Saturday, March 30, 2013
Charge insolent Zul Noordin
Monday, March 25, 2013
TGNA : Pemerintah sekarang takut pada kekalahan
Ketika tarikh pembubaran Dewan Rakyat menjadi teka-teki, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemerintah sekarang takut untuk umumkannya lebih awal, selain bimbang berdepan dengan kekalahan.
Menurutnya, berbanding dengan negara lain, tempoh mengundi akan dimaklumkan lebih awal sama ada dalam tempoh tiga bulan sebelumnya ataupun selain itu.
"Sekarang ini negara kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bila-bila masa. Di Eropah negeri-negeri Eropah tiga bulan nak mengundi sudah diumumkan.
"Negeri (negara) kita ini takut nak bagi tahu, seperti budak dadah takut nak oyat kor dadah. Tak tahu takut kor gapo (tidak tahu apa yang sebenarnya ditakutkan untuk umum)," kata beliau ketika Ceramah Perdana anjuran Majlis Tindakan Pengkalan Chepa di sini.
Hadir sama pada program itu, Speaker Dun, Datuk Nasarudin Daud; Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali dan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.
Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menegaskan, kemungkinan parti lawan takut untuk menerima kekalahan pada PRU13.
Bagaimanapun bagi beliau kekalahan pada Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang ditakutkan tetapi lebih menakutkan adalah selepas kalah.
"Lepas pada Umno kalah baru banyak masalah akan timbul. Ini yang kita takut benar sebenarnya," katanya lagi.
Selain itu, Adun Chempaka itu juga mengajak rakyat Kelantan, khasnya menolak segala parti yang tolak Islam.
"Dukacitanya baik orang Arab, orang Melayu akhir-akhir ini, tolak Islam ambil demokrasi, molek-molek kita orang Islam tolak Islam, pilih kebangsaan.
"Sebab itu kita sejak tahun 1951 hingga kiamat kita kempen dan dakwah pujuk masyarakat Melayu Kelantan khasnya dan di seluruh Malaysia supaya tolak segala parti yang tolak Islam ambil kebangsaan.
Katanya, banyak perkara rosak bila kita tadbir mengikut fikiran diri sendiri dan tidak menggunakan agama.
Sementara itu, beliau menaruh keyakinan yang tinggi apabila PRU13 nanti Kelantan kekal berada di bawah pentadbiran Pas.
Sunday, March 17, 2013
BN akan tumbang bila sampai ajalnya
Thursday, March 14, 2013
Pengarah Pilihanraya PAS : Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara
Saturday, March 9, 2013
Hadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita
Semua etnik bebas berbudaya di Kelantan
Thursday, March 7, 2013
Contoh terbaik perang cyber di menangi Pakatan Rakyat
Isu konflik di Sabah antara tentera kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia biarlah diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah hari ini.
Itu tanggungjawab mereka. Tak perlu semua pihak nak bincang strategi pertahanan dan keselamatan negara. Kecuali kalau Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri rasa tidak mampu lagi untuk mengawal kedaulatan negara, maka bolehlah beliau bercadang untuk menggunakan khidmat Unit Amal atau kumpulan samseng pro Umno yang sangat gagah mengawal Felda.
Selagi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12 lalu rasa mampu mengendalikan isu tersebut, biarkan mereka.
Jangankan pihak pembangkang, Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri pun sepatutnya diam. Tak payahlah nak mengajar Najib itu dan ini. Zaman Tun melingkupkan negara sudah berlalu, sekarang zaman Najib.
Apa yang penulis lebih tertarik dalam konflik di Sabah ini bukannya cerita pertempuran atau ‘peperangan’ fizikal pihak terbabit (kerana itu urusan kerajaan Pusat bukan urusan rakyat biasa) tetapi ialah peperangan siber atau peperangan alam maya yang melatari peristiwa tersebut.
Ia menjadi sampel terbaik bahawa; inilah bentuk peperangan penting yang akan mengubah ‘kecenderungan membuat keputusan’ rakyat dalam PRU13 ini.Sejurus selepas kumpulan tentera Sulu dilaporkan mendarat di Lahad Datu, pelbagai kenyataan keluar dari pihak tertentu.
Seperti biasa BN tidak akan membiarkan apa saja perkara sensasi berlalu tanpa mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media asing, Inquirer News mendedahkan kononnya berlaku pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu.
Kononnya, menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.
Lalu dikaitkan kononnya, Pasukan Perisik Filipina juga mendedahkan tentang janji pemimpin Pakatan berkenaan untuk memberikan Sabah kepada kerabat Sultan Sulu jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan menyokong Sultan Sulu di dalam usaha untuk mengambil balik Sabah dari Malaysia.
Pelbagai lagi tuduhan yang direndangkan terhadap Anwar termasuk menyiarkan gambar eksklusif kononnya pertemuan sulit beliau dengan pemimpin MINF, Nur Misuari walaupun sebenarnya itu foto lama yang dikitar semula.Rentetan itu berlakulah babak propaganda serangan peribadi terhadap Anwar oleh semua media utama negara, demonstratsi dan laporan polis.
Sejurus selepas itu, aktivis maya pro pakatan mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka memetik portal berita portal BuzzFeed bahawa, bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.
Kempen itu dikatakan bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino. Trevino didakwa menerima bayaran USD389,724,70.
Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
Makanya, projek mengaitkan Anwar dalam isu pencerobohan tentera Sulu dan lain-lain fitnah jahat adalah berbayar. Fitnah itu ‘berjawab’.
Berikutnya media maya pro Pakatan menyiarkan pula laporan media Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Ia dikaitkan pula dengan projek pemberian kad pengenalan terhadap warga Filipina yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Ia dilakukan untuk membolehkan rakyat Malaysia segera itu mengundi BN dalam PRU.
Tidak cukup dengan itu belambak koleksi foto Najib, Tun Abdullah Badawi serta lain-lain pemimpin Umno diraikan oleh Sultan Sulu Jamalul Kiram dimuatnaik ke laman maya untuk menguatkan bukti hubungan Najib dengan Sultan Sulu.
Seterusnya foto delegasi yang dikatakan keturunan Sulu diraikan di Perhimpunan Agung Umno turut dipaparkan.
Pendedahan yang lebih memeritkan Umno ialah beberapa pemimpin utama kesultanan Sulu diberi kerakyatan di negara ini, malah pernah menjadi orang penting Umno dan Pekida.
Semua pendedahan itu dipaparkan dengan bukti sehingga media-media utama Umno pun tidak mampu menolaknya.
Seorang waris Sultan Sulu didedahkan diberi sijil kelahiran Malaysia, kad pengenalan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Sementara itu pemegang akaun FB dan Twitter terus membelasah kerajaan BN yang gagal mengawal kedaulatan negara apabila dengan mudah saja sempadan negara dibolosi.
Senjata api boleh dibawa masuk dengan begitu mudah. Apa yang Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri buat? Sibuk dengan urusan politik sajakah?
Begitulah meriahnya alam maya Malaysia. Sebutir peluru yang ditembak oleh BN, berdozen peluru dari aktivis maya Pakatan dibalas hingga BN tak terkata apa-apa.
Hakikatnya itulah gambaran peperangan untuk PRU13 ini, peperangan sengit di alam maya.
Dan isu konflik berkaitan Sulu di Sabah adalah contoh terbaik di mana Pakatan Rakyat memenangi peperangan siber. Ia dapat membantu rakyat membuat keputusan di peti undi nanti. - http://kedahla.blogspot.com
Tuesday, March 5, 2013
Dialog antara agama
Dialog antara agama yang dianjurkan PAS telah berjaya menyuntik minat masyarakat bukan Islam di negeri ini untuk lebih memahami berkenaan parti Islam itu.
PAS, yang seringkali dimomokkan oleh Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang radikal dan eksklusif tidak lagi dijadikan bahan ketakutan masyarakat bukan Islam untuk lebih rapat serta mengenali secara mendalam tentang PAS.
Menurut AJK PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, PAS sentiasa membuka pintu untuk berdialog dengan semua pihak dalam menerangkan pendirian parti itu terhadap isu semasa yang berlaku.
“Dengan penjelasan yang baik dan ilmiah, ketinggian dan keadilan ajaran Islam dapat ditunjukkan kepada masyarakat non-muslim.
"Islam datang membawa mawaddah dan rahmat kepada alam dan ia perlu diterjemahkan dalam tindakan setiap muslim.
"Umno telah menunjukkan ajaran Islam yang salah dengan mengamalkan nepotisme dan juga korupsi dalam perbuatan mereka,” jelas beliau.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia, dalam rangka lawatan ke Sabah, padat dengan pelbagai program yang telah diatur oleh PAS Sepanggar, Pitas dan Tuaran.
Beliau dan beberapa pimpinan dari komponen Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapannya bersama kaum Tionghua di Menggatal.
Dalam program sama, beliau turut diberi peluang berdialog dalam satu "Dialog Rakyat: Kemana Hubungan Antara Agama" yang dianjurkan oleh PKR Cabang Tuaran dengan memberikan pandangan PAS berkaitan hudud, penggunaan kalimah Allah, negara Islam dan sebagainya.
Pada akhir program, beliau telah merasmikan pelancaran “Impian Malaysia” peringkat negeri Sabah.
Monday, March 4, 2013
Lebih ramai penceroboh bersenjata masuk Sabah
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.
Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.
Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Sunday, March 3, 2013
PRU13: 'Perantau Pulang, Pakoh Pakatan' dilancar
Saturday, March 2, 2013
GE13 a referendum on media
Recent Posts ; Parlimen Kota Raja
Recent Post
Popular Posts
-
Muqaddimah Perjuangan menegakkan Islam secara syumul di dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya adalah merupakan ses...
-
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkaw...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan...
-
Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA] A. PENDAHULUAN Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewuju...
-
Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali ......... Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepa...