Wednesday, August 4, 2010

Amalkan budaya infak

Gotong royong perdana di surau Al Baraqah, Taman Sentosa telah diadakan pada 1-8-2010. Gotong royong ini di jalankan untuk menghijau dan mengindahkan kawasan surau dimana pokok-pokok telah disumbangkan oleh Majlis Perbandaran Klang..
 
Menurut pengerusi surau, En. Mohamad Radzi bin Jalani, aktiviti gotong royong ini selain dapat menghijau dan mengindahkan kawasan surau, ia juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama penduduk di kawasan tersebut.
 
Aktiviti ini diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Mariah binti Mahmud.
Menurut beliau, surau bukan semata-mata tempat melakukan ibadah sahaja malah boleh digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti lain yang berfaedah.
 
Beliau juga menekankan supaya mengamalkan budaya infak supaya mendapat keberkatan ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts