Anak beliau Mukhriz berkata, borang untuk menyertai UMNO sudah diperoleh dan akan diisi oleh Dr. Mahathir dan Siti Hasmah pada bila-bila masa sahaja. "Borang sudah ada di rumah dan hanya menunggu masa untuk diisi.
Pada 19 Mei tahun lalu, Dr. Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
....... Sebagai pencen PM sudah tentu Che Det punya banyak masa untuk menilai kepimpinan Najib sebagaimana beliau menilai kepimpinan Pak Lah sebelum ini yang akhirnya menyebabkan beliau keluar dari Umno menjadi orang yang tidak berparti tetapi di beri peranan oleh pihak tertentu untuk menjadi jurucakap parti juga sebenarnya.
Kalau dinilai melalalui tulisan-tulisan atau ucapan-ucapan dari pimpinan PR termasuk DSAI dan lain-lain amat jarang atau payah benar orang menyerang atau memburuk-burukkan Pak Lah sebagai PM. Pak Lah dilihat sebagai pemimpin sempurna dalam Umno. Sikapnya terutama kepada TGNA amat terpuji. Tidak pernah kedengaran ucapan beliau di PWTC dalam Mesyuarat Agung Umno yang mengutuk dan menghentam PAS.
Berbeza dengan Che Det yang suka tangkap orang tanpa bicara dalam operasi Lalang, menggunakan peluang bercakap sebagai Presiden Umno hentam PAS hampir satu jam dalam PAU, kutuk macam-macam pada Pak Lah (macam dialah yang paling bagus dan sempurna walhal dalam PRU ke 10 baliau dan Najib hampir tersungkur)
Sikap Che Det yang always menyatakan hanya beliau yang paling sempurna, terbaik dan benar akan hanya menunggu masa sahaja untuk kita mendengar satu lagi berita bahawa Che Det 'Akan istihar keluar Umno' selepas menyertainya semula esok.
ToDoM ni mmg perangai busuk. Apa yg kita harapkan dari makhluk yg suka melakukan kerosakan dan penganiayaan...SODO MEEE keluaran ToDoM...Hasil terbaik dari kilang ToDoM.
ReplyDeletea child who will cry and throw tantrums if he doesnt get what he wants....
ReplyDeletespoilt brat
PUTRAJAYA 4 April - Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sri Satria di sini pada pukul 10 pagi ini.
ReplyDeleteMereka dipercayai akan menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula UMNO manakala pengumuman mengenai perkara itu dijangka dibuat sebentar lagi.
Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Star pada 19 Mei tahun lalu tahun atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu. - Utusan
PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyerahkan borang untuk menyertai semula UMNO kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Satria di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini. - Utusan
ReplyDelete