Alhamdulillah pada 14 Sept. 2009, buat pertama kalinya PAS Kawasan Kota Raja dapat mengumpulkan lebih 100 orang non-muslim dari KPP, kini DHPP untuk majlis berbuka puasa. Sambutan pada ketika itu amat luar biasa dengan kehadiran melebihi jangkaan awal. Berita lanjut klik sini.
Semua terpukau, Al Bakistani terpukau, non-muslim pun terpukau. Kami pun tumpang melopong melihat telatah non-muslim mendengar Tazkirah oleh Al Bakistani ..... tak cukup dengan itu lepas Tazkirah, semasa makan sempat lagi mereka bertanya beberapa keraguan dan ketidakpuasan hati tentang sikap orang Islam yang memandang jijik dan rendah kepada orang bukan Islam.
Mereka kata orang Islam amat sukar untuk menerangkan tentang Islam kepada bukan Islam, inilah yang menyebabkan orang bukan Islam sukar memahami Islam kerana orang Islam sendiri tidak berusaha untuk mendekatkan Islam kepada mereka.
Selepas melihat minat yang mendalam ditunjukkan oleh mereka Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja mengambil inisiatif dengan menganjurkan diskusi bulanan dengan melibatkan sama masyarakat non-muslim dari agama Hindu & Kristian. Dengan dipimpin oleh Moderator Yang Berbahagia Dr Yaacob Yusoff dari Lajnah Pendidikan & Dakwah PAS Pusat, diskusi bulanan ini mendapat respon yang sangat baik dan sehingga kini telah 15 kertas kerja dibentangkan dengan 2 daripada kertas kerja tersebut telah dimasukkan dalam Modul ILHAM.
Esok Ahad 19 Ramadhan 1431H bermula jam 5.30 ptg bertempat di Dewan Lipat Kajang berhampiran Dewan Sukan Andalas sekali lagi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja akan menganjurkan program yang sama. Kali ini kami LPN mensasarkan seramai 120 orang hadir mendengar Tazkirah oleh Ust Al Bakistani.
Jika anda berminat menyertainya untuk melihat kebenaran catatan ini dipersilakn untuk hadir, cuma persiapan kami hanya untuk 120 orang, maknanya bawalah makanan sendiri untuk berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah