RASUAH memusnahkan hidup! Dalam sekelip mata seorang yang dihormati boleh menjadi hina, bahkan maruah bangsa dan negara akan tercalar.
Boleh dikatakan setiap hari akhbar melaporkan mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan pihak tertentu termasuk pemimpin politik. Walaupun masyarakat memahami sebagai amalan biasa, sedar atau tidak rasuah adalah satu bentuk jenayah dan mereka yang terbabit berdepan tindakan serta hukuman.
Sudah ramai menerima akibat daripada amalan rasuah, sehingga ada kehilangan jawatan dan harta, malah terpaksa menghabiskan sisa hidup di penjara. Mereka yang terbabit dengan rasuah juga akan dikenakan hukuman di akhirat kelak, sebagaimana ditegaskan Nabi s.a.w dalam satu hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka."
Rasuah selalu disebut dalam masyarakat majmuk di negara ini. Tetapi apakah sebenarnya rasuah dan sejauh mana ia difahami? Menurut sarjana, ia berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud 'sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan.' Asal perkataan itu daripada 'rasha' yang bermakna 'tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi.'
Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai 'pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).' Berasaskan pengertian itu, rasuah boleh diertikan juga dengan istilah makan suap dan memberi/menerima sogokan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan ialah korup/korupsi daripada perkataan Inggeris 'corrupt/corruption'.
Menurut suruhanjaya SPRM, kesalahan rasuah membabitkan perbuatan meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.
Dalam Islam, amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersekutu dengannya seperti penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan pemalsuan dilarang sama sekali.
Ayat 188 daripada surah al-Baqarah bermaksud: "Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis bermaksud: "Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2008, membabitkan kajian di 180 negara menunjukkan Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi pada tangga teratas dengan skor 9.3.
Somalia ditangga tercorot (1.0), sementara Malaysia berkongsi dengan Jordan, Hungary, Costa Rica dan Cape Verde di tangga ke-47 dengan skor 5.1. Skor 10 menunjukkan sangat bersih manakala skor kosong amalan rasuah yang teruk.
Walaupun tidak diketahui sejauh mana penilaian yang dilakukan pertubuhan terbabit, ia sedikit sebanyak memberikan suatu tamparan kepada dunia Islam kerana gagal mendapat kedudukan sebagai negara yang paling bersih.
Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bidang dengan tidak mengira tempat dan keadaan. Secara umum ia membabitkan empat disiplin iaitu politik, ekonomi, sosial dan persekitaran. Bagaimanapun, menurut pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity, tanpa mengira tahap pendapatan, ancaman korupsi pertama mendepani majoriti negara ialah aliran wang tanpa aturan dalam proses politik. Keputusan itu adalah hasil daripada kajian pihak terbabit di 57 negara di dunia, yang dikeluarkan dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Ketelusan membabitkan kewangan sangat teruk di kalangan mereka yang terbabit dalam politik."Sekiranya kita serius untuk memulihkan kembali penyalahgunaan kuasa dan korupsi di dunia maju dan membangun, kawalan keselamatan lebih berkesan untuk mengawal pengaruh kewangan dalam politik perlu dilakukan bersungguh-sungguh,".

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah