Sunday, August 12, 2012

Politik Sabah semakin getir buat Barisan Nasional

Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.
Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.
Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.
Dalam ucapannya, Maijol  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.
Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
"Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dia telah mencipta satu semangat untuk berubah di Malaysia dan ini akan mencetuskan sistem dua parti dan saya menyokong perkara ini," katanya lagi.
Maijol juga menjangkakan lebih ramai lagi yang akan melompat setelah pada bulan lalu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar dari parti masing-masing untuk menyokong PR.
Kedua mereka berada di rumah Maijol hari ini, keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Hanya selepas beberapa hari mereka meninggalkan parti, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RCI yang diputuskan kabinet pada 8 Febuari yang lalu.
Perdana menteri juga memberitahu lapan perkara dalam penubuhan RCI di Kota Kinabalu semalam, selepas bertemu dengan pemimpin BN negeri.

1 comment:

  1. Kenyataan pedas berkaitan Hudud oleh Karpal BerdeSingh buat telingan umat ISLAM PAS dan PKR BERDESING saja ke??? Adoh yai... depan orang kampong Hudud...Hudud... depan DAP pijak kaki semut pun tak patah....

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts