Tidak wujud istilah ‘Ulama Mi Celup’ dalam Islam sebaliknya itu adalah istilah ‘nakal’ yang tidak sepatutnya digunakan untuk menggelar individu-individu tertentu.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid (gambar) berkata, dalam Islam, perkataan ulama merujuk kepada individu yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, mengetahui hukum hakam agama, bahkan tidak ‘menjual’ agama demi kepentingan dan kemewahan dunia.
Menurutnya, seorang ulama juga akan bercakap mengenai agama dengan tegas, tidak kira di mana juga mereka berada tanpa berasa gentar atau peduli dengan ugutan yang diterima.
“Tidak ada istilah ‘ulama mi celup’ dalam Islam dan ini adalah satu istilah nakal kerana tidak sepatutnya perkataan ulama dikaitkan dengan sesuatu yang negatif terutamanya untuk melabelkan individu tertentu.
“Saya tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ini bahkan secara peribadi, saya berpendapat tidak sepatutnya ulama dilabelkan dengan sesuatu yang negatif,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penggunaan istilah ‘ulama mi celup’ bagi menggambarkan golongan ulama yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak mengamalkannya.
Kata beliau, Islam adalah agama menyeluruh, bukan sekadar ritual sebaliknya apa juga urusan yang dijalankan perlulah berlandaskan lunas-lunas agama.
Katanya, sebagai ulama, mereka juga perlu menjaga status diri dan ini termasuklah dari segi percakapan atau perbuatan. “Jolokan nama seperti menggunakan istilah ‘ulama mi celup’ ini juga dengan sendiri akan menjejaskan individu berkenaan. Sepatutnya mereka (ulama) menjaga tingkah laku masing-masing dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.
“Saling tuduh menuduh antara satu pihak dengan pihak yang lain bukanlah cara yang diamalkan dalam Islam,” katanya yang menyifatkan isu berkenaan telah dipolitikkan untuk kepentingan individu.
Sementara itu, Exco Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menafikan terdapat ‘ulama mi celup’ dalam parti itu. Menurut beliau, tindakan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membuat kenyataan mengenai wujudnya golongan ulama ‘mi celup’ yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak diamalkan, adalah satu tindakan yang tidak bijak.
“Beliau tidak seharusnya membuat kenyataan seperti itu dan tidak perlu menonjolkan masalah dalaman Pas. “Saya lihat isu ini semakin berlarutan dan kenyataan beliau menjadi senjata bagi UMNO untuk membuat serangan ke atas Pas,” katanya.
Beliau berkata, apabila Nik Abduh mengeluarkan kenyataan termasuklah menerusi blognya sebagai contoh, mengenai terdapat puak-puak dalam kepimpinan Pas, itu adalah persepsi beliau sendiri memandangkan Nik Abduh juga adalah ahli politik.
“Dakwaan Pas menggunakan pendekatan ‘menghalalkan cara’ dengan mengizinkan perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan bagi mendapatkan sokongan, perlu dikemukakan bukti yang kukuh bagi menunjukkan parti ini menyalahi hukum Islam,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah