Saturday, May 29, 2010

1. DHPP – Dalam Konteks Politik Semasa Di Malaysia (bhg.1)

Assalamualaikum wbth

Artikal susunan Dr. Yaacob bin Yusoff Awang (Dr. YAHYA) akan mula disiarkan didalam blog ini untuk dikongsi oleh pimpinan dan ahli PAS supaya setiap dari kita boleh memainkan peranan yang lebih berkesan bersama sayap baru parti PAS ini.

Sudah hampir 2 tahun Ybhg Dr. Yaacob Yusoff selaku Moderator menyampaikan Diskusi Pelbagai tajuk yang berkaitan non-muslim dalam negara Islam di Pejabat Parlimen Kota Raja bersama AJK LPN & DHPP Kota Raja.

Sebagai permulaan kami akan siarkan Diskusi LPN Bulanan PAS Kawasan Kota Raja yang bertajuk : DHPP - Dalam Konteks Politik Semasa Di Malaysia.

A. Pendahuluan
 
Perlembagaan PAS [Pindaan 2001], dalam FASAL 6 – [Usaha-usaha], ada menyebutkan di bawah perkara [3] berbunyi:
 
Memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
 
Di bawah perkara [5] pula berbunyi:
 
Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan dan orang-orang persaorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
 
Dua prasa tersebut merakamkan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya bukan sahaja berlaku untuk orang-orang Islam, tetapi juga bukan Islam. Perkataan sihat dan berkebajikan sudah tentulah di bawah naungan Islam kerana dasar parti itu adalah dasar Islam yang bersifat ad-Din.
 
Politik Rasulullah SAW dan negara berkebajikan dan diampuni Allah [Baldatun Tayyibatun wa Rabunn Ghafaur – Al_quran : 34 [Saba']: 15] ] adalah bermodelkan Negara Madinah. 

Di dalam negara tersebut wujud orang-orang bukan Islam bertaraf zimmi [ahlu zimmah / warga yang dipertanggungjawabkan] sebagai rakyat negara Madinah. Kewujudan orang-orang bukan Islam di Malaysia juga menjadi cabaran untuk pendokong Islam [khususnya PAS dari segi politik] untuk memaknakan Islam setepatnya sebagai sebuah sistem hidup yang juga untuk dirasai nikmatnya oleh orang bukan Islam.
 
Artikel ini percaya bahawa kewujudan orang-orang bukan Islam di Malaysia adalah satu nikmat untuk orang-orang Islam terutama pejuang Islam bagi membuktikan keadilan Islam. Di samping sifat mereka sebagaimana rakyat yang sah, sementelah pula mereka yang bukan Islam itu mesti mempunyai Tuhan sebagaimana kedudukan Rukun Negara yang pertama [ Kepercayaan Kepada Tuhan]. 

Perkataan `seluruh rakyat' dalam perlembagaan PAS itu merentasi sesiapa sahaja asalkan mereka rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. PAS mendapat `advantage' dari dasarnya yang tanpa mengira bangsa. Malah PAS memikul tanggungjawab kepada Bukan Islam sebagai tanggungjawab agama. 

Disinilah perbezaan PAS dan UMNO yang mana UMNO membatasi tanggungjawab hanya kepada bangsa sendiri. Tanggungjawab kepada bangsa lain adalah hanya dalam kesatuan politik, itu pun melalui BN bukan UMNO.
 
Tanggungjawab tanpa batas bangsa dan agama ini tidak berlaku dengan UMNO, MIC dan MCA kerasa dasar atau rujukan bangsa dalam keahlian parti mereka. Dengan itu UMNO misalnya tidak boleh menjadi pelindung kepada India dan Cina kecuali melalui pakatan BNnya. Ini bermaksud bahawa secara politik UMNO tidak bersahabat dengan India dan Cina kecuali dalam kepartian BN. Sudah tentu ia bukan persaudaraan sejagat. Ia hanya sekadar persatuan kepentingn politik. Kemungkinan pula hanya untuk kepentingan kebendaan sahaja jika politik itu pula berorientasi kebendaan.
 
B. Isu-isu Bukan Islam Di Malaysia.
 
B.1. Latar belakang
 
Secara latar belakang, orang-orang India dan Cina khususnya adalah pendatang dari dua benua besar India dan Cina. Sejarah menjelaskan bahawa pada asalnya kedatangan mereka didorong dan dipimpin oleh agama dan tujuan-tujuan keagamaan. Orang Melayu sendiri adalah pendatang yang dinamakan Melayu Deutro dari utara. Malah sebelum mereka terdapat Melayu Proto, Negrito dan Senoi [Orang asli] yang lebih awal datang ke Tanah Melayu. Ia memberi makna bahawa semua penduduk di Tanah Melayu adalah pendatang pada asalnya.
 
Tetapi kemudiannya, Melayu [melayu Deutro] mendominasi dan menjadi `tuan' iaitu yang dikenali dengan konsep `Ketuanan Melayu'. Hal ini berfaktor kepada kedudukan strategik mereka yang mendiami di persisiran pantai yang kemudiannya terdedah kepada pengaruh-pengaruh Hindu dan Buddha serta terakhirnya Islam. 

Keislaman mereka menjadikan mereka bertamadun dan mendahului kewibawaaan ke atas Negrito [semang] dan Senoi juga Melayu Proto yang terus beranimism dan akhirnya melayakkan mereka mempunyai status `Ketuanan Malayu' yang lebih merujuk kepada kedudukan para sultan di negeri-negeri tertentu.
 
Sejarah membuktikan bahawa institusi kesultanan yang berkembang menjadi kuasa politik orang-orang Melayu adalah oleh ajaran-ajaran Islam yang universal. Islamlah yang menjadikan Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan sehinggakan masyarakat India dan Cina mendapat potensi baru diluar dari benua asal mereka. 

Orang-orang Cina dan India mengiktiraf institusi kesultanan tersebut. Ini bermakna bahawa Islamlah yang menjadikan orang-orang Cina dan India mendapat `penerimaan' dari orang-orang Melayu yang akhirnya membentuk masyarakat majmuk unik yang harmonis di Malaysia.
 
Rata-rata masyarakat bukan Islam khususnya yang datang sejak zaman berzaman hingga kini ke Malaysia dapat bersaing dengan harmonis. Kaum Cina pula mempunyai rekod sejarah yang berbeza antara dua kelompok. Sejarah menunjukkan pada awalnya mereka datang sebagai pedagang dan berdiplomatik. Golongan pertama mereka juga adalah beragama Islam [merujuk kepada Cheng Ho dan Putri Hang Li Po]. 

Tetapi kemudiannya, golongan kedua yang dibawa oleh British dengan tujuan kebendaan hidup, menjadi buruh dan pelombong menyebabkan mereka tidak diberi perhatian oleh Inggeris samaada mereka mengamal agama mereka [Konfusianism atau Islam] dengan baik atau tidak. Masyarakat India pula lebih melihat agama [Hinduism] sebagai senonim dengan bangsa India, di mana bangsa lain mempunyai kejanggalan untuk beragama Hindu.
 
Dengan itu orang-orang India dan Cina kini di Malaysia menjadikan agama sebagai urusan peribadi sahaja dan mungkin bersifat `escapism'. Agama adalah agenda peribadi bukan doktrin hidup seperti politik dan pentadbiran. Nilai-nilai dan ajaran agama menjadi hal personal, bukan agenda negara., malah ada yang lebih suka bersikap ethies [tanpa Tuhan] sebagai doktrin hidup. Perspektif ini perlu diperbetulkan atau dijana supaya agama juga mempunyai kayu ukur kepada politik penganutnya.
 
B.2 Isu semasa.
 
Apa yang dimaksudkan oleh artikel ini di bahagian ini adalah beberapa fenomena negatif yang sedang berlaku di Malaysia. Tetapi ia dipercayai mempunyai wadah penyelesaian jika diurus secara `geniune’ melalui kaitan dengan kuasa politik yang `genuine’ juga. Kita tidak boleh bermunafik atau bersikap `shortsighted’ dengan mengatakan tidak ada jalan lain kecuali dengan dasar dan sifat politik yang sedia ada. 

Alternatif memberi makna kreativiti. Kreativiti memberi makna perubahan. Masyarakat Malaysia mesti berubah dari landskap politik perkauman yang meminggirkan agama sekarang kepada politik perpaduan yang berteraskan agama, demokratik dan berkeadilan.
 
Di antara isu-isu semasa dalam konteks ini adalah seperti berikut:
 
[1] Sebahagian masyarakat Islam, khususnya Melayu di Malaysia masih melihat orang-orang India/Hindu sebagai tidak serasi dengan mereka kerana amalan-amalan keagaman Hinduism. Walau pun begitu, mereka [Melayu] pernah mengambil budaya-budaya Hindu seperti dalam hal-hal perkahwinan dan perbomoham. 

Orang-orang Cina juga sedemikian, kecuali orang-orang Cina yang menjadi `tuan rezeki' [taukeh-taukeh] kepada mereka [orang Melayu]. Sentimen itu menjadi berbeza pula terutama bila orang-orang sedemikian [taukeh-taukeh] itu pula meninggalkan ajaran-ajaran kelasik mereka [Konfusianism] dengan beralih kepada ajaran Kristian misalnya.
 
Dengan itu mereka [Melayu, Cina & India] kehilangan persahabatan sejati. Mereka disentimenkan oleh unsur-unsur perbezaan bangsa dan agama apatah lagi amalan agama dan budaya. Kepelbagaian mereka hanya dihormati kerana kepentingan politik malah untuk pelancungan semata-mata. 

Ia bukan penghormatan `geniune’ atau bernilai negarabangsa. Sebaliknya kesejatian bersahabat dengan penuh kebajikan ini terdapat dalam Islam, terutama dalam politik dan kenegaraan Islam. Rasulullah SAW menyebut dengan jelas betapa ` sesiapa yang menyakiti Zimmi, maka ia menyakiti aku’ [maksid Hadis] .

Untuk mencapai tahap ini, maka orang-orang bukan Islam haruslah meletakkan orang-orang Islam berkepimpinan kepada Islam. Dengan itu, tanggungjawab mereka [orang-orang Islam] memikul `zimmah’ [pertanggungjawaban] sepatutnya menjadi berinstitusi atau dilembagakan melalui kenegaraan atau perlembagaan. 

Jika kini mereka mencari pihak yang akan membela mereka dan mempertahankan hak mereka serta menghormati agama mereka, perkara ini ada pada PAS [rujuk perkara [3 ] di atas.
 
[2] Dari perspektif lain pula, Orang-orang India dan Cina tidak diendahkan oleh UMNO dari sudut falsafah hidup dan cita rasa tamadun mulia. Mereka bersahabat dalam kepolitikan sahaja. Itu pun dalam menghadapi parti pembangkang semasa pilihanraya. Nasib mereka tidak dibela bersama oleh UMNO. Ini terbukti dengan pertumbuhan parti berbaur keIndiaan [walau nampak terbuka kepada bangsa lain] akhir-akhir ini untuk menyaingi MIC. 

Orang-orang India kini melihat kelakuan-kelakuan `political masters' mereka dalam MIC yang tidak benar-benar beragama telah menjadikan mereka mangsa untuk kepentingan para `political masters' tersebut. Orang-orang Cina juga sedemikian, di mana mereka menyaksikan nilai-nilai agama [contohnya kesalahan berzina] sudah dikesampingkan dari ciri-ciri kepimpinan politik MCA.
 
Dalam konteks masyarakat India khususnya, keadaan semasa dan bukti-bukti 50 tahun sesudah kemerdekaan menunjukkan mereka tidak dapat bersaing secara sihat dan profesional dengan bangsa-bangsa lain melalui MIC. Tokoh-tokoh mereka mengamalkan amalan-amalan yang di kutuk oleh ajaran Hinduisn asal. Hal yang sama juga berlaku kepada orang-orang Cina. 

MCA tidak menghayati Konfucianism. Mereka menjadi sekular seperti UMNO yang meletakkan agama tidak menjadi rujukan politik. Agama hanya menjadi nilai tambah [added value] sahaja kepada nasionalism Melayu, yang diambil secara terpilih-pilih.
 
Di sinilah orang-orang India dan Cina mula merasakan ikon-ikon politik [seperti Tuan Guru Nik Aziz] yang benar-benar beragama sepatutnya mereka sanjungi. Bagaimana mereka boleh assosiasikan diri mereka dengan Tuan Guru itu?. 

Sudah tentu melalui DHPP. Maka menjadi tanggungjawab PAS pula mewujudkan ikon-ikon lain seperti Nik Aziz itu. Kemungkinan kepimpinan ulamak dalam PAS adalah sebagai jaminan atau jawapannya.
 
[3] Isu orang-orang Asli yang kini dikenali sebagai Orang asal [khususnya di semenanjung] adalah tidak terbela mengikut standard yang sepatutnya. Mereka dirujuk [diperguna] sebagai pengundi semasa pilihanraya sahaja. Malah mereka dikorbankan demi pembangunan tanpa konsep keutamaan [ fiq aulawiyyat]. 

Mereka tidak mempunyai parti politik khusus [tidak seperti di Sarawak]. Orang-orang asli di semenanjung yang jumlahnya lebih kurang 100,000 orang terumbang ambing tanda pergantungan politik. Maka PAS sepatutnya memberi peluang mereka berpolitik melalui Kelab Penyokongnya.
 
[4] Parti-parti politik yang berorientasi bangsa dan kaum dengan sendiri hanya bersentimen pada kepentingan kaum mereka. Malah parti-parti seperti MIC masih melihat India sebagai tanah air induk mereka [Konsep Mother India]. 

Begitu juga masyarakat China dengan konsep kerakyatan mereka. Dengan itu mereka akan terus kedinginan sifat patriotik kepada Malaysia, dan ini amat tidak adil kepada mereka yang miskin. 

Mereka yang miskin terpaksa bersetia untuk hidup di sini. Konsep `Samsara' dalam agama orang-orang India [Hinduism] yang sbenarnya merujuk kepada penebusan dosa itu, diguna pula oleh ahli-ahli politik oportunis mereka untuk menindas secara menafi atau memperlahankan hak kehidupan mendapat kehidupan dunia yanglebih baik.
 
PAS boleh mengemukakan pembelaan dalam hal ini di atas konsep pembelaan keadilan yang lebih demokratik Suasana demokratik dan berkeadilan ini sememangnya adalah sifat Islam. Kini PAS mempunyai rakan pula dalam bentuk parti politik yang berideologi dengan terma-terma sedemikian iaitu DAP & PKR. Dengan itu pilihan semakin meluas, di mana kini menjadi pilihan kepada orang-orang Cina dan India untuk meletakkan diri mereka dilayan secara demokrtik dan adil melalui PAS.
 
[5] Konsep kasta dalam Hinduism, yamg asalnya merujuk kepada pengkhususan kerja, masih menjadi amalan diskriminasi atau perbezaan darjah oleh sesetengah pemimpin India terutama dalam politik projek. 

Konsep ini dimanipulasikan oleh orang-oleh Aryan di zaman silam, tetapi tidak terkecuali kini oleh ahli-ahli politk yang berkepentingan diri. PAS amat menentang diskriminasi darjat, tetapi amat menghormati pengkhususan kerja. Ajaran ini jelas tanpa kompromi, malah pimpinan-pimpinan Islam terutama di zaman silam sangat mengahayati konsep ini.
 
Perkara-perkara seperti Hukum Darma [balasan baik dan buruk melalui perbuatan manusia] adalah ajaran Hindu, malah konsep asrama Dharma juga yang mengiktiraf progress darjah manusia adalah ajaran asal Hindu. Kemulian perkahwinan dalam Hinduism amat tinggi. Tetapi ia dicemari oleh pembaziran oleh sikaya-sikaya MIC. 

Parti MIC tidak dapat membetulkan hal ini seperti ajaran asal Hindu. Maka selayaknya PAS dirujuk oleh orang-orang Hindu untuk membetulkan hal ini seperti amalan ajaran asal Hinduism. PAS for all dari satu sudut ialah pembelaan dalam hal-hal ini. Orang-orang India dan Cina boleh memberi kepercayaan kepada PAS dalam hal ini.
 
[6] Orang-orang Cina mudah dii kaitkan dengna gensterism, judi dan penipuan , yang menjadi kata-kata gimmik dalam perniagaan dan sosial. Seperti juga mabuk, todi, ganas dan sebagainya digimikkan kepada kaum India. Pada hakikatnya orang-orang Cina dan India yang sedemikian, adalah mereka yang tidak menerima pendidikan falsafah-falsafah tinggi tamadun India dan Cina. 

Falsafah-falsafah dalam kitab-kitab Veda Hinduism dan Analect Konfusius ditenggelamkan oleh agenda kepentingan kaum, kebendaan dan politik sempit. Pendidikan yang bersifat kebaratan pula memangsakan Islam, Hinduism dan Konfusianism malah Kristian sendiri, apatah lagi bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan!.
 
Setengah-setengah dari sekolah-sekolah missionary Keristian lebih bersifat untuk menyerang agama lain, bukan membina nilai-nilai tinggi dalam agama itu sendiri.
 
Hal ini diheret oleh nafsu sarakah politik bangsa-bangsaan. Satu kajian oleh saya sendiri menunjukkan 70% respondant di Sarawak tidak mengetahui ajaran-ajaran mulia dalam Ten Commendments’. 

Apalagi bila matapelajaran-matapelajaran agama tidak bernilai komersial atau tidak menjadi kreteria penting dalam ciri-ciri atau merit profesionalism atau amalan-amalan rujukan atau penunjuk prestasi dalam perkhidmatan awam.
 
Islam amat menyanjung falsafah-falsafah yang tinggi terutama yang dikaitkan dengan agama. Inilah yang dimaksudkan dengan `dialog tamadun’. Tetapi dialog tamadun ini menjadi pasif kerana ia tidak memberi makna kepada politik perkauman. Jika ada usaha sedemikian pula, ia lebih tertumpu pada persaingan aspek akidah, bukan nilai-nilai tinggi. 

Universiti-universiti tidak ghairah kepada aspek ini, malah asyik menumpukan pendidikan berorientrasi komersial dan peluang kerja. Jika fenomena ini hendak diperbetulkan, maka politik sebagai kuasa penentu hal ini, mestilah politik yang benar-benar genuine atau mendokong agama. PAS dapat membuat tawaran yang meyakinkan dalam hal ini. Kelab penyokong boleh melaksanakan aspirasi penting, tidak politik murahan perkauman.

Bersambung .......

C.Dewan Himpunan Penyokong PAS Sebagai Alternatif Baru

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts