Friday, May 7, 2010

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha AgungUmno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

6 comments:

  1. Kalau DAP yang buat cadangan serambi Las Vegas, PAS mesti diam diri..nak jaga hati kawan-kawan..kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Bila pulak DAP buat cadangan, anon 4.51, hang melencong wat apa

    ReplyDelete
  3. kadang kadang x tau imno ni parti apa...sebelah tangan buat masjid sebelah tangan buat maksiat,adakah umno ne parti munafik..

    ReplyDelete
  4. "tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010"

    Jika anda hairan dengan cadangan Dr Awang Adek ini, tidak langsung bagi saya.

    Anda jangan lupa ini hasil product dari nasihat yang diberi oleh APCO Wordwide.

    Itulah sebabnya seluruh umat Islam kena menentang tindakan UMNO membawa masuk APCO ke Malaysia.

    Berdoalah "Selamatkan Malaysia" dan umatnya dari pengaruh Yahudi Laknatullah.... Amin

    ReplyDelete
  5. Buat tatapan anon 4.51pm dan rakan-rakan yg lain :-

    Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke secara tegas menolak sepenuhnya hasrat Kerajaan Pusat untuk melesenkan perjudian pada kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Mei ini.

    Beliau melihat tindakan berkenaan hanya sebagai penyumbang kepada masalah sosial terbesar dalam negara ini.

    "Jika kerajaan memberi lesen untuk perjudian bola, ini seolah-olah menggalakkan lebih ramai orang muda pergi berjudi dalam pertandingan bola sepak. Saya rasa ini akan meyebabkan keadaan yang tidak sihat dan menyebabkan lebih banyak masalah sosial," katanya.

    Anthony Loke menganggap tindakan kerajaan Umno BN ini bertentangan dengan usaha mengawal aktiviti perjudian haram.

    "Apabila kerajaan memberikan lesen ini, ia adalah tidak tepat. Mereka mengatakan perkara ini untuk mengawal perjudian haram ssekali gus menyalurkan cukai kepada kerajaan.

    "Saya rasa ini sesuatu yang walaupun betul menjanakan sedikit pendapatan kepada kerajaan tetapi masalah akan bertambah lebih besar," katanya yang terkilan kerana hal ini banyak kali dibangkitkan di Parlimen tetapi tiada penyelesaian sebaliknya langkah berlawanan pula diambil.

    Anthony Loke menyifatkan keadaan ini menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dan terlalu bergantung kepada cukai judi.

    "Mereka ingat ini cara mudah untuk menambah cukai kerajaan dengan memberi lebih banyak special draw, lesen judi lesen bola dan sebagainya? Ini cara mudah untuk menambah cukai tetapi saya rasa ini kaji kesan sosial dulu," katanya.

    Beliau menyeru kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mengkaji dengan lebih teliti hal ini dan tidak memihak kepada golongan tertentu sahaja.
    -tvselangor-

    ReplyDelete
  6. Buat tatapan anon 4.51pm dan rakan-rakan yg lain :-

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts