Mari kita sama-sama fikirkan mengapa Che Det sekejap duduk dalam Umno, sekejap keluar dari Umno, pernah disingkirkan dari Umno dan tadi masuk Umno balik. Memanglah dia ni dari jenis darah pekat 'biru', itu kita faham sangatlah. (menarik gambar ni, dari semua wanita yang kita lihat tak dak satu pun yang pakai tudung)
1. Kerana duitkah?
2. Kerana pangkatkah?
3. Kerana glamourkah?
4. Kerana nak jaga anak pinakkah?
5. Kerana apakah?
....eemm pikir punye pikir, aah dah dapat, mungkin che det dah tua tu la faktornya.... tapi saya cuba jadi orang yang bersangka baik..
ReplyDeletemahathir dipecat olih tunku, lepas tunku tak jadi PM, dia masuk balik. Pada zaman pak lah dia keluar balik dan kini masuk balik. itulah keje mahathir, seorang pemimpin umno yg dah menjadi pm selama 22 tahun. Satu rekod yg tak mungkin dapat dipecahkan. dia ini macam mahu jadi king maker. dia mahu pm dengar cakap dia..dan apabila pak lah buat benda yg berlainan dari legacy dia, dia pun keluar umno...entahlah mahathir dah tua-tua ini jadi tok siak masjid aku lebih baik..
ReplyDeleteParti PKR mesti ada identiti.
ReplyDeleteParti PKR mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pesaing kuat dan menonjol kepada UMNO dan BN. Kalau dalam BN, parti UMNO menjadi tonggak kepada BN maka parti PKR boleh menjadi parti tonggak dalam PR.
Malah dari segi beberapa sudut parti PKR mempunyai banyak kelebihan berbanding parti UMNO. Antaranya, parti PKR adalah parti yang membuka pintu keahliannya kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Sudah kelihatan, trend akan datang ini rakyat Negara kita tidak mahukan pemimpin-pemimpin Negara yang hanya melihat kepada permasalahan kaum mereka sahaja, sebaliknya mereka lebih senang kepada pemimpin yang melihat permasalahan rakyat Malaysia secara keseluruhan, bukan mengikut kaum.
Tidak hairanlah kalau DS Najib dalam ucapan sulungnya sebagai PM telah menganjurkan idea satu Malaysia. Tetapi ini tentulah sukar untuk dilakukan kerana beliau sendiri pun berada dalam parti yang berasaskan perjuangan kaum.
Oleh itu parti politik seperti parti PKR rasanya adalah lebih cucuk untuk membawa idea satu Malaysia ini kerana parti ini adalah parti yang memperjuangkan kehendak rakyat dan bukan berasaskan perjuangan kaum.
Apa yang perlu diusahakan oleh parti PKR sekarang ialah parti ini harus memperteguhkan jati diri dan identitinya.
Parti PKR tidak harus dilihat sebagai parti serpihan UMNO walaupun tidak dapat dinafikan ramai ahli-ahlinya terdiri dari bekas ahli UMNO.
Parti PKR mesti mengamalkan dan mendokong nilai-nilai universal yang baik dan mulia supaya dapat meyakinkan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama, untuk memberii sokongan kepadanya.
Nilai-nilai yang mulia yang utama yang wajib ada itu adalah seperti telus, bebas, adil, demokratik, meritokrasi, berpendirian, tidak rasuah, amanah, jujur , ikhlas dan perihatin.
Nilai-nilai lain yang perlu juga dipertimbangkan ialah seperti sifat sederhana, menghormati dan memahami sensitivity kaum dan agama, tidak bersifat melampau dan setiap permasalahan kaum dan agama hendaklah diselesaikan secara hikmah dan berdiplomasi.
Setiap kali melakukan pemilihan pemimpin, pilihan hendak diberikan kepada pemimpin yang boleh membawa dan memperjuangkan aspirasi dan nilai-nilai yang disebutkan di atas.
Berbanding parti PAS dan DAP yang selalu dilihat serong sebagai parti pelampau agama dan kaum, parti PKR telah menyediakan platform yang sangat baik dan sesuai untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Apa pun terpulanglah kepada ahli-ahli PKR dan pemimpin mereka untuk mencorakkan parti itu. Kalau buruk perangai mereka maka buruklah nama parti mereka. Walaubagaimana indah slogan dan moto sesuatu parti itu, akhirnya sikap ahli dan pemimpin parti itulah yang sebenarnya yang akan mencerminkan identiti sesuatu parti politik itu.
you think si pembunuh akan dengar titahan mamak tak sekarang?
ReplyDeletei don't think so as he is now the leader. so my guess is they gonna fight each other again. and it would be priceless to see mamak lost to his flavorite boy.
Politik che det tu tinggi dan tentunya Najib nak guna ideologinya yang ada pihak2 tertentu berpendapat berguna untuk pentadbiran kerajaan BN.Sama2lah kita tunggu kesudahannya.
ReplyDeletekerana semuanye dari 1 hingga 5...hehehe
ReplyDeletekerana semuanya dari 1 hingga 5....hahaha
ReplyDeleteChe Det masuk Ummeno, Keranamu Malaysia............
ReplyDeleteKerana nak ambil balik nombor ahli 001 & 002???
ReplyDeleteKENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO
ReplyDeleteBy
Dr. Mahathir Mohamad on April 7, 2009 3:44 PM
1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.
2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.
3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.
4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.
5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.
6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.
7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.
8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat "keuntungan" daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.
9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.
10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.
11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.
12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.
13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.
siapa lantik paklah jadi PM dulu ye?
ReplyDelete