''Kami turut membantah cadangan SPR untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti politik semasa hari penamaan calon, hari mengundi dan semasa malam pengumuman keputusan pilihan raya,'' jelasnya. Beliau bercakap pada sidang akhbar khas bagi menyatakan reaksi parti pembangkang terhadap keputusan SPR mengenakan larangan mendirikan 'pondok panas.'
Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi PKR, R. Sivarasa, Bendahari DAP, Fong Kui Lun, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkifly Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud.
Semalam, SPR mengingatkan parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan agar tidak mendirikan 'pondok panas' pada hari pengundian. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, larangan itu meliputi semua jenis 'pondok panas' untuk tujuan meraih undi atau menyemak saluran mengundi di kawasan berkenaan. Tambahnya, SPR mahu larangan itu dimulakan di Penanti supaya pengundi dapat keluar dengan aman dari rumah dan juga sebagai budaya baru dalam pilihan raya selepas ini.
Sementara itu, Mustafa berkata, ketegangan tidak mungkin tercetus jika pihak polis lengkap beruniform mengawal di setiap pusat pengundian semasa hari mengundi. ''Tiada bukti kukuh menunjukkan bahawa 'pondok panas' merupakan penyebab punca ketegangan dan kerana setakat ini belum ada lagi laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak,'' katanya.
Sivarasa pula menegaskan, apa yang diarahkan oleh SPR sebenarnya bercanggah dengan pendirian mereka sendiri mengikut Seksyen 24 (2) (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mana 'pondok panas' dibenarkan dibina 50 meter dari tempat pengundian.
''Saya hairan SPR melanggar pendirian dan undang-undang mereka sendiri dan ia menutup ruang secara tidak langsung kepada parti politik yang bertanding membantu pengundi membuat semakan sebelum mengundi.
''Saya percaya larangan ini secara tidak langsung adalah cubaan untuk menyekat perayu undi daripada parti pembangkang yang kebiasaan jumlahnya ramai semasa hari pengundian,'' katanya.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah