Sunday, June 26, 2011

catatan : 1/2 hari bersama YB

Hari ini sempat mengiringi YB setakat 5 program sahaja, itu pun dah cukup meletihkan, yang lain tak mampu nak ikut sebab keletihan dan ada komitmen yang lain yang perlu diselesaikan

YB meneruskan aktivitinya pada hari ahad ini bersama Sdr Azmi Jusuh, Ahli Majlis MPK dan Sdr Abd Majid Hassan hingga kemalam nanti.

Sekretarit yang turut serta kali ini ialah Sdr Syed Abd Malek, Sdr Shamsul, Sdr Mohd Iqbal, Tn Hj Bahaudin Dan Sdr Ikhsan

Program bermula jam 8.30 pagi dimana YB hadir pada Ijtimak Tarbawi anjuran Lajnah Tarbiyyah PAS Kota Raja yang diketuai oleh Ust Jefri Isa (Ketua Urusan Ulamak) dan Ust Yusof selaku ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan.
Semua AJK PAS Kawasan dan dewan-dewan serta cawangan turut hadir untuk memenuhi hampir semua tempat duduk yang disediakan didewan Dato Fadhil Nor, Pejabat PAS Kawasan Bukit Naga.

Pada kira-kita jam 9.55 pagi YB dan rombongan bergegas pula untuk ke Kampun Baru Hicom untuk majlis kebajikan anjuran Dewan Himpunan PAS Kota Raja yang diterajui oleh S. Lakshmanan.
Atas inisiatif penganjur seramai 4 orang YB bergabung bagi menjayakan program ini yang dikhususkan bagi membantu rakyat miskin di daerah tersebut. Mereka ialah YB Khalid Samad, YB Shuhaimi Shafie, YB Dr Xavier dan YB Dr Siti Mariah sendiri.

Dalam ucapan nya pada majlis tersebut YB Shuhaimi memaklumkan bahawa sebanyak 18 daripada 25 perkara yang menjadi manifesto dalam PRU 12 yang lalu telah berjaya dilaksanakan olek Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
 Sekretariat turut membantu
Program seterusnya ialah pemeriksaaan mamogram (payudara) secara percuma yang melibat 1000 rakyat bagi setiap DUN. Kos pemeriksaan ini ialah RM 140 pada klinik swasta.

Selain itu menjelang hari raya ini mana-mana warga emas yang telah didaftar dibawah skim warga emas MES akan diberi vaucher percuma RM100 untuk membeli belah dipasaraya terpilih menjelang hari raya nanti.

Sementara itu Dr Mariah dalam ucapan nya mengakui bahawa di Kampung Baru Hicom ini masih ramai yang miskin dan perlukan bantuan untuk meringankan tanggungan mereka. Program ini bukan kali pertama dilakukan terutama oleh Pejabat DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja tetapi merupakan kesinambungan dari pelbagai aktiviti seumpama ini yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Ketika YB berucap YDP En Jaafar Samsudin yang merupakan Pengarah Pilihanraya Selangor yang baru sampai kemajlis ini, begitu juga Timbalan YDP Tn Hj Norhalim yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA.
Selepas selesai mengagihkan sumbangan, rombongan bergegas pula ke Kampung Jawa bagi menghadiri program Home Buisness anjuran Pejabat Parlimen Kota Raja di Dewan orang ramai Kampung Jawa. Dalam majlis ini YB sempat menyampai kan ucapan  ringkas dan kata-kata semangat kepad ramai peserta yang hadir dan aktiviti ini merupakan sessi terakhir program ini dan Sekretariat akan mengumpul kan seramai lebih 500 peserta yang pernah hadir ke program ini dalam satu pertandingan yang akan di adalan pada 2 Oktorber 2011 akan datang di Dewan Jubli Perak SUK.
 Sekretariat dihadapan dewan Kampung Jawa dalam program home buisness

Seterusnya rombongan YB ke Markas PAS Kampung Jawa untuk memberikan taklimat-taklimat terkini perkembangan parti dan negara selain mempromosi Bersih pada 9 Julai nanti.
 YB Berucap di markaz PAS Kampung Jawa
 Mantan YDP  PAS Kota Raja AF Ustaz Ghazali
Selepas minum Teh O rombongan kami diteruskan ke Taman Sentosa untk menghadir majlis walimatul urus ahli PAS disana. Selepas majlis ini YB meneruskan aktivitinya ke Bandar Putera mana kala kami ber5 kembali ke Bukit Naga untuk mengikuti Ijtimak disana.
Setakat inilah yang mampu kami ikut YB sebab dah kepenatan dan program terakhir YB pada malam ini ialah Ceramah Pakatan Rakyat di Dewan Klang Jaya bersama YB Nurul Izzah, YB Xavier dan lain-lain.

Sementara esok YB akan bersama program yang diatur oleh Sekretariat ialah Gerak Gempur di Pasar Malam Kandis Permai selepas Solat Maghrib.

Saturday, June 25, 2011

Anak Muda Kebanggan Kami

PAS Kota Raja amat berbangga dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Sdr Zainal Said ini.

Berita berkaitan : Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300  peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.


“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.


Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.


Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.


Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

“Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

“Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman,” tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu  dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH




Thursday, June 23, 2011

Kita ikut arahan Presiden

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. 

Monday, June 20, 2011

Walk For Democracy


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO’s yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai ”Walk For Democracy” atau ”Berjalan Untuk Demokrasi” pada 9 Julai 2011 akan datang. 

DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011.

DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Dato Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.

Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara ini. Kelemahan-kelemahan ini dapat kita lihat dan fahami melalui 8 Tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0.

Seandainya kelemahan tadi berterusan dan tiada usaha bersunguh untuk memperbaikinya daripada semua pihak khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri, maka negara akan terdedah dengan satu situasi di mana keputusan-keputusan pilihan raya itu tidak atau kurang kredibil yang seterusnya akan mewujudkan ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan para warga terhadap sistem dan perjalanan pilihan raya itu sendiri. Fenomena ini nantinya boleh mengakibat satu ledakan cemas dan kebangkitan rakyat. Dan andai ianya tidak terpimpin secara bertanggungjawab maka ia akan memberi implikasi buruk kepada kita semua.

Justeru, DMPP percaya bahawa tindakan Jawatankuasa BERSIH 2.0 ini dilihat bertujuan mengimbangi kemarahan serta kebangkitan rakyat dan melorongkan ”kemarahan dan ketidakpuasan hati ini” kepada satu tindakan yang lebih terarah, bertanggungjawab, terpimpin hatta mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan khususnya yang terkandung dalam Perkara 10 berkaitan Kebebasan Bercakap, Berhimpun Dan Menubuhkan Persatuan : secara aman dan tanpa senjata.

Oleh yang demikian, DMPP menyeru pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya agar mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. Tindakan berterusan mengeluarkan”ancaman tangkap” kepada rakyat adalah suatu yang sangat tidak wajar, tidak menghormati rakyat, membelakangi semangat keluhuran Perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang itu sendiri. ”Ancaman Tangkap” itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat. Kalau sikap dan budaya ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika polis menjadi satu Institusi Awam yang tidak akan lagi dihormati hatta dipandang rendah.

Sudah sampai masanya PDRM berhenti daripada menjadi ”Budak Suruhan Pihak Atasan”. Sudah sampai masanya PDRM mengambil pendekatan ”memahami dan menyantuni” kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

DMPP menyedari betapa BERSIH 2.0 sendiri telah menegaskan bahawa mereka dalam hasrat membimbing rakyat mempraktiskan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. BERSIH 2.0 juga bersedia dan sanggup bekerjasama di pihak Polis bagi memastikan program pada 9 Julai nanti akan berlangsung dalam keadaan yang aman, tertib dan terkawal. Justeru, DMPP mendesak Ketua Polis Negara agar segera membuka ruang perbincangan di antara kedua belah pihak demi kepentingan negara.

DMPP juga sangat memandang serius akan kenyataan berbau ”ancaman dan ugutan” yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali bersama Perkasa yang menegaskan ”mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan”.

DMPP menyifatkan kenyataan ini adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan awam khususnya pada hari tersebut. Apatah lagi Ibrahim Ali secara emosional melulu menegaskan bahawa“apa sahaja boleh berlaku pada 9 Julai itu nanti”. DMPP menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat “anti establishment”. Amat malang ianya dituturkan oleh seorang Ahli Parlimen tidak berparti (yakni Bebas) atau dalam  konteks Malaysia kita fahami mereka ini sebagai Ahli Parlimen “Lompat” (Katak)!

Lebih malang bilamana kenyataan “ancaman dan ugutan” seperti ini tidak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa dan hanya menampakkan PDRM bertindak tidak professional serta double standard.

DMPP tidak berhasrat untuk menghalang sesiapapun untuk turut Turun pada 9 Julai nanti, atau berhimpun bila-bila masa dan di mana sahaja; tetapi yang penting perhimpunan itu mestilah diadakan secara aman, tanpa senjata, dengan objektif yang jelas dan bukan berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan atau sebarang tindakan vandalism atau anti sosial.

DMPP sangat berdukacita terhadap segala kenyataan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan oleh beberapa Menteri terhadap BERSIH 2.0. Ini termasuklah tuduhan Rais Yatim yang mengaitkan ”Serangan Siber” ke atas beberapa laman web kerajaan baru-baru ini sebagai berkait dengan BERSIH 2.0. Manakala  Muhyidin Yassin membuat tuduhan bahawa ”Walk For Democracy” itu adalah bertujuan untuk menumbangkan BN. DMPP melihat kenyataan-kenyataan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan bahawa UMNO BN sekarang berada pada tahap ”ketakutan yang melampau” sehingga ”bayangan sendiri difikirkan hantu!”.

DMPP mengajak seluruh rakyat dan semua pihak memahami bahawa apa yang akan berlaku pada 9 Julai 2011 itu nanti ialah satu program bersifat merakyat ; ”Walk For Democracy” . Dan ianya secara khusus berkaitan dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0 untuk kita semua upaya menikmati satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Ianya bukan berkaitan persoalan politik kepartian yang sempit. Ianya bukan berkaitan persoalan individu orang tertentu. Ianya konsistant berkaitan Tuntutan Rakyat untuk SPR dan pihak berwajib bertindak segera Mereformasi Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya yang ada dalam negara ini agar lebih seimbang kepada semua pihak yang mengambil bahagian.

Akhirnya, DMPP menyeru seluruh rakyat jelata khususnya para wanita yang mahukan 8 Tuntutan BERSIH ini didengar dan tercapai agar hadir beramai-ramai dan bersama-sama kita BERJALAN UNTUK DEMOKRASI secara aman dan tertib. DMPP juga sedang dalam proses menggerakkan seluruh kekuatan organisasi dan jentera Dewan Muslimat PAS di seluruh negara untuk bersama menggerakkan rakyat HADHIR PADA TEMUJANJI KITA, 9 JULAI DI KUALA LUMPUR. DMPP yakin dan percaya, insyaAllah Kita akan lalui dan hadapi 9 Julai ini dengan penuh kewarasan, kejelasan tujuan dan penuh bertanggungjawab. Sungguhlah benar Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!


Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT


AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan

Friday, June 17, 2011

Pertembungan sengit diantara Bersih, Pemuda Umno & Perkasa

Bersih 2.0 sudah pun mencapai kejayaan yang besar sebelum pun demonstrasi itu diadakan pada 9 Julai akan datang.  Tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohammad Sabu.

Dengan kebijaksanaannya, dan mengiyakan kenyataan oleh TG Presiden PAS sebaik sahaja beliau mencapai kemenangan dalam pemilihan baru-baru ini bahawa "Mat Sabu" merupakan senjata PAS bagi menyerang Umno, pastinya demonstrasi ini akan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penunjuk perasaan dan akan memenuhi semua ruang kosong di Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb Julai nanti seperti apa yang dilakukan pada tahun 2007 yang lalu.

Bukti kejayaan itu boleh dilihat dari reaksi pihak kerajaan dan NGO Perkasa yang telah melatah dan menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Bersih.

Bersih tidak pun menggendangkan gendang yang kuat tetapi reaksinya amat besar. “Hero Ibrahim Ali” lah yang paling heboh memberikan reaksi kepada rancangan Bersih ini dan sebenarnya inilah yang ditunggu-tinggu oleh Ibrahim kerana dengan isu ini beliau boleh mengetengahkan diri beliau dalam politik.

Ibrahim memang seronok dengan apa yang berlaku kerana beliau boleh menyambung ‘existence’ beliau di dalam isu nasional. Dalam keadaan aman dan sunyi Ibrahim Ali akan kaku politik beliau. Kita boleh lihat Ibrahim akan cuba menjadi hero apabila isu-isu seperti ini wujud. Ibrahim sedang cuba memanaskan isu ini secara ‘deliberate’ agar beliau dapat mencelah di tengah-tengah keadaan panas ini.

Bersih telah merancang untuk mengumpulkan seramai mana rakyat untuk menunjukan manifestasi rakyat ramai secara aman dengan tujuan menunjukan sokongan orang ramai untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama seperti apa yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. PAS sahaja telah memberikan komitment untuk menghantar 300,000 ahlinya yang masih muda untuk bersama menyertai demonstrasi secara aman itu.

Semalam kedengaran pula Pergerakan Pemuda UMNO bercadang untuk mengadakan demonstrasi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin telah meminta pemuda dari parti-parti komponen BN untuk menghantar seberapa ramai yang boleh untuk menyertai demonstrasi anjuran pemuda UMNO itu.

Pemuda UMNO juga memohon agar pihak yang bertanggunjawab untuk mengadakan pilihanraya secara bersih dan terbuka.

Bagi saya yang tentunya mendapat kejayaan dalam isu demonstrasi ini ialah Bersih, kerana cadangan pihaknya untuk berdemonstrasi ini telah mendapat reaksi yang sangat panas dari pihak Perkasa dan sekarang dari Pemuda UMNO pula. Jadi sekarang barulah rakyat faham bahawa reaksi dari Perkasa dan Pemuda UMNO ini menunjukan dengan jelas bahawa Bersih bakal mendapat sokongan dari ramai rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air ini.

Nampaknya perhimpunan ini hanyalah cara hendak menunjukan siapa yang lebih banyak sokongan; Bersih atau Pemuda UMNO dan Perkasa. Dalam isu ini Bersih telah pun memenangi perang saikoloji ini kerana Bersih tidak bercakap besar dan melalak seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa

Apa pula perbezaan di antara sokongan terhadap Bersih dengan sokongan terhadap Pemuda UMNO dan Perkasa? Jawapannya mudah sahaja. Sokongan terhadap Bersih merupakan sokongan yang sejati kerana rungutan Bersih itu merupakan rungutan rakyat ramai. Di sebaliknya sokongan terhadap Perkasa dan Pemuda UMNO adalah sokongan untuk menolak dan melindungi manifestasi rakyat dari dipaparkan di khalayak ramai.

Tindakan Perkasa dan Pemuda UMNO merupakan tindakan mewakili pihak yang memerintah yang menjadi sasaran rakyat pada hari ini, sedangkan tindakan Bersih merupakan tindakan yang mewakili manifestasi rakyat ramai yang rata-rata tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya umum dilaksanakan oleh kerajaan melalui SPR.

Pendeknya pertembungan di antara Bersih dengan Perkasa dan Pemuda UMNO ini merupakan pertembungan di antara rakyat dan kerajaan. Rakyat di sebelah Bersih dan kerajaan dan pimpinan yang memerintah diwakili oleh Perkasa dan Pemuda UMNO...  http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Thursday, June 16, 2011

Ketua Pemuda Umno akan bersama PAS

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin yang dipetik dari Malaysiakini sebentar tadi.

Nampaknya Umno dah ikut PAS, baguslah sebab bukan kita yang ikut Umno.

Sementara itu
Dewan Pemuda PAS Pusat melihat keputusan Pergerakan Pemuda Umno yang juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan (silent support) kepada agenda utama Bersih yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.

Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, ni sekaligus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis yang kononnya mendakwa perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada  warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.

“Dengan begitu banyaknya laporan polis yang dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa,” ujarnya lagi.

Katanya, rakyat tidak lupa bagaimana Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah menggelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’.

“Kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi. Mungkin dia sudah sedar siapa dirinya,” katanya.

Belau menambah, alasan Khairy itu juga membuktikan bahawa adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki dan begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.

Tambahnya, tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat.

Tetapi dengan pengumuman itu, kata Riduan rakyat sudah mendapat signalnya bahawa Pemuda Umno sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.

.... menunggu reaksi/komen dari pimpinan dan penykong Umno

Wednesday, June 15, 2011

Senjata baru PAS, PKR

Zulkifli Sulong, Istanbul   
ISTANBUL, 15 Jun: Selepas tiga hari berada di Turki untuk melihat dari dekat perjalanan dan strategi kempen parti AK di Turki, rombongan hari ini berkemas-kemas untuk pulang.

Lima delegasi telah berlepas pulang 13 Jun, sehari selepas pilihan raya, manakala hari ini lima lagi anggota akan berlepas pulang ke Malaysia.

Banyak yang dapat dipelajari dari AK parti untuk membolehkan PAS, PKR dan DAP juga menempah kemenangan yang sama di Malaysia.

"Bagi saya, terlalu banyak perkara yang kita boleh pelajari dalam pilihan raya ini dan perlu kita laksanakan. Sebaik saja pulang ke Malaysia, saya akan pastikan perkara ini sampai kepada pimpinan PKR untuk dilaksanakan," kata Saifudin Nasution Ismail, Setiuasaha Agung PKR sebelum berlepas pulang 13 Jun.

Turut pulang bersama beliau adalah Dr Siti Mariah Mahmud, Nasir Mustafa, Datuk Johari Abdul dan juga Nurul Izzah Anwar.

"Saya akan membuat beberapa cadangan kepada PAS untuk dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang," kata Dr Mariah Mahmud. Sessi lepas, Dr Mariah adalah timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Selepas melihat dari dekat strategi dan pendekatan kempen AKP, ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan dan wajar dilaksanakan oleh PAS khasnya untuk memenangi hati rakyat Malaysia menjelang pilihan raya ke 13 nanti.

Pertama, kempen ini mesti inklusif atau memasukkan semua orang dalam sasaran. Benar PAS parti Islam tetapi Islam hendaklah dijelmakan untuk memimpin semua pihak, Islam dan bukan Islam. Di Turki, AK disenangi semua pihak. Yang mahukan Islam menyokong AKP, yang sudah jauh dari Islam juga menyokong AKP.

Kami berjumpa dengan seorang pemain bola sepak semi pro Turki ketika membeli CD lagu Turki untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kebetulan dikedai itu, dia yang boleh berbahasa Inggeris. Apabila diberitahu kami mencari lagu tema kempen AK yang dicipta khas untuk pilihan raya ini, beliau sibuk sekali cuba mendapatkannya. Perkenalan itu menjadi sangat mesra kerana mengetahui kami menyokong AKP.

Seorang penyokong Saadet, Hassan, juga menjangkakan AKP akan menang besar dalam pilihan raya ini. Ini kerana, beliau akui orang ramai suka dengan cara AK. Yang kuat Islamnya suka kerana AK sangat tegas mempertahankan nilai-nilai Islam manakala yang sudah terungkai Islamnya dek lamanya Turki dibawah sekular, senang dengan pendekatan terbuka AKP.

Yang kuat Islam sangat terpaku dengan ketegasan Raccip Toyyib Erdogan memperjuangkan hak untuk wanita Islam memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana isteri beliau hatta di universiti dan majlis rasmi kerajaan yang selama ini dihalang oleh undang-undang Turki.

Mereka juga terkesima dengan cara Erdogan melayan Presiden Israel, Shimon Peres, dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos beberapa tahun lalu. Gambar Erdogan menunding jari kepada Peres dan video peristiwa itu menjadi bahan kempen utama AKP dalam pilihan raya ini.

Yang sudah jauh dari Islam juga menerima AKP. Ketika AKP memperjuangkan hak untuk wanita Islam memakai tudung, parti itu juga memberikan peluang kepada wanita yang tidak bertudung untuk menjadi calon mereka. Mungkin PAS tidak perlu melakukan hal ini di Malaysia namun keterbukaan mereka memberikan makna besar kepada rakyat Turki.

Cara kempen Turki juga berjaya membawa golongan muda dan seluruh keluarga untuk bersama mereka. Lebih 80 peratus pihak yang meraikan kemenangan AKP 12 Jun lalu adalah golongan muda yang datang bersama keluarga mereka.

Ketika berkempen begitu juga. Ramai sekali golongan ini bersama berarak di jalan raya (walk about) bersama calon-calon AKP.  Ketika berkumpul di sebuah taman untuk mendengar ucapan, ia juga dipenuhi anak-anak muda.

Pemimpin AKP sendiri mendekati mereka bukannya diserahkan kepada pemimpin muda sahaja. Lagipun, suasana yang dihasilkan dalam kempen juga menggamit anak muda dan keluarga untuk turut bersama dalam kempen itu.

Pendekatan kempen mereka bukan pentas ceramah semata tetapi berkumpul di taman, berjalan di kawasan perumahan dengan diiringi muzik yang sesuai dan sebagainya.

Pendekatan kempen AKP juga bercorak 'lihat dan percaya'. Melalui pendekatan ini, bahan-bahan kempen AKP juga lebih bercorak gambar yang besar-besar. Gambar-gambar besar tanpa perkataan ini di pasang di merata-rata tempat khasnya di pejabat-pejabat AKP.

Jentera kempen utama AKP adalah van yang dibaluti dengan gambar bahan kempen parti mereka. Van-van ini disewa untuk tempoh kempen ini sahaja. Pendekatan ini menyebabkan AKP boleh dilihat di merata tempat. Untuk Istanbul sahaja, AKP mempunyai lebih 300 buah van. Setiap calon anggota Parlimen mereka akan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah van semacam ini.

Van ini pula dipantau pergerakan mereka dengan GPRS. Hasilnya, pergerakan jentera mereka ini dapat dilihat dengan jelas di ibu pejabat mereka.

Selain gambar kempen membaluti van ini, ia juga dilengkapkan dengan pembesar suara yang memasangkan lagu-lagu AKP sepanjang kempen mereka.

Dalam kempen ini, AKP banyak memaparkan kejayaan yang dibuat oleh mereka sepanjang lapan tahun pentadbiran AKP bermula 2002 lalu. Mereka bandingkan setiap perkara dari pendidikan, kesihatan, pengangkutan, ekonomi dan sebagainya. Perbandingan dibuat antara 'Nereden' (dahulu) dan 'Nereye' (kini) dalam bentuk gambar, grafik dan angka yang besar, jelas dan terang.

Kami yakin, ini perkara utama yang perlu di buat oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Untuk peringkat nasional juga boleh dibuat iaitu dengan membanding Malaysia dahulu dan kini selepas 50 tahun di perintah oleh Umno dan Barisan Nasional.

Oleh kerana media di Turki adalah bebas tanpa kongkongan parti politik yang memerintah, semua parti boleh berkempen melalui media samada tv, akhbar atau dalam bentuk banner-banner besar.

Hasilnya, tidak banyak dirasai kehangatan kempen di jalan-jalan raya Turki tetapi ia sangat hangat di media. Memandangkan Malaysia tidak menikmati kebebasan sebegini, ia agak sukar dilakukan. Namun begitu, Pakatan perlu juga mengambil pendekatan ini dengan membeli ruang-ruang iklan di media yang agak bebas untuk menyampaikan mesejnya.

Pendekatan tulisan yang banyak sudah ketinggalan. Manifesto perlu dipaparkan dalam bentuk gambaran bukan tulisan yang banyak lagi. lihat dan percaya (Seing is beliving) perlu dipraktikkan sepenuhnya dalam kempen era moden dan tanpa sempadan ini.

Sunday, June 12, 2011

Candid dari Istanbul : PRU Turki

‎2 hari suntuk bersama dgn aktivis AK parti. Kemenangan pasti dlm tangan cuma mrk nak 2/3 majoriti utk pinda perlembagaan
 Bersama para pemimpin AK di hadapan Pejabat dan didalam pejabat mereka.
BERITA BERKAITAN

Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut.


Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki.

Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu.

(Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.)

Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga.

Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan.

"Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan,  seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet.

Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki.

Saadet umpama PAS manakala AKp umpama PKR di Malaysia. Pemimpin AKP, Raccip Toyyib Erdogan adalah Ketua Pemuda parti Refah pimpinan Almarhum Necmetin Erbakan, ketika Erbakan pernah menjadi pemimpin Turki satu masa dulu.

Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam.

Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002.

Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki.

Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang.

Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini.

Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak.

Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik.

Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK.

Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan.
Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan.

(Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.)

"Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini.

Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki.

"Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu.

Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur).

Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki.

Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.

"Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu.

Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki.

"Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar.

Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing.

Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak.

"Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar.

Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK.

"Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan  kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya.

Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini.
Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu.

Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat,

"Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar.

Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu.

Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka.

Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK.

Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli.

Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires.
 

TGNA : sikit lagi PAS potong Umno

Saturday, June 11, 2011

Negara Berkebajikan

Di antara polisi yg akan saya perjuangkan untuk wanita di dalam negara berkebajikan ialah mewajibkan para suami @ anak2 mencarum ke KWSP dan SOCSO untuk isteri @ ibu mereka yg bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah tangga untnk memastikan nasib wanita yang bergelar ibu. 

Mereka ini bila ditanya apa pekerjaan anda? 

Mereka akan menjawab 'saya tak kerja, jaga suami dan anak2 saja'. 

Pada hal sumbangan mereka tidak ternilai untuk produktiviti negara.

Friday, June 10, 2011

Memantau Pilihanraya Turki

ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmud adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Rombongan sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi tadi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini bertujuan mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

Wednesday, June 8, 2011

UMNO’s nightmares are becoming reality

UMNO's worse nightmares are now becoming a reality. PAS is transforming itself into a credible and viable alternative. If it links up with likeminded people from other parties and the combined forces are led by someone with stature, they will form the next government.
 
Will PAS implode? It will only if it has the UMNO culture. What differentiates PAS from UMNO is the existence of an eternal idealism. To see the application of more Islamic content in the running of the country wherever and whenever they are applicable. 

The recent victory of the Erdogan faction in PAS is also a reflection that PAS has succeeded in attracting more libertarian members into the party. The change in leadership character in PAS can only be possible as a result of a change in the character of the men and women who have become PAS members. If they have enlisted into the PAS army, then UMNO has lost people of this caliber from its ranks

What will happen to UMNO? Very soon, UMNO members will consist of the riff-raffs and contract hungry divisional leaders and class F contractors. 

UMNO will continue to be dominated by leaders and followers who make high pitched noises when they can't get something out of the MRT and Pudu Jail redevelopment projects. 

Pas is showing it's ready to take the bull by its horns. It shines where UMNO leadership falters. PAS doesn't fear leadership transformation. UMNO shows it does.
 
UMNO talks but its PAS who walks. The party is now made up of more professionals. They are trained in the secular skills but the people with the skills have spiritual credentials. Plus, they are younger and are being groomed to take over PAS leadership. 

UMNO reins in its young fearing backlash from powerful warlords in the party. It doesn't even have the stomach to fill in positions with elected members. Some who lost in the last elections continue to be given positions in government. For all the talk about transformation, the party has shown it's all just rhetoric.
 
The UMNO president can only offer a meek excuse that UMNO members do not want Khairy and therefore he is let out to pasture. Which members? 

In the meantime, the young and restless will continue to be drawn to PAS now that more people with libertarian views are going to PAS. Those not moved by PAS will continue to shy away from UMNO. Because UMNO hasn't shown it's ready to jive in with young. It misleads itself into believing giggly young girls rushing to shake the hand of the PM will convert into votes that will ensure UMNO stays in Putrajaya.
 
Who in UMNO can speak to the young with credence? Let's be realistic enough. Khairy Jamaludin with all his imperfections and perhaps impetuousness can link up with the young. No other UMNO leader can provide the emotional tie up. He is articulate and highly intelligent. His character flaws can be corrected if the UMNO leadership shows more maturity and coolness in decision making. The UMNO president underestimates his own influence on UMNO psychology. If he decides KJ to be given a position in government, the others will follow.
 
Instead he follows the whispers that blow in the wind. They come from Pro UMNO bloggers who may not be and are not even UMNO members and whose Malayness are questionable. These people continue to berate and cast aspersions on the character on the one person capable of galvanizing the young and capturing their emotions.
 
Instead the UMNO president relies on people like Mukhriz Mahathir whose support comes mainly from conceited MRSM alumnus who think the hell about themselves. The only semblance of intelligence that Mukhriz has is his receding hairline, fitting the conventional description of professors with balding heads. 

Well, you can get balding heads by placing your head consistently on a strategic location of the human anatomy of the opposite sex. 
UMNO talks about transformation but PAS is the party that converts that into action. 

UMNO does not even dare hold its party elections fearing that the party will be more divided. UMNO hasn't got the stomach to get rid of its old blood. If PAS doesn't break up despite having party elections, the UMNO leadership will have a tough time defending why its postponing party elections. 

Even UMNO people will go away convinced that holding back elections is really an excuse by the UMNO leadership to self-perpetuate. Hence all the cock and bull story about disunity and all that. 

It's strange to get the impression that UMNO can stay in power provided the ulamas dominate PAS. Since when is UMNO so chummy to people of the robes? Such reversal of affection can only suggest that UMNO hasn't got a soul. Or it can also suggest the plight of a person going into old age and conscious of his mortality and who now mourns for spiritual salvation. 

Does ageing UMNO see spiritual salvation in PAS? If it does, there's no future for people like Ibrahim Ali .... sakmongkol.blogspot

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts