Selamat berpuasa kepada semua Muslimat dan Muslimat,
Isnin - 9.8.2010, bertempat di Pejabat Jentera Pilihanraya DUN Sri Andalas berhampiran Dewan Lipat Kajang berlangsung majlis meraikan petugas Pendemokrasian Rakyat Negeri Selangor.
Ramai yang hadir dan memenuhi setiap ruang dalam pejabat tersebut.
YB Dr Siti Mariah, YDP En Jaafar Samsuddin, Ahli Majlis MPK En Azmi Jusoh dan PS Rajoo juga hadir dan tidak ketinggalan pengarah JPrD Sri Andalas Tuan Hj Termizi bin Ismail turut bersemangat hadir walau pun dalam keaadan agak uzur pada ketika itu.
YB Dr Siti Mariah, YDP En Jaafar Samsuddin, Ahli Majlis MPK En Azmi Jusoh dan PS Rajoo juga hadir dan tidak ketinggalan pengarah JPrD Sri Andalas Tuan Hj Termizi bin Ismail turut bersemangat hadir walau pun dalam keaadan agak uzur pada ketika itu.
Majlis di pengerusikan oleh Ketua Penyelaras Operasi UPP DUN Sri Andalas Sdr Nor Ikhsan dengan dibantu oleh Sdr Syed Abd Malek, orang kuat UPP Kota Raja.
Di Kota Raja terasa meriah kebelakangan ini kerana bila ada program seumpama ini ia pasti mengumpulkan petugas-petugas PAS, PKR dan DHPP. Mereka sudah selesa bersama dan tidak merasa kekok lagi.
Dalam ucapannya Pengarah JPrK merangkap YDP dan Setiausaha JPN memberitahu bahawa Kota Raja adalah yang terbaik dalam negeri Selangor. Kota Raja jauh kehadapan berbanding Kawasan-Kawasan lain.
Ini diakui sendiri oleh YB Dr Siti Mariah yang berkata bahawa Pengarah JPP Pusat Dato Abdul Halim Abd Rahman sendiri juga selalu menjadi Kota Raja sebagai referance dalam kerja-kerja ini.
Ini diakui sendiri oleh YB Dr Siti Mariah yang berkata bahawa Pengarah JPP Pusat Dato Abdul Halim Abd Rahman sendiri juga selalu menjadi Kota Raja sebagai referance dalam kerja-kerja ini.
Sepatah kata YB walau pun sukarelawan ini menerima esentif tetapi jumlah yang diterima tidak memadai dengan usaha-usaha yang telah dijalankan. Katanya lagi sampul yang diberi wajar diframekan dan menjadi bukti pada masa akan datang bahawa kemenangan kita dalam PRU nanti adalah atas usaha yang dilakukan hari ini.
Penerima sumbangan esentif tertinggi untuk DUN Sri Muda dan Sri Andalas, Sdr Majid Hassan dan "kakak-kakak hebat" dari Caw. teluk Menegun.
"Kamu semua wajar digelar sebagai WIRA Kota Raja" kata Pengrah JPrD.
Antara Wira-Wira yang berjaya menjalankan amanah dari UPP dan Pakatan Rakyat Kota Raja.
Saya mewakili UPP Kota Raja mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Anda mampu melakukannya kerana anda bertekat untuk menjadi kan Selangor Kerajaan berpenggal-penggal dan menyediakan laluan lurus menuju Putrajaya.
Tak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi JKKK Kampung Jawa, Tuan Hj Ismail yang telah memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1000.00 untuk diagihkan kepada semua petugas.
Razif : UPP Kota Raja
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah