Saturday, March 28, 2009

Jangan sampai KPP ambil alih perjuangan kita

PAS Kawasan Kota Raja telah diamanahkan untuk bertugas di Terong Barat. Semua Persiapan untuk rumah Selangor telah disiapkan, hanya menunggu giliran petugas menjalankan tugas masing-masing mengikut arahan dari pimpinan, demikian ditegaskan oleh Setiausaha JPN Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin.

Cikgu Jaafar juga memaklumkan bahawa PAS Kota Raja juga telah diamanahkan untuk bertugas bermula dari 1hb Mac hingga 3 hb Mac. Bilik Operasi Besar yang juga merupakan Rumah Selangor dialamat Kampung Salak Baru, Jalan iltizam, Pekan Terong, Bukit Gantang Perak.

Pada kali ini juga selepas menghantar dengan jayanya ke PRK KT, PAS Kota Raja melalui Lajnah Perpaduan Nasional dengan kerjasama LPN Negeri akan menghantar seramai 44 ahli Kelab Penyokong PAS khas dari Kota Raja pada hari penamaan calun ahad ini.

En Letchumanan dari KPP (gambar sebelah TGNA berbaju putih) selaku ketua rombongan yang juga merupakan ahli Majlis Daerah Kuala Selangor memberitahu bahawa mereka akan bertolak sebentar lagi bagi memastikan tiada gangguan untuk masuk ketempat penamaan calun nanti.

Berdasar kan pengalaman mereka semasa pergi ke PRK Kuala Terengganu lalu dimana mereka mendapat sambutan luar biasa dari orang-orang PAS sehinggakan bab makan minum pun ditanggung oleh pengunjung restoran maka mereka sungguh bersemangat pada kali ini. Mereka meletakkan harapan yang tinggi agar PAS memenangi PRK ini. Perjuangan dan pengorbanan mereka ini seharusnya menjadi tauladan kepada orang PAS dan melayu yang masih ragu-ragu dalam perjuangan ini.

Dengan pemergian KPP berjuang untuk memenangkan calun PAS diharap semua ahli dan penyokong PAS akan memastikan anda juga turut sama turun kemedan juang.

JANGAN pula
kita ini menjadi orang Islam yang mengharapkan ORANG BUKAN ISLAM MENJAGA AGAMA KITA.

Manakala rombongan untuk membantu YB Dr Siti Mariah berkempen disana bermula dari 3hb hingga 7hb. Semua skuad Kota Raja diminta berkumpul di Markaz PAS Bukit Naga jam 6ptg pada hari jumaat tersebut. Setakat ini seramai 20 petugas muslimin dan muslimat dari Tmn Setia telah mendaftar untuk sama-sama berjuang. Kempen yang kita akan laksanakan berlainan sedikit dari biasa. Sekretariat telah menyediakan pelbagai kemudahan berkempen mengikut era baru bagi menarik perhatian pengundi untuk datang mendengar kempen kita.

Bagi penyokong PAS yang ingin berjuang tetapi keadaan tidak mengizinkan anda untuk pergi kesana maka anda boleh menghulurkan sumbangan bagi membantu kempen PRK P056 Bukit Gantang. Sumbangan boleh diserahkan kepada kami di Markaz Bukit Naga pada hari jumaat nanti.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Sekretariat,
    Rasa-rasanya sekretariat tersilap tarikh PAS Kota Raja kena bertugas pada 1 Mac hingga 3 Mac 2009. Tapi tau lah pulak saya mungkin betul jugak PAS Kota Raja bertugas lebih awal. Kalau betul begitu kesihan kepada sahabat yang angan-angan nak bertugas semasa PRK Bukit Gantang, tak apa asalkan ada kemahuan boleh bertugas dengn mana-mana PAS kawasan yang ditugaskan sepanjang PRK.

    ReplyDelete
  2. UMNO/BN akan jatuh macam buah nangka busuk, langsung tak boleh rawat. Nangka busuk bagai kena penyakit cancer merebak dan merosakan BN.NIZAR mampu memang besar dan akan jadi pemimpin untuk rakyat BNGSA MALAYSIA. Selaku akan jadi PM Malaysia masa depan. God bless you all the wishes comes true. Syabas PEOPLE POWER, Hidup NIZAR dan HIDUP ANWAR. HIDUP REFOMASI

    ReplyDelete
  3. UMNO/BN akan jatuh macam buah nangka busuk, langsung tak boleh rawat. Nangka busuk bagai kena penyakit cancer merebak dan merosakan BN.NIZAR mampu memang besar dan akan jadi pemimpin untuk rakyat BNGSA MALAYSIA. Selaku akan jadi PM Malaysia masa depan. God bless you all the wishes comes true. Syabas PEOPLE POWER, Hidup NIZAR dan HIDUP ANWAR. HIDUP REFOMASI

    ReplyDelete
  4. Awal betul PAS kota Raja bertugas di Bkt Gantang iaitu 1 - 3 Mac 2009? Kesihan sahabt-sahabat yang bercadang nak bertugas sebaik saja berakhirnya pnamaan calun.

    ReplyDelete
  5. Wmg

    Saya dapat jadual tu dari cikgu jaafar, rasanya tak silap dgn tarikh tu.

    mmg betul tarikh tu tak berapa menarik tapi cari jalan sebagaimana yg tuan wmg cdgkn tu

    Kelapa Gading

    Tahniah anda jadi pembakar semangat kepada semua petugas PAS yg akan bertugas disana

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts