Sedikit pembetulan posting sekretariat mengenai aktiviti saya pada 8hb Ogos. Apa yang ditulis oleh sekretariat berdasarkan program tentatif saya yang dijadualkan. Namun tidak semua program dapat saya hadiri kerana kesuntukan masa. Mesyuarat AJK PAS Pusat telah ditunda ke tarihk lain kerana kebanyakan AJK PAS Pusat sudah komited dengan program masing-masing. Jadi aktiviti semalam (actual) sebenarnay tidaklah sepadat itu:
7.30 ke 10.30 di Kempen Kebersihan Sentosa,
10.30-11.30 di Tmn Klang Jaya menziarahi seorang penduduk yang mengalami barah paru-paru, En Nasri. Dalam pertemuan itu saya dapat tahu dia sebenarnya ada pertalian darah dengan suami saya. Kedua-dua ibu mereka berasal dari Sabak Bernam. Saya sendiri tidak pernah mengenalinya. Maklumlah bila kita balik kampung tidak semua sanak saudara yang dapat kita temui. Masing-masing merantau. Alhamdulillah, saya dapat menghubungkan suami dan abang ipar saya dan mereka berkesempatan berbual menerusi telefon. Mengenangkan nostalgia semasa zaman kanak-kanak mereka di kampung.
Selepas dapat berehat sekejap di pejabat menunggu solat zohor. Kemudian baru ke program Hi-Tea Skuad Pakatan Wanita Kota Raja dalam majlis meraikan ibu bapa "Kasih Mu Ku Kenang, Jasa Mu Ku Julang pada pukul 2.00 ptg hingga pkl 5.30 ptg. Kemudaian balik ke pejabat lagi untuk solat asar. Pukul 7.00 di Masjid Al Falah menjengok program sumbangan Ramadan -Al Mubarak kepada warga emas.
Tidak dapat tunggu untuk menyampaikan sumbangan kerana hendak meresmikan program Tabung Infak Surau Taman Setia. Penduduk Taman setia ni saya tidak tahu nak cerita bagaimana kesungguhan dan kesapaduan mereka. They are just amazing! Nama pun Taman Setia dan mereka di antara yang sangat setia (dan sayang ) kepada saya. Perasan la YB ni!! :-) Alhamdulillah sempat bersolat isyak berjemaah di sana. Pkl. 9 lebih sudah sampai ke Dewan di Sentosa utk ceramah.
Biasa-lah kalau hujung minggu purata 6 ke 7 program. Itu pun banyak khenduri yang saya tidak dapat hadir. Saya bersyukur kepada Allah SWT, rakyat Kota Raja sudi menjemput saya bersama di dalam program-program mereka.
Sebagai YB yang tak banyak duit, saya hanya boleh memberikan masa dan perhatian saya sahaja kepada mereka. Mendengar dan cuba menyelesaikan masalah mereka. Oleh kerana sumber kewangan saya tidak besar, maka saya sering memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya rakyat Kota Raja dijauhi musibah dan kesusahan ekonomi serta dimurahkan rezki dan tidak terlalu mengharapkan bantuan kewangan.
Kalau musim hujan saya memohon dengan Tuhan lebih kurang begini,
"Ya Allah, janganlah Engkau turunkan hujan lebat sekali gus, arahkanlah awan ke tempat lain yang lebih memerlukan hujan. Kasihanilah hamba-hamba Mu sekira berlaku banjir dan harta benda mereka rosak. Aku tidak berdaya memberi bantuan kepada mereka, hanya Engkau yang berkuasa memberi pertolongan kepada mereka"
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah