Wednesday, March 28, 2012

PRU 13 : PR bersama rakyat kelas bawah

Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai belas ihsan untuk kroni Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang itu (gambar)memberitahu sekitar 2,000 penyokongnya dalam ceramah di sini, yang merupakan bekas kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, PR menerima tekanan daripada media BN kerana kroni kerajaan itu khuatir “keuntungan” mereka akan berkurang sekiranya berlaku perubahan kerajaan.
“Perjuangan ini, pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya, kroni Umno.
“Setiap hari saya diserang. Siapa yang menentang saya? Bukan Najib atau Muhyiddin. Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun beliau menuduh sesetengah jutawan Malaysia seperti pemilik Genting dan YTL, beliau turut mempertikaikan monopoli jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap pasaran gula dan beras.
“Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi? Ya, tapi bukan untuk menyusahkan rakyat,” kata Ketua Umum PKR itu.
“Di bawah Syed Mokhtar, harga gula empat kali lebih tinggi. Kamu, penyokong Umno, keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin.”
Tindakan Anwar itu dilihat dibuat selepas kajian bulan lalu yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan 78 peratus datang dari isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Kajian berkenaan mendapati pemberian wang tunai berjumlah RM500 oleh Putrajaya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah penyumbang utama terhadap sokongan tersebut.
Pemimpin sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008 namun BN tewas dua per tiga kerusi Parlimen dan empat negeri.
Anwar turut menjelaskan PR merupakan pihak yang bertanggungjawab berjuang untuk mendapatkan gaji minimum dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya membebankan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka penggemis.
“Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong Umno ... Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum, tapi kami. Kami akan memansuhkan PTPTN, bukan Umno.
“Kami mahu turunkan harga petrol, elektrik. Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup,” tambah Anwar merujuk kepada pemberian subsidi terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang.
Najib telah memberikan gambaran pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat walaupun mandat kerajaannya memerintah hanya akan tamat tahun depan.

Tuesday, March 27, 2012

Mungkinkah Selangor akan ditawan secara jijik & kotor

Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.

Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor. 

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.

Dengan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor
Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21

Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13. Seterusnya baca posting Tulang Besi di 
http://www.malaysiawaves.com/2012/03/kerajaan-pakatan-rakyat-di-selangor.html

Monday, March 26, 2012

Berita & Candid Karnival Terima Kasih Rakyat Selangor

Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.

Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.

Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.

Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.

Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.

Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.

Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.

"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.

"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana.
Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang memberitahu akan membawa 'mood perang' sepanjang ceramahnya akan datang sebagai berdepan pilihan raya.

Memegang mikrofon weireless tanpa rosterum ala kempen parti AK di Turki, beliau menggunakan ruang pentas sepenuhnya untuk menarik perhatian para hadirin.

"Kita kena berada di nada ini. Ini mood kita berdepan Umno BN pada pilihan raya ini," katanya menjustifikasikan gaya ucapannya malam tadi.

Sepeti biasa juga, tidak sah kalau ceramah Anwar tidak diselitkan dengan nyanyian spontan beliau.

Malah malam tadi beliau turut menyeru seluruh rakyat mempopularkan rangkap lagu 80-an Indonesia iaitu Madu & Racun.

"Madu ditangan kananmu (Pakatan), Racun ditangan kiri mu (BN).

"Aku dah tahu yang mana akan menjadi pilihan ku," katanya bernyanyi sambil diikuti para hadirin.

Selain itu beliau turut menyentuh beberapa janji Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih Putrajaya termasuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain PTPTN, beliau turut mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik.

Terdahulu, karnival dua hari anjuran Kerajaan negeri itu adalah sempena meraikan Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor.

Antara lain, program tersebut turut menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik. 





Saturday, March 24, 2012

Geran Selangorku Lulus 20 Projek Pembangunan

SHAH ALAM 23 MAC : Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku meluluskan 20 projek pembangunan insfrastruktur serata Selangor dengan peruntukan lebih RM2 juta bagi fasa pertama.

Projek yang diluluskan ini antaranya bertujuan untuk menurap semula jalan dan membaiki jalan termasuk pemasangan lampu jalan dan pembinaan longkang di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang, dan Kuala Langat.
Menurut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek insfrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek insfrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu.
Geran Selangorku memperuntukkan RM50 juta untuk projek insfrastruktur daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM300 juta.

Semua di jemput hadir

Tempat terhad - untuk pengesahan tempat sila dail 012-6858801 terlebih dahulu. 

Tuesday, March 20, 2012

Najib urus Negara macam Syarikat Sdn Bhd

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu mengurus negara kerana tidak faham maslahat rakyat dengan terus merahsiakan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dari pengetahuan rakyat.

Bagi PAS WP, mungkin Najib menganggap negara ini kepunyaan beliau seorang sehingga beliau tidak sanggup berkongsikan tarikh pilihanraya kepada umum.

“Beliau tidak sedar bahawa negara ini dikongsi oleh sejumlah 27 juta rakyat Malaysia, sebahagiannya adalah pengundi yang sah dan berdaftar.

“Najib tidak sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai jadual hidup mereka sendiri,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, kehidupan rakyat bukan seperti kehidupan Perdana Menteri yang serba serbi diuruskan oleh pembantu-pembantu beliau.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh hanya tunggu di depan kaca TV menanti tarikh pembubaran parlimen untuk mengisi jadual mereka.

“Mereka ada keluarga, ada kehidupan, ada kerjaya, peniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi.

“Tidakkah Najib mengetahui dengan merahsiakan tarikh pilihanraya menjadikan negara dalam keadaan cacamerba?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Ini, katanya menjadikan jadual hidup rakyat akan bercempera dengan sikap beliau begitu.

“Bayangkan rakyat yang sudah merancang sekian lama dengan jadual mereka yang pelbagai itu, seperti mengadakan kenduri kahwin sanak saudara, yang telah menempah tiket penerbangan menunaikan umrah atau haji, atau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan lain-lain lagi, tiba-tiba terpaksa membatalkannya saat akhir untuk menyertai pilihanraya di negara ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya, Najib mungkin tidak pernah terfikir berapa kos kerugian rakyat yang terpaksa membatalkan segala aktiviti mereka kerana pilihan raya mengejut.

Malaysia pula, ujar beliau mengamalkan konsep demokrasi berparlimen di mana terdapat parti-parti politik yang berdaftar yang merupakan pelanggan tetap pilihan raya umum di negara ini.

Justeru, katanya setiap parti politik berhak mengetahui tarikh bubar parlimen dan tarikh mengundi untuk persiapan mereka.

PAS WP, ujar beliau menganggap kerahsiaan Najib menandakan suatu pengkhianatan terhadap parti-parti politik yang sah.

“Sudah tentu Najib akan memilih tarikh yang paling sesuai bagi partinya dalam keadaan sedia manakala parti lawan dalam keaadaan tidak bersedia.

“Mungkin juga Najib merasakan beliau sedang menguruskan sebuah syarikat besar milik peribadinya,” katanya.

Tambahnya, Najib tidak faham bahawa beliau diberi amanah oleh rakyat Malaysia untuk menguruskan negara, bukan menguruskan negara seperti mengurus syarikat miliknya sendiri

Saturday, March 17, 2012

Penjelasan TGHH : Mengapa tidak bersama Umno

Lebih 1,500 termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS menyertai majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi.

Mereka memenuhi dewan besar Shah Alam Covention Centre dan menjadikan ia antara majlis makan malam terbesar yang dibuat untuk memungut dana pilihan raya PAS.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu.


(Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz di SACC malam tadi)

Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar ucapan mereka berdua di samping berdilog dengan Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Turut berucap malam tadi adalah timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmod.

Selain mereka, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan isteri turut hadir di majlis itu.

Kenapa tidak bersama Umno

Dalam ucapannya malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.

Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

(Istreri dua pemimpin utama PAS turut serta malam tadi...Datin Tuan Sabariah [kiri] Datin Seri Zainab [tengah] dan Siti Zailah)

"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.

(Nik Aziz bersalam dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai majlis malam tadi)

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS.

Tuesday, March 13, 2012

Apa kata Noh Omar

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahu ahli parlimen BN supaya segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta - di kawasan masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi. 

"Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu," katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi. 

Zahid Hamidi mengejutkan

Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

NONE“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

NONEDihubungi kemudian, Ivy memberitahuMalaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya.

Monday, March 12, 2012

Jika tidak bersalah mengapa Sahrizat tidak pertahan diri?

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempertikai keputusan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tanpa mengemukakan bukti bahawa beliau tidak bersalah.

Timbalan Ketua DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, sekiranya Shahrizat benar-benar tidak terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), beliau perlu mempertahankan diri.

"Memang dari segi siasatan SPRM sampai sekarang belum ada apa-apa keputusan. Beliau meletakkan jawatan atas desakan. Sekiranya dia yakin yang dia tidak bersalah dan tak ada kena mengena dengan dana NFC, pertahankan diri.

"Kalau saya, saya akan pertahankan diri. kalau saya tidak bersalah, pantang orang sebut saya bersalah," kata beliau ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, hanya dengan mengatakan Shahrizat tidak bersalah, namun ingin mengundurkan diri demi kebaikan Umno BN, itu bukan pembelaan diri yang baik.

"Saya juga bersimpati (terhadap Shahrizat) kerana apabila dakwaan-dakwaan ini tidak dipertikai atau tidak ditolak dengan bukti-bukti yang kukuh, maka ia akan tinggal sebagai dakwaan dan Shahrizat tidak ada peluang membela diri.

"Bagi saya tidak adil seseorang itu tidak diberi peluang membela diri dan setakat mengatakan dia tidak ada kena mengena dengan perkara ini, itu bukan satu pembelaan diri yang baik," katanya.

Sehubungan itu ujar beliau, perkara ini harus dijadikan iktibar oleh semua pihak sama ada kerajaan atau Pakatan Rakyat iaitu jawatan seseorang itu dalam kerajaan tidak boleh diambil kesempatan oleh ahli keluarga untuk mendapatkan apa-apa projek.

"Dari segi undang-undang dana itu diberi secara sah oleh kementerian. Sekarang ini persoalannya ialah kenapa diberi kepada keluarga Shahrizat dan dana itu digunakan untuk apa?

"Jadi sebagai peringatan kepada semua menteri atau bakal menteri atau semua yang memegang jawatan kerajaan, kita tidak boleh ada kepentingan ataupun keluarga kita sendiri pun tidak boleh mendapat peluang ini melalui jawatan yang kita pegang.

"Kalau seseorang menteri boleh mengatakan sesuatu kontrak itu diberi tidak ada kena mengena dengan dia, dia kena beri bukti.

"Ini bukan sahaja untuk kerajaan BN tapi untuk mana-mana kerajaan hatta Pakatan Rakyat sekalipun, setiap penjawat mesti sedia berkorban bahawa ahli keluarga tidak boleh dapat manfaat daripada jawatannya," tegasnya.

Semalam, Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN.

Tuesday, March 6, 2012

PAS tidak berganjak

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu pengundi-pengundi Melayu Islam memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menggantikan Umno dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.
Sambil menegaskan bahawa Pas tidak berganjak dalam perkara halal dan haram serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain, Abdul Hadi berkata, partinya mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin.
"Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli Pas yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti.
"Pas pernah memecat Ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu-gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Marang ini berkata, apabila memerintah kerajaan negeri dan Pas memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum syarak.
Katanya, penganut-penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.
"Umno pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli Umno yang mengerjakan maksiat kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya," kata beliau lagi.
"Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam Umno tidak mampu menjadi model Islam dan Umno gagal mendidik Melayu Islam menjadi contoh yang baik," katanya.
Abdul Hadi juga berkata, Pas pernah bersama kerajaan campuran dengan Umno di awal tahun 70-an dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat Pas tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Kata Abdul Hadi lagi, Pas telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN.

"Contohnya Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong Umno Melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC.
"Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah," kata Abdul Hadi lagi.
Malah menurut beliau, Pas juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walaupun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.
Katanya lagi, dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada Umno memimpin negara dengan gagasan BN, yang banyak kelemahan dan penyelewengan serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

PAS dan masyarakat majmuk

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP,  yang dituduh setengah pihak sebagai  fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.
Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.
Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan,  walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama. Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.
Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.
Adalah menjadi  hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya  sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.
Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13) الحجرات
Maksudnya :
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat  dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah)  dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.
Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari  aspek kemanusiaan  dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah. Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.
Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT :
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا 
يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ( النساء)     
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
Diriwayatkan dalam  Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :
يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
(رواية مسلم ).
Maksudnya : (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).
Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan ). Ianya juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif.  Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman. Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan  dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.
Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.
Pendekatan  PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.
Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman  yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan ?
PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa.   Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib  melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.
Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.
Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.
PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.
UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.
Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.
UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya  yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.
PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.
PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan Demokrasi.
Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.
Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.
 Presiden PAS

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts