Tuesday, June 30, 2009

Video : Ketua Pembangkang bahas di Parlimen

Ketua Pembangkang: Bahas RUU Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 di Dewan Rakyat pada 29 Jun 2009.

Ucapan 1

Ucapan 2

Ucapan 3

Ucapan 4

Ucapan 5

Sunday, June 28, 2009

Video : Jantung Speaker DR turun naik bila Pasir Salak berucap

Memalukan 3 – Dr Lo’ Lo’ jawab BN Pasir Salak

Memalukan 4 – Jantung Speaker Dewan Rakyat turun naik bila BN Pasir Salak berucap

Apa kata MP Bebas Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengenai Wakil BN Pasir Salak ini yang ucapannya penuh dengan gelak ketawa selama 20 minit. seorang diri.

Saturday, June 27, 2009

Video : Pasir Salak memalukan Umno/BN

Perbahasan Penguntukan Semula Perbelanjaan 2009

Memalukan 1 – MP PAS Kuala Selangor bidas MP BN Pasir Salak

Memalukan 2 – MP PKR Machang dan Gombak patahkan Hujah BN Pasir Salak

Apa kata MP Bebas Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengenai Wakil BN Pasir Salak ini akan menyusul selepas ini …..

Fauzi + TGNA + TGHH + PR calun pilihan rakyat di MU

Mohd Fauzi Abdullah, a local fish wholesaler, was named PAS candidate for the Manek Urai by-election scheduled for next month.

The 50-year-old was described by Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who made the announcement tonight, as the most suitable candidate to replace the popular five-term assemblyman Ismail Yaacob.

The announcement was made at a public rally in the state constituency before thousands of supporters.

Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was also present at the rally, in what is an attempt to prove that PAS remains united despite recent public disagreements between senior leaders over the issue of political cooperation with Umno.

Hadi’s presence also put an end to speculation that he was banned from campaigning in the Manek Urai by-election for favouring unity talks with Umno.

Teka teki calun PAS di MU telah terjawab. Ini lah (gambar) calun pilihan rakyat

Pengumuman yang menamakan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Haji Abdullah itu disambut dengan perasaan penuh yakin oleh hadirin bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS pada pilihanraya 14 julai nanti.

Menurut pihak urusetia penerangan, Fauzi yang menjadi calon pilihan PAS itu merupakan calon pilihan rakyat tempatan, malah beliau dikatakan mendapat kepercayaan tinggi dari penduduk tempatan untuk menggalas jawatan yang ditinggalkan Paksu Wei itu.

Malah, penduduk tempatan yang ditemui semuanya mengiakan kenyataan tersebut, "sememangnya calon kali ini calon pilihan dan tak patut kalah," ujar Ismail, 54 yang merupakan anak jati tempatan.

Majlis pengisytiharaan di padang sekolah yang berhadapan markaz Unit Peti Undi (UPU) Manek Urai Lama itu dipenuhi kira-kira 40 ribu orang yang rata-ratanya penduduk tempatan.

Majlis yang dipengerusikan Ustaz Baihaqi Atiqullah itu turut di hadiri pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Kelantan, Exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli parlimen PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.

Thursday, June 25, 2009

Pertembungan anak tempatan di Manek Urai

Setakat ini, PAS Kelantan hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar, dalam strategi "melokalisasi" kempen di Manek Urai. Bagaimana pun bermula hari ini strategi ini telah diubah bersesuaian dengan keadaan semasa dimana menurut Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan poster Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang juga akan dinaikkan bila-bila masa. "Hanya menunggu poster tersebut tiba dari KL", kata beliau sebentar tadi.

Siapa anak tempatan yang akan diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 6 Julai ini semakin hangat diperkatakan dan beberapa nama sudah terpilih menjadi sebutan.

Bagi UMNO tiga nama yang disebut-sebut terse-narai termasuk anak kelahiran Guchil, Ketua Pe-muda UMNO Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat; Naib Ketua UMNO bahagian, Che Jalal Muda dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Azizudin Hassan.

Namun antara tiga nama itu, Tuan Aziz anak kepada veteran UMNO iaitu Ketua Cawangan UMNO Kuala Krai, Tuan Mat Tuan Sulong dikatakan menjadi pilihan utama berdasarkan pengalaman beliau selama ini dalam parti di Kuala Krai dan merupakan graduan Universiti Teknologi Malay-sia (UTM) dalam jurusan Pengurusan Teknologi.

Difahamkan calon yang dipercayai bakal memberikan saingan kepada Pengurus Kesedar itu yang kini baru berusia 39 tahun setakat ini adalah pemborong ikan di Kuala Krai iaitu Fauzi Abdullah, 50-an yang juga Bendahari Pas Kuala Krai sejak kira-kira empat tahun lalu.

Berdasarkan sumber, Fauzi anak kelahiran Guchil adalah Pengarah Majlis Tindakan DUN Guchil dan cukup dikenali di kalangan penduduk kawasan itu serta aktif dalam perjalanan akar umbi parti kawasan berkenaan selama ini.

Pas dilaporkan akan mengumumkan calon mereka pada Jumaat ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka turut hadir pada majlis di Markas Pas Manek Urai Lama itu.

Beberapa nama lain juga disenarai termasuk calun PRU pada 2004 lalu, Mohd Zamzuri Mat Lazim dan Setiausaha Pas kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun.

Walaupun pelbagai andaian dibuat untuk kriteria calon terbabit namun kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dan perbezaan usia bukan menjadi penghalang untuk mereka memberikan saingan dalam pilihan raya kecil itu.

Wednesday, June 24, 2009

Muktamar : menguruskan perbezaan pendekatan dalam PAS

Muktamar pun telah berlalu dan PAS meneruskan perjalanannya untuk masa-masa akan datang. Sementara perwakilan cuba memahami isi kandungan ucapan dasar Presiden, gerak kerja parti akan terus diperkasakan melalui kepimpinan parti yang baru dilantik. Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi begitulah routin setiap tahun, selesai sahaja Muktamar semua berasa lega kerana telah memenuhi kehendak perlembagaan parti yang menuntut supaya muktamar diadakan setahun sekali.

Apa yang menarik dalam Muktamar tahun ini ialah “ketegangan” yang disengajakan atau tidak disengajakan kerana pencalonan timbalan presiden dan naib-naib dan calon AJK yang begitu ramai. Pada satu sudut bilangan pencalonan yang ramai menunjukkan PAS tidak kekeringan pelapis yang bersedia untuk berkhidmat kepada parti. Pada satu sudut yang lain ia juga ditafsirkan sebagai perebutan jawatan yang bagi sesetengah pihak sudah mula mengejar “pangkat” dan “kedudukan”.

Walau apapun tanggapan ahli PAS sendiri atau orang ramai kepada pemilihan parti baru-baru ini, saya menganggap PAS melalui satu proses di mana fasa baru PAS sedang muncul dengan memberikan kepada PAS satu wajah baru yang dinamik.

Dengan menyebut dua sudut di atas, pemilihan Muktamar PAS telah sampai kepada tahap yang baru jika dibuat perbandingan dengan tahap dahulu. Ini memandangkan kepada beberapa faktor. Pertama ahli PAS semakin bertambah, kedua, potensi kepimpinan terserlah dan ketiga PAS menjadi parti nasional. Saya akan huraikan satu persatu.

Ahli PAS semakin bertambah bilangannya kepada 1juta ahli. Bermula sebagai sebuah parti yang kecil, kini PAS dikenali sebagai parti yang kategorinya ialah parti massa. Sudah tentulah bilangan yang ramai ini terbentuk daripada berbagai latarbelakang.

Walaupun pada awalnya PAS menarik minat golongan dari latarbelakang agama, namun trend ini berubah pada tahun 80an apabila golongan professional turut berminat untuk menyertai PAS. Trend ini telah mengadunkan keunikan PAS antara golongan agama dan professional, sehingga kini PAS mempunyai keahlian yang berbagai rencam dan tidak boleh dianggap sebagai parti agamawan semata-mata.

Latarbelakang yang berbagai ini telah menghasilkan dinamika kumpulan dalam PAS berasaskan pendidikan dan cara mereka melihat atau menilai sesuatu isu. Namun rencam dan ragam ini tidak boleh dilihat dalam perspektif yang negatif, ia sebahagian daripada proses kematangan sesebuah parti politik.

Sememangnya bukan mudah untuk mengendalikan kepelbagaian yang ada kerana ia memerlukan kepimpinan yang mampu menyesuaikan keadaan yang ada dengan menggunakan semaksima mungkin potensi parti. Cabaran yang perlu ditangani oleh kepimpinan PAS dalam suasana ini ialah bagaimana dapat mengimbangkan antara menggunakan potensi yang ada dan pada waktu yang sama mengekalkan kualiti komitmen kepada dasar perjuangan parti.

Selalunya “golongan lama” (old guard) parti akan lebih mementingkan soal-soal komitmen dasar manakala golongan muda (young turks) lebih melihat soal potensi yang hendak disumbangkan kepada parti. Di antara kebimbangan “komitmen dasar akan hilang” dan keghairahan “pelepasan potensi” berlakulah pembentukan kumpulan dalam parti yang merupakan sebahagian daripada dinamika kumpulan.

Berdasarkan kepada pemikiran ini, saya menilai pemilihan dalam Muktamar PAS kali ini adalah kerana ahli mahu menterjemahkan dan menyampaikan message kepada kepimpinan bahawa semua tenaga ini mesti digunakan potensi mereka. Dalam lipatan proses ini berlakulah pengecaman dan pelabelan kumpulan yang secara otomatik akan berlaku maka lahirlah berbagai istilah berdasarkan pengecaman kumpulan yang pada hakikatnya hanyalah pertembungan persepsi dan cara menilai bagaimana parti harus maju ke hadapan. Dalam proses itu ada di kalangan ahli yang menjadi emosional sehingga tanpa disedari mereka lebih fokus kepada isu kumpulan tetapi tidak tertumpu kepada isu membangunkan parti.

Kedua ialah lahirnya potensi-potensi baru yang muncul melalui pandangan-pandangan dan aktiviti yang dijalankan melalui platform parti sehingga terserlah kepimpinannya. Potensi-potensi ini mahu diambil perhatian supaya terserlah. Jika tidak mendapat perhatian potensi-potensi ini akan mencari ruang untuk menonjolkan dirinya antaranya ialah melalui pentas ceramah, program dalaman dan penulisan-penulisan serta kenyataan-kenyataan akhbar.

Bagi saya ini adalah normal dalam proses kemunculan kader-kader baru. Yang tidak normal ialah apabila potensi ini diabaikan dan suara yang mahukan perhatian akhirnya menjadi “suara-suara sumbang”. Saya menganggap lambakan calon untuk pertandingan ajk baru-baru ini adalah kemunculan potensi-potensi baru yang suara mereka mahu didengarkan melalui peti–peti undi.

Namun bagi para perwakilan, mereka terlalu berhati-hati dalam memberikan “ruang” kepada suara-suara baru ini, kecuali YB Bukit Gantang yang lain adalah barisan yang lama. Tetapi mereka tetap dapat meluahkan potensi mereka dengan jawatan-jawatan di kawasan atau negeri dan seperti pepatah Melayu “ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya” Walaupun semua mereka berpotensi namun hanya 18 kerusi sahaja yang ada untuk dipertandingkan untuk ajk sedangkan yang bertanding ialah 58 calon!

Ketiga ialah kemunculan PAS sebagai alternatif kepada Umno berupaya menjadikan PAS sebagai parti nasional. Kemunculan PAS sebagai parti nasional untuk semua kaum selain daripada mengekalkan base Melayunya sudah tentu menarik minat ramai orang. Persepsi awam kepada PAS pun sudah meningkat sebagai parti yang popular, PAS terus mendapat perhatian berbagai lapisan berbanding sebelumnya kerana ia sudah mendapat tempat dalam pesada politik nasional. Persepsi yang meningkat kepada PAS turut memberi rangsangan kepada calon-calon kerana mahu mendapat penghormatan berkhidmat kepada parti dalam suasana parti menjadi arus perdana.

Walaupun ketiga faktor di atas merasionalkan mengapa Muktamar baru-baru ini menjadi perhatian, namun saya turut merasa bimbang jika trend ini tidak diuruskan dengan baik oleh kepimpinan parti. Kita tidak boleh menafikan perkembangan positif ini untuk PAS tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh mengawal keadaan dari sudut perkembangan ini perlu menjadi pemangkin kepada kemunculan PAS sebagai parti nasional.

Secara ringkas mengurus perkembangan ini mesti bermula dengan menetapkan satu piawaian keahlian PAS supaya ada semacam satu standard ahli yang diiktiraf oleh sistem parti. Dengan cara ini tidak timbul lagi soal latarbelakang berbagai yang melabelkan dinamika kumpulan dalam PAS, yang ada ialah ahli PAS yang diiktiraf piawaiannya. Bagi mencapai maksud ini sistem pengkaderan keahlian perlu mentajdidkan program tarbiyahnya dalam kerangka sumber manusia parti yang lebih strategik.

Kedua ialah PAS perlu ada “successive leadership plan” supaya perancangan kepimpinan pelapis dapat memberi ruang kepada potensi-potensi baru mencari tapak-tapaknya untuk berlepas. Akhirnya kemunculan PAS sebagai parti yang aspirasinya adalah nasional perlu diurus dengan baik melalui penyerapan identiti nasional yang diterima sebagai simbol sebuah negara bangsa. Hanya dengan pemahaman kepada kemunculan elemen-elemen baru ini, PAS mampu mengharungi lebaran baru politik. Jika tidak Muktamar hanya tinggal resolusi dan calon yang beraspirasi dan berpotensi akan merasakan ruang dalam partinya terlalu sempit untuk dia melepaskan kebolehannya, dengan itu Muktamar pun berlalu...

PAS letak anak tempatan di Manek Urai

Pas telah pun menetapkan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai (N41) adalah anak tempatan. Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Harun berkata, keputusan itu dibuat hasil daripada kehendak akar umbi dan perbincangan yang dibuat di peringkat Pusat.

“Pucuk pimpinan Pas Pusat telah pun memutuskan nama calon tersebut dan akan diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz pada 26 Jun ini. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira banyak faktor termasuk kehendak akar umbi,” katanya. Pas memilih calon anak tempatan Kuala Krai dan tidak akan melangkaui kawasan di luar Kuala Krai.

Mengulas mengenai gerak kerja jentera Pas menghadapi pilihan raya kecil itu beliau berkata, Pas telah mengatur strategi yang tersendiri dengan kekuatan yang lebih mantap dan kukuh.

“Apa yang kita lihat setakat ini ialah UMNO seolah-olah hilang akal apabila isu utama yang dibuat iaitu berhubung kerajaan perpaduan sudah tidak wujud lagi. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari isu lain. “Pas sekarang semakin bernafas dan mantap. Penduduk Manek Urai juga semakin yakin dengan kepimpinan menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz,” katanya.

Menurut beliau, apa yang nyata ahli dan penyokong Pas Manek Urai bersyukur dengan pendirian Nik Abdul Aziz lebih-lebih lagi pendirian beliau berhubung isu kerajaan perpaduan.

