Tuesday, August 28, 2012

Haron Din perjelas kejahilan Che Det


SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. 

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

9 comments:

  1. Beginilah nasib org islam melayu. Sampai bila pun tak habis2 tuduh menuduh, gagal utk cari pemuafakatan kerana taksub dgn parti. Sedangkan org bukan islam di msia terutama org2 cina lebih brsatu utk kemajuan mereka, kita tak sehaluan kerna parti ini dan itu mengatakan mereka lebih islamik. Kita nampak apa brlaku di timur tengah, tapi kita gagal memperkasakan sesama kita. Setakat riuh rendah sokong pelastin tapi kaum sendiri d tanah air trbiar tak mengapa. Bila dh tergadai, baru sedar, sudah trlambat.
    Saya trtarik cadangan dr zakir menubuhkan lembaga ulamak tanpa pengaruh parti politik

    ReplyDelete
  2. salah tu..

    baca ini yang ditulis dalam laman web Tun :

    1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.

    2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.

    3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.

    ReplyDelete
  3. hahah .. Haron Din .. hang pi lah belajaq bahsa omputih .. bukan susah sangat pon

    ReplyDelete
  4. Oarang Melayu /Islam ketingallan jauh di belakang kaum lain dari segi ekonomi. Secara am orang Melau / islam boleh di anggap miskin dan selalu menghadapi masalah kewangan. Tidakah ulama di Malaysia berasa bertangung jawab di atas phenomena ini? Saya rasa ulama banyak membuatkan orang Melayu mundur degan ajaran Islam terjemahan meraka. Orang Melayu bayak dibuai dengan sunah Nabi yang kecil kecil sahaja. Contoh gusuk gigi pakai batang kayu. Tapi Nabi berniaga sebagai sumber kewang tidak di sebarkan dengan meluas. Ulama Malaysia mencari jalan mudah untuk menarik crowd mendengar syarahan mereka. Kalau mereka cakap tentang perniagaan mereka tak tau nak jawab. Jadi dia sebarkan topc seperti kawin lebih dari satu, sembahyang sunant, cara nak jawab salam. Ini semua perkara yang remeh temeh yang tidak boleh menjamin masa depan bangsa.Tapi inilah topik yang dicanang oleh ulama macam Harun Din dan lain lain. Cuba Harun Din ajar macam mana nak jadi kaya dengan jual air jampi dari Syarikat Syabas. Harun Din kumpul banyak wang hasil dari business ubat orang pakai jampi. Right or wrong it does not matter. Orang convince dengan dia punya marketing. Congratulations! business man lain pun buat macam tu juga. Insaf lah ulama Malaysia You are the culprit yang menjahanamkan orang Islaam Melayu. Ini pendapat saya. Saya ada hak memberi pandangan ini demi masa depan Bangsa dan ugama saya Islam.

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn padangan tu.Dr Harun Din must correct get facts right first.In order to that do your homework first before rebutting Dr.

    ReplyDelete
  6. Sunah2 nabi dikatakan kecil2? Sunah adalah perlakuan nabi...tiada besar atau kecil...kalau ada yg membesarkan atau mengecilkan itu kita sendiri...utk bersatu dan maju org islam wajib ikut al-quran dan sunnah. Nabi dahulu ketika menyatukan 2 kaum yg bertelagah dgn cara menyebarkan Islam pada mereka...bila dah paham islam baru mudah mereka bersatu...melakukan semua dgn berjemaah...kalau kita ketepikan Islam dan kalut pertahankan kaum masing2...takan kemana...

    ReplyDelete
  7. Faktor utama individu sehebat Dr.Harun Din berpendapat sedemikian ialah kerana bisikan syaitan yang sentiasa mengganggu kita setiap masa.Marilah kita sesama Melayu Islam bermuhasabah diri dengan seikhlas-ikhlasnya.Berpollitiklah , berdebatlah tetapi biar profesional dan positif.

    ReplyDelete
  8. Salaams kepada sekalian,

    Saya belajar daripada tok guruku bahawa tiap-tiap jiwa manusia adalah bersifat dengan pelbagaian golongan sifat, iaitu:

    (a) nafs al-syaitaniyah (b) nafs al-bahimiyah (c) nafs al-insaniyah (d) nafs al-malakiyah (e) nafs al-rabbaniyah

    Perjuangan seorang manusia ialah untuk memelihara dirinya atas sifat-sifat terpuji serta mengawal dirinya daripada sifat-sifat yang tercela.

    Maka pada fahaman demikian, dapatlah kita faham maksud Dr. Mahathir dengan lebih munasabah.

    ReplyDelete
  9. Air jampi pun guna air mineral jugak. Ingat kedai bagi free ke? Otak tak ade ke?

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts