Saya sebenarnya naik muak dengan cara Ezam berpolitik. Satu masa dulu saya menghormatinya sebagai pemimpin yang berkaliber dan ada karisma tersendiri.
Paling terkesan dalam hati saya ialah cara dia berpidato, saling tak tumpah seperti DSAI. Tak taulah sekarang macam mana. Mungkin sudah lain gayanya. Saya selalu kata dia sudah masuk acuan DSAI. Kagum kerana kepetahan beliau berpidato. Penuh dengan isi yang bernas.
Tapi sekarang saya dengar banyak cacian sahaja. Saya tidak berkesempatan untuk ke ceramah beliau semasa beliau turun ke Kota Raja. Ingin saya mendengarnya tapi setiap kali beliau turun ke Kota Raja, saya ada program lain serentak. Satu hari mungkin.
Bila dia melompat masuk UMNO balik pun saya boleh terima atas prinsip kebebasan memilih dan hak seseorang. Semasa beliau dibawah tahanan ISA, rumah saya di Kg Kubu Gajah pernah menjadi tuan rumah di dalam siri ceramah anti-ISA yang membawa isterinya, Puan Bahirah menceritakan sendiri dari isi hatinya mengenai pengalaman beliau sebagai isteri tahanan ISA. Ramai wanita yang mencucurkan air mata bersimpati dengan isteri dan anak-anaknya.
Saya pun biasa ke rumah nya di Shah Alam selepas beliau dibebaskan. Tak ingat saya untuk majlis apa. Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Bahirah. Saya kira saya masih mengenali dia sebagai seorang isteri yang tabah dan berhemah tinggi. Walau pun suaminya musuh politik Pakatan Rakyat, saya tatp akan menyantuni mereka sekiranya bertemu muka.
Kalau Ezam melompat masuk UMNO kerana prinsip, kita boleh hormati. Ceritakanlah bagaimana PKR telah lari dari dasar perjuangan asalnya. Usahlah menghalakan kritikan secara peribadi. Persahabatan adalah satu perkara yang patut kita hargai.
Jika sillaturrahim sudah diputuskan, kenapa segala "keburukan" atau rahsia perlu didedahkan kepada khalayak. You have been previleged. You were once taken into confidence. You were once a trusted friend. Even if all your allegations towards DSAI and DSWA were true, nobody would ever want to be your "true" friends again.
Apakah persahabatan dan kenangan manis yang dijalin sekian lama perlu dirobek-robek hanya kerana perbezaan politik dan dendam. Politiknya menjadi begitu peribadi dan tidak matang sehinggakan apa yang kononnya dibualkan melalui telefon dahulu kala pun hendak didedahkan kepada umum dan minta pula orang lain bersumpah. Kalau dia sendiri percaya adanya mahkamah Allah SWT kenapa perlu meminta DSWA bersumpah di depan ulama. Ini bukan ajaran Islam.
Tunggu sahaja di padang Mahsyar, tiada satu perkara walaupun sebesar zarah tidak akan dapat disembunyikan. Dia mungkin tidak akan dipanggil pun untuk menjadi saksi pun kerana anggota-anggota tertuduh sendiri akan menjadi saksi!
Jangan melenting bila DSWA berkata dia akan membawa ke mahkamah kerana yang memulakan dakwaan ialah Ezam. Ezam made the allegations. Not DSWA. She has every right to defend her honour (maruah). You know you cannot prove it. How can someone prove a telephone conversation that happened years ago. Unless you taped it. That too can be hard to prove. Just look at the Lingam tapes!! So now you are asking her to swear!
Saya boleh menghormati anda sekiranya anda teruskan politik anda atas dasar prinsip. Jelaskan kepada rakyat di mana penyelewengan PKR atau Pakatan. Ceritakan kehebatan UMNO/BN. Bawalah bukti-buktinya. Bukan mengeluarkan cerita-cerita yang tidak dapat disahkan.
Ramai ahli politik lain yang melompat dan meninggalkan UMNO dan masuk PAS tapi mereka tidak menceritakan keburukan UMNO dalam akhbar-akhbar. They don't beat below the belt. Kalau mereka kisahkan mengenai ahli atau pemimpin UMNO begitu dan begini, maka juga dahulunya begitu dan begini. Mereka malu untuk menceritakan.
Mudah-mudahan dia diletakkan sebagai calon di DUN Kota Raja sebab dia disebut-sebut sebagai calon MB yang popular dengan sokongan Nor Omar dan Khair Toyo. Jika benar kita ajar dia dalam PRU13.
ReplyDeletePengundi DUN Kota Raja
si ezam senatak yang dilantik sebagai senator negara tanpa ada satu pun sumbangan bakti beliau kepada negara ni, ini standard monyet yang diberi jawtan atas kerja fitnah orang, bangsat punya melayu, mak bapak and keluarganya sama juga macam anjing kurap yang suka dengan rela menjadi baru dan pencacai untui memfitnah, ini ke melayu yang mengaku islam, islam puki mak dia
ReplyDeleteSelamat datang ezam. Kalau bertanding Shah Alam atau kota raja lunyai dia kena. Budak tadika pun nak tolong kempen lawan ezam.
ReplyDeleteTadika Kemas ke?
ReplyDeleteDr...kalau dah politik melayu begitulah..tak pernah berubah..Dr pun sama dengan Ezam..kenapa Dr tak tegur DSAI...isu 16 Sept, isu Altantunya ,isu P.A Bala ,isu RPK...tak pernah pula dengar DR kata tunggu dekat padang Mahsyar..sebabnya jelas ia memberi keuntungan politik kepada pihak Dr..biarkan DSWA saman Ezam..kita tengok siapa yang benar...kenapa takut nak bersumpah...kenapa angkat jawatan parlimen boleh bersumpah..hipokrit politik...Dr bercakap politik prinsip dan persahabatan..tapi inilah politik melayu...semua sama sahaja
ReplyDeleteKepada anon aug 18hb aug. memang semuanya tunggu padang mahsyar, mana boleh lari. isu-isu yang tuan sebut berkait antara satu sama lain dan terbabit kes jenayah. semestinya perlu perbicaraan dan pembawaan bukti. kes yang saya komen ni ialah kes ezam mendakwa DSWA menelefon beliau utk meminta beliau jangan meninggalkan DSAI seorang diri dgn entah siapa...dia kata DSAI telefon, DSWA kata tidak.. it was a private conversation. sampai bila pun tidak akan selesai. buang masa dan duit rakyat nak ke mahkamah
ReplyDeletekalau saudara tengok semuanya bermula dengan dakwaan di sebelah orang-orang yang nak menjatuhkan DSAI
16hb Sept DSAI telah mengakui memang itulah yang cuba dilakukan oleh Pakatan (dengar ucapannya di parlimen-tengok hasard) mengikut cara yang difikirkan dapat diterima sebab perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Cuma pelan nya tidak berjaya kerana orang-orang BN yang hendak menyeberang tak jadi menyeberang. Pelan gagal lah...
kalau saudara kata ini politik Melayu, begitulah. Apakah saudara suka semua orang berdiam dan hanya mengangguk. Sdra bebas untuk bercakap dan saya pun bebas menyuarakan pendapat. apa peranan saudara untuk mengubah politik melayu? cuba bagi pandangan saudara bagaimana nak ubah cara politik melayu ni. Jangan nak minta perpaduan melayu dengan cara pas bersatu dengan umno sudah lah...
dr mariah