Friday, September 30, 2011

Tahniah ; PAS kini sudah 60 tahun


Sambutan 60 Tahun PAS yang bermula malam ini, PAS menjelaskan bahawa aktiviti dan perjuangannya adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, aktiviti dan perjuangan PAS yang dimaksudkan termasuklah:

1. Soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain

2. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing

3. Kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan

4. Kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kenyataan itu turut menyatakan dengan jelas komitmen PAS untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Buku Jingga.

PAS turut berjanji untuk terus berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim berkata PAS turut memberikan jaminan akan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

Menyentuh mengenai perbezaan pendapat dengan DAP dalam melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana ujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan,” kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS melihat perakuan Pakatan Rakyat terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu sebagai satu hak untuk kerajaan negeri untuk memperkanunkan undang-undang tersebut.

“Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. 

"Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya,” kata kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS malam semalam telah mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama di samping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
harakahdaily

Sunday, September 25, 2011

Turun ke Pasar Tani Andalas

Pagi semalam hampir semua Sektreariat Parlimen turun padang ke Pasar Tani Sri Andalas. Tujuan kami turun ialah untuk mengedar risalah buku jingga, Selangor kini dan lain-lain.

Disamping itu YB Dr Siti Mariah dan YDP Kota Raja juga turut hadir.

Semasa kehadiran YB jawatankuasa Pasar Tani tersebut menyambut kehadiran YB dan rombogan dan menghidangkan kami dengan jamuan kerana kebetulan pada pagi tersebut Fama menganjurkan jamuan raya untuk pengunjung pasar tani tersebut.













Tuesday, September 20, 2011

Satey Mat Indera & Lemang Tok Janggut dirumah terbuka "Iron Lady KR"

Rumah terbuka Eidul Fitri Ahli Parlimen Kota Raja "Iron Lady KR" bersama PAS Kawasan Kota Raja yang diadakan pada Sabtu 17hb Sept 2011 bersamaan 19 Syawal 1432H mendapat sambutan yang amat meriah yang diluar jangkaan kali ini.

Semenjak memenangi kerusi Parlimen Kota Raja pada tahun 2008, inilah kali pertama Dr Mariah menganjur majlis Rumah Terbuka diperkarangan pejabatnya.

Sekretariat penganjur yang diketuai oleh Sdr Nor Ikhsan selaku Pengarah program telah berjaya melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan dengan jayanya.

Pada kali ini semua Sekretarit Parlimen turun padang habis-habisan bagi memastikan kejayaan majlis ini. Secara jujur penulis juga ingin merakan ucapan jutaan terima kasih kepada Muslimat Kr yang di ketuai oleh Pn Rosnah Abd Wahab yang memberikan bukan sahaja tenaga malah wang ringgit bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Hampir 3000 pengunjung yang hadir dijamu dengan pelbagai menu yang diberi nama khas pada rumah terbuka ini oleh TYDP PAS Kota Raja Tn Hj Norhalim Sirome. Menu-menu kali ini membariskan nama-nama pejuang sebenar kemerdekaan negara kita.

Antara menu yang paling popular ialah Sate Mat Indera, Lemang Tok Janggut, Nasi Briyani Dr Burhanuddin Al Helmy, Nasi Impit Tok Gajah, Roti Canai Dr Zulkifli dan lain-lain lagi.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi dan sepatutnya berakhir jam 2.00 petang terpaksa disambung hingga jam 3.00 petang. 

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Exco Kerajaan Selangor YB Dr Halimah Ali dan YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN DAP Tuan Manoharan, ADUN Sri Muda Yb Shuhaimi Shafiee dan lain-lain.

Program dimeriahkan dengan acara memotong kek yang disumbangkan oleh DMPKR. Selain itu fakir miskin juga mendapat sumbangan hamper.

Dr Mariah juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada 1000 kanak-kanak yang hadir (1000 pek yang disediakan habis) sementara YDP Cikgu Jaafar menyampaikan sijil ahli PAS kepada rakyat Kota Raja menjadi ahli kepad parti PAS.



































































Mewakili Yb Dr Siti Mariah dan YDP PAS Kota Raja Cikgu Jaafar, penulis selaku Setiausaha Program merkamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini termasuk Pegawai Khas YB, Sekretariat Parlimen Kota Raja, AJK PAS Kota Raja, Semua Cawangan-Cawangan PAS KR, DMPKR, DPPKR, Briged Amal, Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Amal Kota Raja kerana bekerjasama dan bertungkus lumus menjaykan program yang sungguh bermakna ini.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts