Friday, March 6, 2009

Sambutan 1 tahun kerajaan PR Selangor

Sambutan satu tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijamin bersih dan tidak dikontroversikan dengan isu-isu berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, perkembangan semasa perancangan sambutan tersebut berjalan lancar berdasarkan komitmen setiap ahli jawatankuasa kecil majlis sambutan tersebut.“Insya-Allah, sambutan kali ini lancar dan bersih tanpa sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan imej kerajaan negeri seperti yang berlaku pada sambutan 100 hari sebelum ini.

“Kali ini tidak berlaku sub jawatankuasa kecil kerana segala perkembangan dan perancangan sambutan akan dilaporkan terus kepada saya oleh ahli jawatankuasa kecil terdiri dari wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan kakitangan ibu pejabat kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan tersebut di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), semalam.

Sambutan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu itu dilancarkan secara rasmi pada 8 Mac ini oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kompleks Belia dan Kebudayaan. Seksyen 7 di sini. Sambutan juga dimeriahkan dengan konvoi pemimpin kerajaan negeri yang akan singgah ke setiap daerah untuk menjayakan program Mini Karnival Rakyat bermula 14 Mac sebelum berakhir dengan acara kemuncak di Stadium Malawati, 21 Mac ini.

Menurut Dr Hasan, pelbagai pendekatan telah diambil bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelemahan dalam penganjuran selain memastikan sambutan mengikut perancangan asal. “Kita akan cuba elakkan sebarang kepincangan dan sekiranya ada, awal-awal lagi kita selesaikan dan bersihkan, semua perkembangan akan dimaklumkan terus kepada saya,” katanya.

3 comments:

  1. Alhamdullillah Syukur dan semoga berkekalan menerajui KERAJAAN SELANGOR aman damai dan makmur.Beginilah yang diidamkan rakyat selama ini akhirnya diizinkan ALLAH jua.Syabas dan tahniah diucapkan kapada PKR.Kerja amal yang baik diberkati Tuhan.

    ReplyDelete
  2. Congratulation to the Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat for being in the office for a year, and hopefully that the PR will work together for the sake of all Rakyat regardless fo the race, religion, rich or poor.

    It is only a year, and there are years to come. Pakatan Rakyat, just don't be in the office for only a few years or a term, Work out the differences and work towards the same goals, the corruption free and sucessful Malaysia!

    Hidup Pakatan rakyat!

    ReplyDelete
  3. Mr a,

    Are you my best friend Mr. Alex Teoh from Penang?

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts