Thursday, September 15, 2011

Pak Samad


Penulis rasakan selepas Mat Sabu, Pak Samad (2S) ini pula akan diserang Umno.

Manakan tidaknya kenyataan Pak Samad ini bakal meniup api kemarahan umno yang tak akan padam kerana apalah yang Umno perjuangkan jika sekadar menyambut kemerdekaan dan telah ditetapkan pula oleh Inggeris.

Jadi peranan Umno terlalu kecil berbanding yang lain yang tidak pernah mendapat pengiktirafan tertinggi dari Umno : ikuti seterusnya ....

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  


Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  

Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan.


"Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya.

"Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" baca seterusnya
A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts