Wednesday, July 14, 2010

Kenapa Pusat tak nak tolong?

Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.

Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini.

2 comments:

  1. Saya dah kata. Kalau ada kepentingan, semuanya harum macam bunga. Kalau tidak semuanya najis. Kalau betul untuk kebaikan negara, bertindaklah. Polis ada, tangkap. Ni kes nak pulas telinga orang. Kemudian nak basuh seluar dalam orang depan orang ramai. Tapi tak sedar orang tengah basuh seluar dalam dia keliling kampung. Moral catatan saya ialah, kejujuran perlu ada. Kalau semua buat tak ada kejujuran, nanti Allah balas dengan Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu dan sebahagian Pahang pembangkang punya!

    ReplyDelete
  2. ya memang begitu...bila ada masalah baru nak minta tolong..
    masa pilihanraya sibuk menghentam pusat/kerajaan..
    ini masalah kerajaan negeri..uruskan la sebaik-baiknya...

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts