Oleh: Dr. Yaacob bin Haji Yusof Awang [ Dr. YaHYA]
A. PENDAHULUAN
A. PENDAHULUAN
Agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua jenis dari sudut cara kewujudannya ialau agama samawi dan agama budaya. Agama samawi adalah agama yang diwahyukan melalui nabi-nabi atau rasul-rasul.
Agama-agama itu adalah agama Islam, Kristian dan Yahudi. Ia mempunyai kitab-kitab samawi [kelangitan – turun dari langit / atas ] iaitu al-Quran, Injil dan Taurat. Walau bagaimana pun dipercayai bahawa kita-kitab itu telah mengalami perubahan kecuali al-Quran.
Dalam konteks ini, agama Kristian adalah dari ajaran Nabi Isa dan bersumberkan pada asalnya dari ajaran Kitab Injil dan ia dilihat berstatus sebagai agama samawi. Dengan itu banyak aspek ajaran-ajarannya yang mempunyai asas-asas yang sama dengan al-Quran atau Islam.
Keimanan kepada kitab-kitab sebagai salah satu rukun iman dalam Islam ialah termasuk mempercayai kita Injil sebagai kitab wahyu dari Allah SWT. Mempercayai para rasul termasuklah mempercayai bahawa Isa AS juga adalah salah seorang dari 25 orang Rasul yang wajib dipercayai.
Dalam Islam, kepercayaan kepada Tuhan merujuk kepda konsep keesaan [tauhid] sementara dalam Kristian adalah dalam konsep trinity [Ketigaan]
Agama Kristian percaya bahawa ada Tuhan yang wujud dalam alam sejagat ini. Tuhan adalah Maha Esa dan Satu, serta mempunyai tiga imej iaitu “God Father”, “Holy Spirit”, dan “Holy Son”. Contohnya, bila kita berfikir tentang matahari, ia adalah satu bola api amat besar di angkasa.
Ia mengeluarkan cahaya yang tidak dapat dilihat dari mata kasar, cahaya ini boleh mengeluarkan haba dan ditukar menjadi tenaga. Oleh itu, tenaga, haba, cahaya, dan matahari adalah datang dari satu objek yang sama iaitu matahari. Dalam andaian lain ialah seperti air yang mempunyai tiga unsur iaitu haidrojen dan dua oksijen. Ia adalah berentiti tiga tetapi berfenomena sebagai satu.
B. ELEMEN-ELEMEN ETIKA DAN NILAI DALAM AGAMA KRISTIAN
Dalam usaha melihat nilai-nilai yang bersamaan dengan Islam khususnya, tulisan ini percaya terdapat banyak elemen yang terkandung dalam kitab suci Bible yang memimpim manusia ke arah yang bersih, baik dan beretika serta mengelakkan atau menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik atau dosa [sin]. Kebersamaan ini bukan secara kebetulan.
Ia adalah nilai-nilai dari Tuhan yang telah diturunkan dalam kitab-kitab langit sebelum kitab terakhir al-Quran. Nilai-nilai dalam al-Quran adalah kesinambungan dari nilai-nilai dalam kitab lama tetapi dihidangkan dengan cara yang lebih semasa [up to date] dan secara lebih komprehensif dalam kaitan Islam sebagai ad Din.
Elemen-elemen etika agama Kristian telah diterangkan dengan jelas dalam “Perjanjian Lama” dan “Perjanjian Baru”(Old Testament dan New Testament).
B.1 PERJANJIAN LAMA (OLD TESTAMENT)
Dalam “Old Testament” ada menyatakan bagaimana Tuhan mencipta alam ini dalam masa 6 hari dan bagaimana manusia pertama Adam dan Eve [Hawa] wujud di muka bumi ini,
“In the beginning, when the God created the universe, the earth was formless and desolate…….” Dan “Then the Lord took some soil from the ground and form a man…”.
(Genesis 1-2).
(Genesis 1-2).
Kenyataan ini memberi prinsip kepada realiti manusia sebagai makhluk ciptaan secara lansung dari Tuhan. Dengan itu, manusia mempunyai tanggungjawab ketuhanan [devine obligation], tidak seperti dalam konsep Barat sekular yang melihat manusia sebagai makhluk evolusi yang bebas dari kuasa Tuhan.
Sesuatu yang dicipta tentulah mempunyai tujuan. Di sini bermakna manusia diciptakan mempunyai tujuan-tujuan ketuhanan dan dengan itu tertakluk dengan sistem-sistem ketuhanan untuk mencapai tujuan tersebut.
Ajaran dalam Kruistian juga nengaitkan kewujudan alam sebagai bahan untuk pelaksanaan tanggungjawab manusia kepada Tuhan. Dengan itu, pengurusan manusia terhadap alam adalah mesti mengikut tatacara ketuhanan [ajaran agama]. Ini bemakna ajaran-ajaran Kristian juga sepatutnya bersifat `God- Centric.[berpaksi kepada Tuhan]
Dalam kaitan secara lansung kepada aspek etika dan nilai, Old Testament menyampaikan undang-undang yang berupa “The Ten Commandments” [Perintah Sepuluh] yang diperkenalkan oleh Tuhan melalui nabi-nabi.
Menurut “Ten Commandments” tersebut, manusia harus mengamalkan cara hidup yang baik iaitu:
1. Jangan sembah tuhan yang lain kecuali Aku.
[ Worship no god but Me.]
2. Jangan bagimu apa-apa patung yang menyerupai apa-apa di langit, bumi, di air atau bawah bumi ini.
[ Do not make yourselves images of anything in heaven or on earth or in water under the earth.]
3. Jangan guna nama Tuhan mu dengan tujuan untuk kejahatan.
[ Do not use my name for evil purposes.]
4. Tetaplah ingat dan perhatikan kedudukan hari sabath [sabtu] dan pastikan ia mulia.
[ Observe the Sabbath and keep it holy.]
5. Hormatlah ayahmu dan ibumu.
[ Respect your father and your mother.]
6. Jangan membunuh.
[ Do not commit murder.]
7. Jangan berzina.
[ Do not commit adultery.
8. Jangan mencuri.
[ Do not steal.]
9. Jangan buat tuduhan palsu.
[ Do not accuse anyone falsely.]
10. Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh orang lain.
[ Do not desire another man’s house; his wife, his slaves, his cattle, his donkeys or anything else that he owns.]
Dalam tradisi Islam, Ten Commandment ini dipercayai adalah diturunkan oleh Allah SWT di bukit Sinai [Tursinai] melalui panahan apa yang mengukir perintah-perintah yang kemudiannya di bawa turun oleh Nabi Musa AS kepada kaumnya di padang Tih Semenanjung Sinai.
Malangnya kaum tersebut telah kufur dengan menyembah lembu kecuali sebilangan kecil mereka. Ajaran ini kemudiannya diteruskan dalam tradisi ajaran agama hingga ke zaman Nabi Isa AS.
Nampaknya Perintah Sepuluh di atas merujuk bukan sahaja kepada aspek ketuhanan seperti perintah pertama, kedua dan ketiga, tetapi juga menyentuh aspek-aspek asas sosial, ekonomi dan lain-lain . Tetapi ternyata ia tidak merangkumi aspek politik.
Adalah sedia dimaklumi bahawa Nabi Isa AS sendiri tidak sempat menjadi pentadbir atau ahli politik di zamanNya. Tetapi, walau pun doktrin dan sistem politik tidak begitu jelas dan sistemaik dalam ajaran Kristian, nilai-nilai itu juga boleh dilaksanakan dalam konteks nilai dan etika seorang ahli politik.
Sebagai lanjutan dari Perintah Sepuluh tadi, dapat dilihat juga beberapa aspek lain yang dianjurkan oleh The Old Testiment [Perjanjian Lama]. Terdapat beberapa aspek penting dalam “Perjanjian Lama” yang menumpukan perhatian ke atas prinsip etika seseorang.
Sebagai contoh, aspek kesucian dan prinsip etika dalam kehidupan telah diterangkan dalam buku “Proverbs”. Mengikut buku ini, mereka yang percaya dalam hatinya serta menepati prinsip moral dan etika yang diperintahkan oleh Tuhan, maka mereka akan menerima ganjaran daripada Tuhan.
Sebaliknya, mereka yang menjauhkan diri daripada Tuhan dan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan moral dan etika akan menerima akibat buruk.
Seseorang yang melakukan perbuatan yang tidak beretika akan menerima balasan yang buruk mengikut apa yang dikatakan oleh Tuhan. Oleh itu, Tuhan akan memberkati mereka dengan mempunyai kesucian dan beretika. Selain itu, Perjanjian Lama juga mementingkan aspek-aspek berikut:
1. “Justice and Fairness”
“Do not spread false rumours, and do not help a guilty man by giving false evidence. Do not follow the majority when they do wrong or when they give evidence that pervest justice. Do not show partiality to a poor man at his trial”. (Exodus 23: 1-3)
“Do not deny justice to a poor man when he appears in court. Do not make false accusations, and do not put an innocent person to death, for I will condemn anyone who does an evil thing”. (Exodus 23: 6-7)
Ini bermakna Perjanjian Lama menyeru penganut Kristian agar mengamalkan etika yang adil. Mengikut perjanjian ini, sifat keadilan amat penting supaya semua manusia mendapat keadilan yang sama dalam kehidupan walau pun dalam aspek yang berlainan.
2. Kejujuran
“Be honest and just when you are make decisions in legal cases; do not show favoritisms to the poor or fear the rich. Do not spread lies about anyone, and when someone is on trial for his life, speak out if your testimony can help him”. (Leviticus 19: 15-16)
Sifat kejujuran amat digalakkan untuk tujuan mengelakkan penipuan yang berlaku dalam masyarakat. Seorang penganut Kristian dilarang melakukan perbuatan yang jahat dan tidak beretika seperti melakukan penipuan. Jika seseorang itu melakukan penipuan, maka dia akan mendapat balasan seperti yang dicatatkan dalam “Perjanjian Lama” ini.
3. Membuat Baik
“Wicked people do not really gain anything, but if you do what is right, you are certain to be rewarded”. (Proverbs 11: 18)
“You can be sure that evil men be punished, but righteousness men will escape”.
(Proverbs 11: 21)
(Proverbs 11: 21)
Perjanjian Lama sentiasa menyeru dan menggalakkan penganut Kristian supaya sering membuat baik dalam segala perkara dalam kehidupan harian. Perbuatan yang baik seperti menderma dan menolong orang tua amat digalakkan oleh Tuhan.
Ajaran-ajaran di atas dengan jelas menunjukkan bahawa agama Kristian mempunyai ajaran-ajaran yang meliputi berbagai aspek dari sudut etika dan nilai. Ia juga boleh menjadi nilai hukum atau undang-undang jika agama tersebut melihat hal-hal berkenaan sebagai nilai legislatif dan judisari.
Oleh kerana ajaran ini telah dipengaruhi oleh konsep sekular tamadun Barat yang berpaksi kepada teori-teori kejadian manusia yang etheistik, maka ia hanya menjadi nilai yang statik, atau terhad kepada sektor-sektor agama sahaja. Ia tidak mempengaruhi serktor-sektor ekonomi, sosial, politk, undang-undang dan sebagainya.
B.2 , PERJANJIAN BARU (NEW TESTAMENT)
Selain itu, Perjanjian Baru juga banyak menyentuh tentang aspek etika manusia. Ajaran Jesus di dalamnya adalah senang atau simple [mudah] iaitu Jesus sendiri datang memperkukuhkan pegangan dan undang-undang Father God iaitu :
“do not think that I have come to do away with the laws of oses and the teachings of prophets. I have not come to do away with them, but to make their teaching come true”. (Matthew 5: 17)
Bagi mereka yang percaya kepada Jesus, maka “Holy Spirit” akan tinggal dalam hati dan jiwa orang tersebut. “Holy Spirit” akan sentiasa mengingatkan seorang Kristian supaya bertindak baik dan mengelakkan daripada membuat kesalahan kerana;
“the spirit produces love, joy, peace, kindness, goodness, faithfulness, humility and self-control”. (Galatians 5: 22-23).
Oleh itu, setiap penganut Kristian selalunya akan beretika dan tidak melakukan perbuatan jahat yang dilarang oleh Jesus. Ini disebabkan mereka takut perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang buruk selepas meninggal dunia.
Perintah Tuhan mengikut ajaran Kristian adalah jelas dan simple iaitu
“to love God and one another”: Love the Lord your God with all your heart and all your soul and with all your mind and with all your strength. The second is this: Love your neighbour as yourself”. (Mark 12: 30-31).
Ini bermaksud seseorang harus mengasihi Tuhan dengan penuh hati dan jiwa iaitu mengikut segala ajaran untuk berbuat baik dan mengelakkan daripada membuat kejahatan.
Selain itu, seseorang itu harus mencintai jiran atau orang lain dan membuat apa yang baik dan beretika kepada mereka. Ini amat penting untuk memupuk semangat kejiranan dan kasih sayang di antara mereka.
Seseorang haruslah beretika sebagaimana yang diserukan dalam Perjanjian Baru. Menurut Jesus, penganut Kristian mestilah sentiasa membuat perkara yang baik dan menjauhi diri daripada perkara yang buruk.
Dalam Sermon On the Mount, Jesus telah menyampaikan konsep etika seperti humility, charity and brotherly love. Jesus berkata:
- Blessed are the poor in spirit for theirs is the kingdom of heaven.
- Blessed are those who mourn: for they will be comforted.
- Blessed are the meek: for the will inherit the earth
- Blessed are those who hanger and thirst for righteousness: for they will be filled.
- Blessed are the merciful: for the will be shown mercy.
- Blessed are the pure in heart: for they will see the Lord.
- Blessed are the peacemakers: for they will be called sons of God.
- Blessed are those who are persecuted because of righteousness for theirs is in the Kingdom of heaven.
--- (Matthew 5: 3-10)
Mengikut Jesus, apa yang penting bagi seseorang dalam dunia ini bukan untuk mendapatkan segala benda atau bahan materialistik atau kedudukan dan pangkat, kerana semua ini tidak akan kekal selama-lamanya dan boleh lupus begitu sahaja. Apa yang lebih penting dan mustahak adalah mendapat “kekayaan” yang boleh dikumpulkan dalam “heaven”.
Dengan demikian, setiap penganut Kristian tidak seharusnya sentiasa mementingkan harta benda, kedudukan dan kemewahan hidup. Ini disebabkan benda-benda yang sedemikian tidak akan kekal seperti yang disebutkan oleh Jesus.
“Do not store up for yourselves treasures on earth, where moth and rust destroy, and where thieves break in and steal. But store up for yourselves treasures in heaven, where moth and rust do not destroy, and where thieves do not break in and steal. For where your treasure is there is there your heart will be so.”
`Kekayaan’ yang dirujuk di sini boleh dan hanya boleh diperolehi jika manusia melakukan kebaikan iaitu sesuatu yang beretika dan disukai oleh Tuhan. Tuhan sering menasihatkan penganutNya supaya sentiasa beretika dan melakukan perkara yang baik. Perbuatan yang baik akan dibalas baik manakala perbuatan yang jahat akan dibalas buruk mengikut Tuhan.
Terdapat juga ajaran-ajaran lain yang berhubung dengan etika manusia. Sebagai contoh: “Be always humble, gentle and patient. Show your love by being tolerant with one another. Do your best to preserve the unity which the Spirit gives by means of the peace that binds you together”. (Mark Ephesians 4: 2-3) “You must love others as much as yourself” (Mark 12: 31)
Dengan kata lain, kita mesti membantu mereka yang dalam kesusahan. Bagi mereka yang mengalami kesusahan, mereka amat menghargai pertolongan yang diberi oleh orang lain.
Perjanjian Baru juga menghalang kegiatan yang tidak bermoral dan tidak beretika. Kegiatan-kegiatan yang jahat dan tidak beretika termasuklah meminum arak, berjudi, berhasad dengki, cepat marah dan sebagainya. Menurut Perjanjian ini, seseorang penganut Kristian dilarang melakukan kegiatan yang tidak beretika ini.
“What human nature does is quite plain. It shows itself in immoral, filthy, and indecent actions, in worship of idols and witchcraft. People become enemies and they get fight; they become jealous, angry and ambitious. They separate into parties and groups; they are envous, get drunk, have orgies, and do other things like these. I warn you now as I have before; those who do such things will not possess the kingdom of God”. (Galatians 5: 19-21)
Oleh yang demikian mereka yang berbuat tidak baik tidak akan dapat diselamatkan dan terpaksa dihukum pada dunia akhirat nanti.
Selain itu, agama Kristian mengajar manusia supaya tidak cintakan kepada kebendaan dan melarang manusia menjadi tamak kerana ini merupakan salah satu punca yang mendorong manusia menjadi tidak beretika dan tidak bermoral. Ini bermakna para penganut Kristian tidak boleh bersikap tamak.
Sebaliknya, mereka seharusnya sentiasa mengamalkan sifat kesederhanaan dalam membuat perbelanjaan. Mereka tidak boleh bersikap tamak terhadap harta benda dan sebarang kemewahan orang lain.
Agama Kristian melarang penganutnya bersifat tamak kerana takut mereka akan mengejar kekayaan tanpa menghiraukan kepada kebajikan orang lain. Maka ini, akan membawa masalah kepada orang lain.
“So be careful how you act, these are difficult days. Don’t be fools, be wise, make the most of every opportunity you have for doing good. Don’t act thoughtlessly, but try to find out and do whatever the Lord wants you to”. (Ephesians 5: 15)
Salah satu sebab mengapa manusia bertindak tidak mengikut moral atau bersifat immoral adalah kerana terdapat pelbagai “temptation” dalam dunia seperti “temptation” kewangan, kebendaan, seks, nama dan kuasa. Manusia yang tidak dapat mengatasi tarikan atau dorongan Satan [Syaitan] akan melakukan sesuatu yang tidak beretika atau tidak bermoral. Oleh itu, Jesus mengatakan bahawa:
“Keep watch and pray that you will not fall into temptation. The spirit is willing but the flesh is weak”. (Matthew 26: 41).
Adalah jelas bahawa manusia sendiri tidak boleh mengatasi segala temptation ini tanpa bantuan dan pimpinan daripada Tuhan.
Tuhan sebenarnya telah memberikan manusia akal untuk berfikir. Oleh itu manusia boleh menilai, mempertimbangkan dan seterusnya membuat keputusan. Mengikut ajaran Kristian;
“Justice will be measuring – line for foundation and honesty will be its plumb-line. (Isaiah 28: 17).
Oleh itu, sebelum melakukan sesuatu tindakan, adalah perlu untuk mempertimbangkan keadaan moral iaitu yang samada perbuatan tersebut akan membawa kesan yang baik atau sebaliknya kepada manusia sejagat.
Manusia mesti melakukan perbuatan yang baik untuk diri sendiri dan orang lain dan mengelakkan perbuatan yang membawa keburukan kepada masyarakat.
Selain itu Tuhan memerintahkan bahawa: You cannot serve both God and money: (Luke 16: 13).
Di sini Tuhan menginginkan manusia membuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan samada mengikut ajaranNya atau pun mengikut kehendak dunia ini. Bagi mereka yang mengikut Tuhan akan memperolehi kehidupan yang baru dan mereka yang mengikut keperluan dunia terpaksa menerima hakikat yang sebaliknya.
C. ANALISIS – DARI PERSPEKTIF APLIKASI
Kalau konsep 1Malaysia hendak dipadankan di sini, bermakna Malaysia sepatutnya mempunyai satu set sistem nilai yang boleh dikongsi bersama. Ia tidak melibatkan ideologi atau akidah. Secara demokratik dan adil, ia boleh dilaksanakan dengan maksud semua mestilah mengadili diri dengan nilai-nilai atau etika keagaman.
Secara demokrtatik pula, mereka bebas memilih terma rujukan mereka mengikut agama masing-masing. Tetapi ternyata konsep dan doktrin ini hanya boleh didokong oleh mereka yang berkonsep Islam, demokratik dan berkeadilan sahaja. Pihak-pihak yang meletakkan unsur-unsur `racist’ atau rujukan kepada kaum tidak berupaya mendokong konsep ini.
Dengan konsep triniti yang meletakkan Isa dan Marian dalam satu kesatuan walau pun berintiti berbeza, sepatutnya orang-orang Kristian lebih merasai ketuhanan atau kekuasaan Tuhan dalam diri mereka. [ Nota; Konsep yang hampir sama walau pun tidak serupa ada dalam kepercayaan atau doktrin `wihdatul wujud’ dalam sesetengah falsafah ketuhanan Islam – walau pun ini ditolak oleh sesetengah pihak kerana kebahayaan syirik].
Maksud di sini ialah, jika orang-orang Kristian merasakan Nabi Isa sebagai `Son of God’ atau Nabi Isa sendiri sebagai God [Tuhan], maka diri mereka sepatutnya mencontohi Nabi Isa dalam ciri-ciri diri dan kehidupan mereka.
Tetapi malangnya doktrin itu tinggal menjadi doktrin agama yang terpisah dari mengakari ke dalam doktrin-doktrin politik dan lain-lain. Institusi gereja pula dilihat secara `antagonistik’ [bermusuhan ] dan tidak relevan oleh institusi politik, kecuali untuk acara-acara keagamaan sahaja untuk setakat mencari restu atau blessing.
Dengan itu, orang-orang Kristian seharusnya mengambil nilai dan etika kitab-kitab Injil mereka untuk dihidupkan ke dalam kehidupan seharian secara legislatif malah judisari. Pihak eksekutif pula boleh menjadikan nilai-nilai itu sebagai parameter untuk profesionalism mereka.
Peranan institusi gereja di sini amat penting untuk menjadi ejen komplementeri. Oleh keran Islam mempunyai doktrin dan sistem dalam aspek politik, maka Islam menduduki tahap lebih berwibawa. Islam menawarkan penaungan kepada hak beragama dan lain-lain orang-orang bukan Islam termasuk Kristian.
Fungsi komplementari gereja kepada Kerajaan Islam ini bermaksud gereja membantu kerajaan Islam untuk mempastikan orang-orang bukan Islam [i.e Kristian] merujuk dan mematuhi nilai-nilai Kritian yang dibincangkan tadi. Persamaan-persamaan yang banyak tadi boleh menjadikan Malaysia benar-benar satu negara yang bersatu [1 Malaysia?]. Syarat pokok dalam hal ini ialah agama Kristian hendaklah berpersepsi tidak antagonistik terhadap Islam, walau pun berbeza ideologi agama.
Ia tidak bermaksud menjadikan Malaysia `negara theologikal’,. Tetapi urusan-urusan pentadbirannya bersifat ketuhanan / keagamaan [Theologistik]. Fungsi pentadbiran masih dilaksana oleh ahli politik dan pentadbir, tetapi para ulamak memimpin dan memandu setiap rancangan dan keputusan. Para padri pula mempastikan unsur-unsur Kristian mejadi rujukan para penganut Kristian dalam mendokong polisi dan rancangan kerajaan.
Hak-hak sosial dan keagamaan mestilah dilihat secara adil dalam bentuk portion atau kadar penduduk. Contohnya; makanan yang `halal’ untuk orang bukan Islam, walau pun haram di sisi Islam, tidak boleh diharamkan oleh kerajaan Islam untuk mereka. Tetapi kadar penghasilan dan cara jualan mestilah mengikut kemaslahatan pengguna dan seluruh masyarakat.
Dengan ini juga bermakan bahawa para pemimpin Islam yang mendakwa `Islam Memimpin Perubahan - Ucapan Dasar Muktamar PAS 2009] perlu memahami agama-agama lain seperti Kristian, paling kurang ajaran-ajaran asas etika dan nilainya. Ini memerlukan ilmu `perbandingan agama’ dalam bentuk dialog dan Comparison of Religions – bukan Comparative religions!].
Islam sebagai Agama Persekutuan’ seharusnya memberi makna jawatan Perdana Menteri juga adalah seorang Muslim walau pun apa bangsanya. Ini seperti agama bagi Mentei Besar bagi negeri-negeri yang bersultan.
Dengan itu keharmonian akan wujud dengan agama lain berperanan dalam batasan penganutnya dari segi agama atau akidahnya, tetapi juga berperanan kepada negara dalam konteks nilai dan etika sebagai warga negara.
Hakim-hakim makhkamah, hatta yang Muslim, semasa menjatuhkan hukuman kepada orang-orang bukan Islam juga seharusnya merujuk kepada nilai agama pesalah di samping memutuskan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Dengan itu, hakim bukan sahaja sebagai penghukum, tetapi juga sebagai pendidik agama. Di samping itu seorang hakim bukan Islam adalah juga sepatutnya seorang yang `religious’ dalam agama mereka. Keadilan akan tertegak dan hakim sedemikian juga menjadi unsur komplementeri kepada Negara Islam.
D. KESIMPULAN
Adalah ternyata bahawa kewujudan agma-agama lain dalam konteks sebuah negara Islam bukan liabiliti. Ia adalah satu eset kepada negara tersebut jika ia diolah secara Islam. Malaysia sebagai negara contoh kepada Negara Madinah dari segi komposisi penduduk Muslim dan bukan Islam, sepatutnya tidak mempunyai alasan atau dolak dalih.
Orang-orang bukan Islam boleh meletakkan harapan ini kepada Pakatan Rakyat yang mendokong ideologi atau doktrin politik yang bersifat Islamik, demokratik dan berkeadilan seperti yang diwakili oleh PAS, DAP dan Keadilan. Parti-parti yang berasas kepada bangsa tidak layak membincangkan agenda ini.
Hakikat parti-parti yang berasaskan kepentingan kaum sendiri ialah mereka akan tidak mengendahkan agama orang lain sebagai tanggungjawab kepolitikan atau kenegaraan. Ia adalah urusan peribadi para penganut. Agama Islam dijaga oleh para sultan dan raja-raja . Sementaragama-agama lain tidak sedemikian.
Dengan itu agama-agama berada dalam keadaan berskeptikal antara satu sama lain. Malah dalam keadaan tertentu kedudukan agama Islam diikat [tidak bebas] oleh berbagai akta.
Sedangkan agama lain bebas dilaksanakan tanpa kuasa ikatan dari para sultan dan raja-raja. Dengan itu agama tidak menyumbang kepada kekukuhan Negara Malaysia. Kalau pun berlaku ia adalah sekadar kebetulan kerana agama menjadi amalan baik sebahagian pengikutnya yang komited.
Dalam konteks ini, agama Kristian boleh berperanan membangunkan Negara dengan membuat komplementari kepada Islam dari sudut nilai dan etika untuk penganut-penganutnya.
Kedudukan Islam sebagai `Agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan’ [seperi dalam Perlembagaan Malaysia ] amat jelas memberi maksud kedudukan agama Kristian sebagai agama yang berupaya bertindak menjadi komplementari kepada kekukuhan Negara, walau pun ia agama resmi bagi individu penganutnya.
Inilah peluang untuk Kristian menunjukkan bahawa ia tidak bermusuh dengan Islam walau pun berlainan ideologi ketuhanan. Para pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS terutama yang beragama Kristian semestinya memahami hakikat ini. Ahli-ahli PAS Muslim pula semestinya juga menghayati doktrin ini seadilnya kerana sifat keadilan Islam itu merentasi bangsa dan agama.
Wallahu a’lam.
Artikel ini dididikasikan untuk seluruh penyokong PR khususnya yang beragama Kristian Juga untuk wacana seluruh rakyat Malaysia
munafik ! sebab politik halal semuanya ...
ReplyDelete