu EPF, Tabung Haji ada kepentingan di dalam syarikat-syarikat konsesi ini. Akan tetapi kita juga tahu kalau mereka tidak menaikkan tol ini, syarikat-syarikat ini masih lagi membuat keuntungan. Ia tidak merugikan syarikat-syarikat atau institusi EPF itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat PJ Selatan, Yang Berhormat PJ Selatan, ada tiga minit lagi. Injury time tidak ada. Saya cuma ingin ingatkan.
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Raja. Memang kita tahu…
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh sedikit lagi? Boleh sedikit lagi?
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya bagi Gombak.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tidak boleh? Tidak apalah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih PJS dan Tuan Speaker. Saya lihat ada dua watak di sini, satu Batu Pahat, satu lagi Ledang. Dua-dua daripada Johor, Tuan Yang di-Pertua tetapi seorang sokong, seorang tidak sokong. Apa masalah UMNO sebenarnya sekarang ini? Itu yang pertama.
Yang keduanya, saya memang setuju 100% dengan Batu Pahat. Jarang saya bersetuju dengan dia, Tuan Yang di-Pertua, tetapi hari ini 100%, tetapi yang peliknya Ledang hendak membangkitkan soal wang EPF, caruman yang dibuat oleh pencarum EPF berbilion ringgit tetapi wang ini digunakan untuk program-program bailout syarikat UMNO dan Barisan Nasional.
Bila sudah habis duit itu, dia hendak kutip lagi tol cukai. Ini tol-tol yang dimulakan kenaikannya pada 1 Mac ini. Ini sebabnya, Tuan Speaker, saya mencadangkan supaya Batu Pahat, ayuhlah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh jawab sekali gus? Boleh jawab? [Disampuk] Tidak, ini tadi bukan bailout. EPF ada kepentingan dalam konsesi lebuh raya. Itu maksud saya, tidak ada kena mengena dengan bailout.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Betullah, tetapi bila tol ini dinaikkan, untung dia besar, syarikat ini dapat duit, bukan dia tolong rakyat. Dia pergi tolong syarikat-syarikat milik UMNO dan Barisan Nasional. Tidak boleh diteruskan cara dan dasar sebegini.
Tuan Yang di-Pertua: Cukup di situ, cukup di situ. Sila PJ Selatan teruskan.
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya rasa banyak konsesi tol yang terlibat ini merupakan konco-konco UMNO, syarikat UMNO. So EPF dan juga saya rasa yang lain hanya sebahagian sahaja. Kita tengok pendapatan lebuh raya…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Budak-budak bercakap, sudahlah itu.
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya mintalah Kerajaan Pusat atau Yang Berhormat Menteri Kerja Raya supaya menimbang semula kontrak yang kita sign sebelum ini dan kalau boleh tarik balik serta-merta kenaikan tol yang diumumkan pada hari ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah