Saturday, August 21, 2010

Iftar & Ziarah bersama DMPP

Johan Setia, Parlimen Kota Raja ~ Pada hari Ahad yang lalu Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai oleh ketuanya, Ustazah Hajjah Nuridah Salleh bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat iaitu Puan Hajjah Kartini Ahmad (Setiausaha), Pn Salbiah Abd Wahab (Ketua Penerangan) dan  Dr Hajjah Rosni Adam (Pengarah Nisa).
Selain mereka turut hadir dalam program kali ini ialah anggota Dewan Muslimat Negeri Selangor yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat Negeri sendiri iaitu Pn Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan.
Manakala pimpinan peringkat Kawasan Kota Raja pula di ketuai oleh YDP En Jaafar Samsuddin, NYDP Tn Hj Termizi, Ahli Majlis MPK Sdr Azmi Jusoh serta bebarapa orang PAS Kawasan yang terdiri daripada En Kamaruddin, Encik Majid  serta Pn Rosnah Abd Wahab (Ketua Dewan Muslimat) beserta 5 orang ahli jawatankuasa.
 Wakil tuan rumah pula diketuai oleh Tn Hj Mohd Jalil Marzuki, Ketua Kampun Johan Setia, Ust Jeffri bin Isa, Nazir Masjid, Tn Hj Idin Hj Basri, Sdr Adam Abd Karim, Ketua Cawangan PAS Taman Setia serta Pn Hilinorazuwa Ismail, Ketua Muslimat Taman Setia serta Ahlijawatankuasa yang begitu ramai (sehingga disebut bala tentera) oleh Ustazah Nuridah.

Ini adalah adalah program tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat dan menurut Ustazah Nuridah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalak dari para penderma yang ingin menyumbangkan kepada fakir miskin dan ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Seterusnya beliau menyeru agar semua orang Islam mengambil peluang dengan mempertingkatkan amal ibadat dibulan yang mulia ini kerana Allah Taala menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda dibulan ini. 

Sementara itu Dr Mariah memberitahu bahawa ini adalah untuk kali ketiga DMPP turun ke Kota Raja dalam program iftar & ziarah ini. Beliau juga merakam ucapan jutaan terima kasih diatas usaha murni yang dilakukan oleh DMPP ini.
Ziarah kali ini ialah didua buah rumah di Kampung Johan Setia, manakala sumbangan pula diberikan kepada tujuh orang miskin dari kampung yang sama.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts