Saturday, March 7, 2009

Perhimpunan 100,000 Rakyat capai sasaran

Pihak berkuasa keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan yang menyertai perarakan menuju Istana Negara petang tadi.

Penyokong-penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan di ibu negara bagi membantah dasar bahasa Inggeris untuk mengajar subjek Sains dan Matematik di ibu negara hari ini.
SEBAHAGIAN daripada mereka yang menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat hari ini.

Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), berjaya dianjurkan dengan aman walau pun pihak polis bertindak ganas terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut dan akhirnya berjaya menuju ke Istana Negara.

Polis bertindak tanpa rasa belas kesian dengan membedil rakyat yang hadir dan tidak cukup dengan itu menyembur mereka dengan air dan 124 orang ditahan berhubung perarakan tadi. Pihak polis telah memulakan sekatan di 16 lokasi di sekitar ibu negara sejak awal pagi tadi..

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP). Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.Bagaimanapun mereka ditahan di laluan pertemuan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang sebelum ini hanya membenarkan tujuh wakil GMP ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pun begitu, kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke kawasan Istana Negara.Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian.

Memorandum pihaknya diserahkan kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.Terdahulu mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.

Ditanya apakah kandungan memorandum yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahmad berkata, terdapat dua perkara yang dikemukakan, pertama meminta PPSMI kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing dan kedua meminta pihak kerajaan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sebanyak 135 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta dalam perhimpunan itu termasuklah Yayasan Tamil Kebangsaan dan Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong).

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts