Monday, March 23, 2009

Kenapa Mahathir dilihat terlalu berkuasa walhal Pak Lah masih PM

Hari-hari terakhir menjelang Pemilihan Agung Umno (PAU) .....

PAU adalah sejenis kueh yang di perbuat dari tepung dan dibubuh alat penaik dan didalamnya dibubuh inti. Inti PAU akan jadi penyebab rasa dan harga PAU berbeza diantara satu sama lain. Biasanya jika inti kelapa atau kacang merah ianya lebih murah berbanding inti ayam dan daging. Saya pernah membeli disatu gerai yang menjual PAU yang intinya berbeza melebihi 10 jenis. Apa pun namanya tetap PAU.

Selain kueh PAU .... perkataan PAU juga diertikan sebagai mengePAU. Orang yang mengePAU adalah orang tidak baik manakala orang yang kena PAU pula dianggap sebagai insan malang. Dalam PAU dikatakan ada mengePAU dan kena PAU. Dalam situasi biasa mengePAU dianggap orang yang bersalah.

Hari-hari terakhir menjelang Pemilihan Agung Umno (PAU) ..... kita lihat Mahathir terlalu berkuasa. Banyak ruang dan peluang yang sengaja diberikan kepada beliau supaya beliau dapat menyuarakan pandangan termasuk melalui forum dan kenyataan akhbar yang mendapat liputan meluas diakhbar arus perdana dan TV pada masa kini. Semalam beliau membuat kenyataan mahu pemimpin yang tidak tahu memimpin dibuang rujuk sini (http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2578153.asp), sampai ketahap itu kekuasaan beliau.

Siapa Mahathir disisi Umno sekarang? Dia Penasihatkah? Atau apa? Setahu kita Mahathir bukan merupakan penasihat 25% dalam umno tapi dia juga merupakan orang luar dari umno. Beliau bukan ahli umno .... beliau telah keluar dari umno, tapi persoalannya kenapa beliau dilihat terlalu berkuasa sekarang. Siapa dibelakang beliau?

Pemimpin tertinggi umno pula seakan terkedu dan tidak berdaya mempertahan ketua mereka sekarang dari serangan Mahathir. Siapa pemimpin-pemimpin yang tidak layak tersebut. Pak Lah akan berundur, siapa lagi. Kita kena cabar Mahathir untuk berterus terang dan menyatakan satu persatu nama-nama pemimpin tersebut. Sebagai bekas PM beliau tentu tidak mahu melihat negara ini terjerumus dalam keadaan lebih naif pada masa akan datang jika dipimpin oleh 'orang yang tak layak jadi pemimpin' tersebut.

Masa masih ada untuk Mahathir membetulkan keadaan, kita tunggu adakah Mahathir akan menjadi semakin berani dan berkuasa selepas ini atau pun beliau akan merehatkan badan di Pulau Langkawi selepas PAU nanti.

1 comment:

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts