Thursday, March 19, 2009

Umpama cacing kepanasan

Isu politik wang membabitkan pemimpin UMNO kembali panas, apabila Lembaga Disiplin UMNO kelmarin mengambil tindakan tegas ‘menghukum’ individu tertentu yang didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti tersebut.

Seperti mana diketahui umum, antara pemimpin yang tidak terlepas menerima ‘hukuman’ itu termasuklah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, iaitu salah seorang calon popular yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden. Bagaimanapun, keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang melarang Mohd Ali bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti, sekali gus meranapkan impian Ketua Menteri Melaka itu untuk berbuat demikian.

Tindakan terbaru yang dibuat menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, turut menggemparkan banyak pihak, terutama penyokong Mohd Ali. Bagi para pemerhati politik tempatan, mereka menyifatkan bahawa tindakan tegas Lembaga Disiplin UMNO sebagai suatu pengajaran ‘tersirat’ ke atas individu tertentu. Selain itu, mereka juga tidak menolak andaian mengatakan keputusan yang dibuat itu sebagai satu usaha ke arah membuka ruang kepada calon-calon pilihan memenangi jawatan tersebut secara mudah.

Apapun spekulasi dibuat, pemimpin dan ahli-ahli UMNO seharusnya akur dengan tindakan tegas tersebut memandangkan gejala politik wang bukan suatu perkara baru dalam parti tersebut. Malah, ia merupakan satu penyakit yang sudah menjadi barah dan perlu dirawat segera dalam usaha melahirkan generasi pemimpin bersih, amanah serta bebas daripada rasuah.

Kita perlu akur kerana gejala tersebut bukan sahaja hanya membuka peluang kepada amalan tidak sihat, sebaliknya ia mampu memusnahkan masa depan bangsa Melayu hanya kerana dikaburi oleh wang. Sebagai orang politik, mereka tidak seharusnya menggunakan kesempatan yang ada untuk mempengaruhi orang lain memilih atau menyokongnya secara tidak sihat.

Ini memandangkan, disebalik tindakan itu juga kita mendapati ada segelintir ahli politik tertentu kini mulai berada dalam kegelisahan ‘umpama cacing kepanasan’ di bawah teriknya matahari.

2 comments:

  1. Bak kata Tok Guru ttg rasuah dlm UMNO, tak beri kalah nak beri serba salah....

    p/s: Zib, tlg smbg..

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts