Sunday, August 8, 2010

Jadual Padat YB

Hari minggu merupakan hari yang cukup istimewa bagi pekerja yang bekerja makan gaji. Tetapi tidak bagi seorang ahli politik. Biasanya cuti hujung minggu begini akan digunakan untuk membawa keluarga makan diluar, jalan-jalan, shoping atau pulang kekmpung menemui ibunda tercinta menjelang minggu terakhir sebelum Ramadhan kunjung tiba,

Saya mengambil jadual padat YB Sabtu dan Ahad dan cuba mengikuti perjalanan hidup seorang ahli politik sepenuh masa ini.

1. Hari ini jadual YB amat padat, bermula jam 7.30 pagi YB telah berada dipadang Tapak Pelancaran Kempen Kebersihan Taman Sentosa Klang.

Kempen kebersihan yang bermula hari akan berjalan selama 6 bulan hingga bulam Februari tahun 2011. Di Daerah Klang, Taman Sentosa merupakan Taman yang bermasaalah dari segi kebersihan. Longgokan sampah boleh dilihat diserata tempat di Taman ini. Budaya melonggokkan sampah oleh penduduk yang kononnya mahu rumah mereka bersih serta tidak berbau mengakibatkan Taman ini kelihatan amat hodoh dari segi pemendangannya yang amat menyakitkan mata.

Atas usaha bersama Pejabat Parlimen Kota Raja, Pejabat ADUN Sri Andalas dan Majlis Perbandaran Klang program yang bermula hari ini adalah diharap akan dapat mengubah pemandangan di Taman ini selepas enam bulan akan datang.

2. YB berada di program ini sehingga melebihi jam 10.00 pagi menyebabkan jadual YB untuk merasmikan Gotong Royong di Taman setia terpaksa dibatalkan. Apa pun kami difahamkan gotong royong disana berjalan lancar dan diantara kerja-kerja yang dijalankan ialah mengecat pagar Surau Al Ikhwan.

Penduduk Taman Setia menghantar 2 keping gambar ketika kerja-kerja mengecat dijalankan dan kami difahamkan lebih 50 orang hadir dalam Gotong Royong di Surau ini bagi persiapan menyambut kedatanga Ramadhan Al Mubarak.
3. 10.15 pagi berkejar ke Pejabat PAS Jalan Raja laut untuk mesyuarat

4. Pukul 2.30 petang menghadiri Program Kasihmu Kujulang Budimu Kekenang, iaitu suatu majlis anjura Skuad Wanita Parlimen Kota Raja. Terhibur juga mendengan alunan nyanyian Dato Ahmad Jais, orang lama dalam bidang seni.

 Ketibaan Datin Salbiah & YB disambut oleh Jawatankuasa Penganjur
Menyampaikan cenderahati kepada isteri MB
 Bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Penganjur.

5. Pukul 4.30 petang ke dewan MBSA Seksyen 32 Bukit Naga untuk majlis menyampaikan bayaran skim usia mesra emas.

6. Pukul 6.45 petang ke Surau Al Falah Sri Muda Shah Alam bagi memenuhi jemputan dari Sdr Mutalib dan AJK Surau tersebut yang menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Ramadhan kepada penduduk warga emas dan fakir miskin.

7. Pukul 8.45 malam berkejar ke Surau Al Ikhwan Taman Setia bagi melancarkan Infak Tahunan Surau Al Ikhwan Taman Setia. Dalam ucapannya YB sangat gembira diatas semangat kerjasama masyarakat di Taman Setia sekali pun mempunyai fahaman yang berbeza tetapi dapat bersama dalam hal-hal keagamaan.

Program Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana sempena Ramadhan Al Mubarak kali ini disertai oleh sebahagian besar penduduk dan lebih RM6000.00 dapat dikumpulkan pada majlis kali ini untuk menampung kegunaan sepanjang Ramadhan nanti

8. Tidak sempat makan kerana kesuntukan masa YB terus berkejar ke Dewan MPK Taman sentosa untuk menghadiri program ceramah Pakatan Rakyat disana.

catatan : Sekretariat Parlimen KR

1 comment:

  1. Salam. Beritahu YB, padang Masjid an-Naim dapat pujian banyak orang. Kalau projek sebegini diteruskan, tentu orang ramai seronok. Cuma kesian sekolah kebangsaan jalan kebun tu, tertinggal dah lama tak ada padang. Kerajaan BN buta mata sejak dulu. Kementerian Pelajaran yang dipimpin ayah si najwa tu asyik melalut dan mengarut. takut nanti dicarut orang pula dia.

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts