Wednesday, April 24, 2013

Saya yakin pertahan kemenangan

Dipetik dari Harakahdaily : 

Calon PAS yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yakin pengundi di kawasan tersebut akan bersamanya pada PIlihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Biarpun kali ini berlaku persaingan empat penjuru, namun beliau yakin PAS mempunyai kelebihan memandangkan khidmat lima tahun beliau sebagai wakil rakyat

"Saya sudah berada lima tahun di sini dan rakyat sendiri tahu bahawa saya sentiasa turun padang dan menerima kehadiran orang ramai di Pusat Khidmat DUN pada bila-bila masa.

"Saya rasa mereka (rakyat) mengenali saya. Lima tahun ini, kita bukan macam wakil rakyat sebelum 2008.

"Kami merakyatkan diri kami dan kami tak merasa bahawa menyandang yang berhormat itu adalah satu penghormatan (orang hormat pada kita) tapi kita adalah ‘khadam’ rakyat,” katanya dipetik Selangorku.

Dr Mariah bagaimanapun tidak mahu memandang ringan pencabarnya memandangkan PRU13 adalah pertarungan sengit.

“Saya tahu bahawa saya kurang serba serbi. Orang sebut bahawa BN ada banyak bendera, poster dan pelekat. Tapi PAS tak mempunyai banyak dana, yang keluarnya daripada poket kami sendiri.

"Kami negeri hanya bagi poster dan bendera tertentu sahaja. Tak cukup, kami terpaksa cari duit. Yang ada pada kami ialah keperihatinan yang kami berikan lima tahun dan rakyat tahu perkara itu,” katanya.

Monday, April 22, 2013

tumbukan padu buat Umno. .. Mike Tyson sertai PAS

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS. 


Friday, April 19, 2013

Backfire kepada BN

DAP mengesahkan akan bertanding menggunakan logo Pas pada pilihan raya umum kali ini.

Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana "tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh RoS."

“Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang Pas di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau dipetik Roketkini.com.

RoS menghantar notis petang kelmarin mengatakan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, Setiausaha Agung Pas dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP.

Thursday, April 18, 2013

Wanita kesal. .demi kuasa sanggup guna video sex

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) mengutuk sekeras-kerasnya politik lucah seperti yang sedang menggejala dewasa ini. 

Yang Dipertuanya, Datin Aminah Zakaria berkata, video lucah yang didakwa melibatkan pemimpin politik adalah paling menjijikkan diguna oleh mereka yang menjadi tentera upahan kepada pihak yang mahu terus berkuasa.

"Ini adalah perkembangan  budaya politik yang sangat buruk yang akan mengundang mala petaka sosial yang tidak akan boleh dipulih jika tidak dibanteras,” ujarnya dalam satu kenyataan.Justeru, jelas beliau Salimah amat kesal sejak 1998 strategik politik fitnah dengan mengguna tuduhan salah laku seks dan menghasilkan video seks yang diubahsuai untuk menjatuhkan maruah seorang musuh politik sudah membawa politik negara ke tahap yang paling hina.

Katanya, kecuaian pihak berkuasa untuk bertindak tegas bagi mencegah gejala ini telah menyebabkan pihak yang mengguna konspirasi jahat ini berleluasa.

“Salimah menegaskan hanya dengan penguatkuasaan hukum jenayah Qazaf sahaja, gejala ini dapat dibanteras.“

Kami mendapati sikap tidak bersungguh pihak berkuasa malah menyekat pihak yang dituduh untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan tuduhan zina melalui undang-undang syariat adalah antara punca yang menyebabkan gejala ini berterusan,” katanya.

Tambahnya, Salimah mengingatkan mereka yang bersekongkol dengan jenayah itu akan menerima balasan yang berat di akhirat nanti dan menggesa mereka segera bertaubat.

"Walaupun kami tahu ingatan dan nasihat ugama seperti ini mungkin tidak dihirau oleh mereka, namun menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan amaran Allah S.W.T kepada siapa sahaja yang tersasar jauh dari perintah agama,” ujarnya.

Salimah, ujarnya lagi mendesak supaya undang-undang Qazaf segera dikuatkuasakan untuk menjernihkan masyarakat dari perbuatan terkutuk dalam budaya politik negara ini.

Sebagai kaum wanita, tambah beliau Salimah tidak akan berkompromi dengan siapa sahaja yang berusaha mengotorkan minda dan jiwa masyarakat dengan budaya lucah seperti mengedar video seks kepada orang ramai.

"Para ulama perlu bersatu menyuarakan bantahan dan bertindak mengingatkan masyarakat betapa gejala ini jika tidak dibendung akan mengundang musibah dari Allah S.WT. yang akan melibatkan semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Tuesday, April 16, 2013

Sah Ghani lawan Kit Siang

Pengerusi BN Abdul Ghani Othman terpilih sebagai calon BN di Gelang Patah, bakal bertembung dalam persaingan yang dijangka sengit dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Pencalonan Ghani dibuat bersama pelancaran manifesto BN Johor di sebuah hotel di Johor Bahru pagi ini.

Senarai penuh calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu turut diumumkan hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin akan berpindah daripada kerusi Parlimen Pasir Gudang ke DUN Permas, membuka kemungkinan beliau sebagai calon menteri besar menggantikan Ghani.

Veteran Umno Shahrir Samad akan mempertahankan Parlimen Johor Bahru sementara bekas ketua Puteri Umno Azalina Othman ditugaskan mempertahankan Parlimen Pengerang.

Wednesday, April 10, 2013

Sabtu atau ahad bukan masaalah bagi PR

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada hari Ahad tidak menjadi sebarang masalah bagi Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.

"Tidak mengapa, kita akan hadapinya dan saya minta setiap rakyat ambil kesempatan ini untuk pergi mengundi.

"Bukan buang undi itu istilah lama," ujar beliau ketika diminta mengulas tentang tarikh tersebut yang dipercayai akan menyukarkan pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 telah ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.Pengundian awal ditetapkan 30 April dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

Anwar yang juga Ketua Umum PR berkata, beliau tidak risau mengenai tarikh pilihan raya kerana mengakui jentera parti sudah bersiap sedia.

Wednesday, April 3, 2013

Johor semakin diasak

Pakatan Rakyat terus membariskan 'heavyweight' di Johor dengan meletakkan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Johor Bahru.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan Steven Choong sebagai calon kerusi parlimen  Tebrau, Nor Hizwan Ahmad (parlimen Muar) dan Datuk Idris Jauzi (parlimen Batu Pahat).

Choong PKR merupakan timbalan setiausaha agung PKR dan dikaitkan sebagai penyokong kuat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.Nor Hizwan - anak kelahiran  Muar - pernah bersama MAS, dan aktif di PKR Ampang sebelum dilantik sebagai penyelaras PKR bagi parlimen Muar parlimen.

Idris adalah Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Hubungannya dengan Anwar bermula sejak ketika Anwar berada dalam kerajaan, sewaktu Idris menjadi timbalan ketua pengarah Biro Tata Negara.

Anwar membuat pengumuman itu di hadapan ribuan penyokong di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Kg Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru malam tadi"Kami mempunyai seorang jeneral empat bintang sebagai calon anda bagi Bahru," katanya.

Monday, April 1, 2013

Pelan 14 untuk kaum India

DAP melancarkan pelan 14 perkara yang dinamakan 'Deklarasi Gelang Patah', yang bermatlamat untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India rakyat Malaysia yang undi mereka dianggap sebagai kritikal kepada BN untuk mengekalkan kuasa dalam menghadapi cabaran hebat Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pelan itu yang diumumkan di Johor Bahru semalam, penting kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk membela nasib kaum India, seperti penyelesaian masalah kerakyatan dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya.

Empat belas perkara dalam Deklarasi Gelang Patah itu ialah:

1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan;

2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India;

3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.

4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah.

5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100.

6. Untuk meningkatkan bilangan kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan, dan perkhidmatan awam;

7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;

8. Untuk menyediakan mikrokredit dan lain-lain skim bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;

9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Polis dan  Salah Laku (IPCMC) dan membasmi kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;

10. Untuk mewujudkan satu dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;

11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;

12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ekonomi ibu tunggal, termasuk skim pemilikan rumah;

13. Untuk mewujud atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskini, di sekolah  asrama penuh;

14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.

Pelan 14 perkara itu diumumkan dalam satu perhimpunan DAP di sebuah hotel di Gelang Patah yang telah dihadiri oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan pemimpin kanan India yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. 

Turut hadir ialah Ahli Parlimen DAP Charles Santiago dan M Manogaran serta ADUN S Sivanesan.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts