Kredibiliti pimpinan UMNO sudah hancur. Tak usah cakaplah mengenai kredibiliti pemimpin MIC dan MCA. Dada akhbar hari ni terpampang muka mantan menteri pengangkutan. Pemimpin MIC kira boleh tutup buku. Orang dia sendiri tidak mahu dia lagi.Cuma yang ada kepentingan sahaja masih menongkat MIC. Keseluruhan BN sudah tidak dipercayai oleh rakyat lagi!
Maka keseluruhan pimpinan BN mencari jalan bagaimana hendak menghancurkan PR pula. Semuanya menumpu ke Selangor dan Pulau Pinang sekarang ini. Di Kedah, mereka tidak berapa berani kerana MB Kedah seorang yang sangat berpengalaman berpolitik dan 'anak didik' Almarhum Dato' Fadzil Noor. Sepuloh tahun saya dalam AJK PAS Pusat, dia tidak pernah kalah dengan hujjah. Taichi dia tiada siapa boleh lawan!
Kenapa UMNO Kedah tidak berani membuat onar seperti di Selangor? Cabaran YAB MB Kedah senang sahaja kepada UMNO Kedah terutamanya mantan MB kedah, "siapa yang duduk dalam rumah kaca, jangan baling batu kepada orang". Kakitangan negeri Kedah pun diberi amaran yang semasa bekerja mereka perlu profesional dan mengikut polisi Kerajaan negeri Kedah, selepas waktu pejabat ikut suka hampa.
Di Selangor ini, senarionya lain sikit. Khir Toyo ditolak sebab beliau memberi penyapu kepada DO Hulu Selangor! Selangor negeri terkaya di Malaysia. Semasa UMNO memerintah, persengkokolan di antara pemimpin UMNO dan sesetengah pegawai kerajaan menjadi pengetahuan umum. Cuma umum tidak akan dapat membuktikannya. Persepsinya begitu. Kalau tidak masakan ada pegawai-pegawai yang boleh membeli kereta-kereta yang dianggap mewah dan diluar kemampuan penjawat awam.
Bila PR mengambil alih negeri Selangor, banyak kontrak-kontrak kerajaan terutama di PBT pada awalnya masih lagi dikuasai oleh kontraktor-kontraktor UMNO. Mereka yang telah berdaftar dan tahu selok belok memohon kontrak dan sebagainya. Tetapi lama kelamaan apabila sistem mula berubah (misalnya kontrak kutipan sampah atau pembersihan, kalau dahulunya diberi oleh Jabatan Alam Sekitar, PBT kini diambil oleh Alam Flora), maka bahagian mereka mengecil.
Tambahan pula ada dikalangan ahli majlis pun mungkin mencadangkan kontraktor kenalan mereka sendiri untuk . YB-YB pun kadang terpaksa memberi surat-surat sokongan kerana rakyat datang kepada mereka. Alasan mereka kalau tidak ada surat YB, permohonan mereka akan dibakul sampahkan! Mereka sebelum ini tidak pernah mendapat peluang kerana semua kontrak dimonopoli oleh orang-orang tertentu.
Jadi dalam kepeningan kemenangan sebahagian YB-YB turut memberi surat-surat sokongan. Ada dikalangan rakyat menyeranah YB-YB yang enggan menyokong permohonan mereka. Apa kan daya sistem yang ada sebegitu dan sudah mendarah daging dalam pentadbiran negara ini.
Lagi pun kalau penganugerahan kontrak melalui sebutharga dan ada JK sebutharga yang akan membuat keputusan, kalau YB sokong tetapi harga tinggi dan sebutharga mereka tidak menepati spesifikasi, bidaan tetap akan ditolak, hujjah para kontraktor lagi. Tapi kalau ada sokongan YB sekurang-kurangnya sebutharga kami sampai ke meja perbincangan.
Saya suka sangat kalau dakwaan-dakwaan mereka disiasat. Kalau ada penyelewengan dalam KSSB dedahkan. Kalau ada pimpinan PR terlibat pun siasat. Cuma kita meragui cara pendedahan dibuat lebih kepada untuk mengaibkan pimpinan PR dan PR. Ingat bagaimana 2 ADUN PKR (YB Batu Caves dan YB Sri Muda) dipanggil oleh SPR, cara surat khabar membawa berita seolah-seolah mereka yang dituduh. Padahal mereka dipanggil sebagai saksi.
Hebat muka kedua-dua mereka terpampang di muka depan SINAR dan diletakkan pula gambar muka yang agak masam... sekali tengok macam orang bersalah. Akhbar-akhbar pro BN cuba hendak menggambarkan yang PR sama sahaja dengan BN. Imej BN yang sudah tercalar sebenarnya dan kredibilityiBN sudah tidah dapat dipulihkan.
Pentadbiran Selangor seharusnya tidak alpa bahawa mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada menjadi seorang juara. Oleh yang demikian, walaupun kekuatan PR ada untuk menangkis serangan BN, kesiapsiagaan mesti dihidupkan sepanjang masa dan di setiap sisi. Kelekaan, terutama ketika menangani pengurusan krisis boleh mencipta sedikit liang atau ruang untuk jarum BN masuk meracuni.
ReplyDeletePerlu diingat, berhujah menangkis serangan musuh sebaik-baiknya mesti diacu sebaik mungkin kerana bimbang hujah yang longgar ketika menangkis serangan musuh akan menjadi senjata memakan tuan.
Sekarang bukan masa untuk PR membuat trial and error dalam pentadbiran, khususnya di peringkat tertinggi negeri. Memantapkan penerangan kepada rakyat dalam skala besar dan berkesan mesti dilakukan mulai sekarang. Penyebaran maklumat jelas yang dilakukan secara bertubi, berterusan dan berkesinambungan kepada rakyat tidak boleh dihentikan. Kita sebenarnya memasuki fasa akhir mempertahankan kubu. Kesilapan sedikit, akibat kurangnya pengalaman memahami tari dan lenggok musuh amat membahayakan.
Modal insan dalam pentadbiran kerajaan juga wajar dimantapkan, perlu diperkukuhkan dengan semangat dan nilai perjuangan tanpa terganggu oleh sikap mementingkan diri sendiri. Teras perjuangan PR mesti membela rakyat. Kemudian kita ukur dengan neraca sejauh mana perjuangan itu telah dilaksanakan. Jika rakyat telah menerima nikmat hasil dari perjuangan PR, rakyat tidak akan mudah tergoda dengan helah BN. Fasa akhir ini dalam mana-mana perjuangan adalah amat penting. Berapa ramai orang susah telah PR bantu? Berapa kenaikan dalam hasil negeri telah PR perolehi? Berapa banyak projek fizikal yang telah dilaksanakan untuk kebaikan rakyat? Dalam soal pelajaran dan ekonomi, bolehkah kita senaraikan statistik bantuan dilaksanakan? Bagaimana pula insfrastruktur yang selama ini tertinggal sejak BN memerintah, apakah kita telah melunaskan permintaan seperti pembaikan jalan raya, lampu jalan dan pengubahsuaian bangunan untuk rakyat seperti surau dan masjid? Bagaimana pula senarai atau jumlah belia yang menganggur berbanding era BN? Bagaimana pula senarai anak-anak Selangor yang memasuki pusat pengajian tinggi terutama anak-anak miskin berbanding zaman BN? Bagaimana pula personaliti wakil rakyat kita pada pandangan rakyat? Apakah ada ukuran personaliti ini kalau diukur sejak awal PR memerintah sehingga kini?
Ini hanyalah contoh pertanyaan yang mesti PR jawab secara telus bagi mengukur sejauh mana kita telah menjadikan diri kita lain dan luar biasa daripada BN sehingga dikagumi dan dipercayai rakyat.
Bagaimanapun, peluang PR masih terbuka mempertahankan Selangor, ketika BN dihimpit krisis indentiti dan kesukaran memujuk rakyat yang sekian lama merajuk.