Syukur

Salmiyah Harun
Wed | Jun 24, 09 | 12:01:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamad berkata, keterlanjuran PAS dalam menghadapi isu kerajaan perpaduan sekali gus telah memperlihatkan kepura-puraan Umno kononnya untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, Umnolah antara yang paling kecewa dengan keputusan PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dengan bermacam-macam tohmahan termasuklah mengatakan PAS penakut.

"Umno tohmah kita mengatakan kita takut dengan Pakatan Rakyat sebab itulah mereka beriya-iya sangat hendak mewujudkan kerajaan perpaduan," katanya semasa dihubungi.

Sebenarnya, kata Ustaz Mahfodz, PAS dalam masa yang sama boleh melihat sejauh mana hati budi serta keikhlasan Umno dalam merealisasikan agenda itu.

"Tetapi akhirnya PAS melihat hati budi Umno sebenarnya. Nampaknya Umno sudah terlalu terlajak dalam memberi respons dalam isu ini. Sehingga surat khabar yang tidak pernah memuji PAS akhirnya terlalu memuji PAS dan Umno pula sanggup menawarkan bermacam-macam syarat untuk menarik PAS bekerjasama dalam kerajaan perpaduan," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur atas keputusan majlis Pakatan Rakyat dan juga Majlis Syura PAS yang menolak kerjasama dengan Umno.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor juga bersyukur kerana keputusan itu melegakan semua pihak di peringkat akar umbi yang selama ini 'susah hati' kerana mainan politik umno yang sengaja mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah.

"Keputusan itu sekaligus menyatupadukan semula PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ahli dan penyokong PAS dari peringkat bawah hinggalah ke atas," katanya.

Beliau juga turut mengingatkan pimpinan parti itu jangan mudah terpedaya dengan mainan politik Umno BN sekali gus berbincang terlebih dahulu bersama pimpinan tertinggi mereka sebelum memberi reaksi sesuatu perkara.

"Apabila ada keputusan pimpinan tertinggi mereka diperingkat bawah akan taat setia dengan keputusan itu," katanya selepas ini ahli dan penyokong PAS menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya kecil Manek Urai

Tuesday, June 23, 2009

Blog fitnah Umno kononnya milik penyokong PAS

Sapa penggerak blog MUKTAMAR PAS??

Anonymous said...
Saturday, June 20, 2009 8:00:00 PM MYT
Awas blog yang bernama http://muktamarpas.blogspot.com

Blog ini dikendali atau dimiliki oleh Kamal Zairudin Shah Omardin seorang ajk Pemuda UMNO. Blog fitnah ini konon-kononnya milik penyokong PAS tetapi ianya milik manusia syaitan ini yang juga dikenali sebagai KZSO..

Pak Bakaq tolong siasat KZSO ini yang dipercayai ada membela barua di Ibu Pejabat PAS Jln Raja Laut. Barua ini jelas adalah seorang doble agent.

Aku pi baca kat pak bakaq tadi pasai tajuk kerajaan perpaduan dan aku tengok ada komen kat atas..aku pi baca kat blog tu. Aku rasa tulisan dia lebih kurang macam blog anti-husam...tp aku takberapa sure.

Pak Bakaq pun belum komen apa2 lagi. Sapa2 yang lagi expert pasai benda2 nak cari sapa yg pulish ka, atau link kat mana ka..atau yg tau pasai blognet ni..tolong cek tengok..betui ka komen mamat kat atas nie yg terlibat adalah Kamal Zairudin Shah Omardin seorang ajk Pemuda UMNO.

Tolong sat sapa2...aku tak pandai sgt..

7 comments:

kakchik said...

salam kak luna, memang blog tu dibuat oleh orang umno dengan niat jahat.
muktamar pas mempunyai website khas iaitu http://muktamar55.pas.org.my

thatguy said...

makacih kakcik..atas info ini...
nampaknye..betui la..apa yg di bagitau oleh mamat kat blog pak bakaq..

so mai kita ramai2 tengok sapa yg nak kena baling kasut nanti..

Cenangau said...

Ish!! hang ni, laju sangat setuju maklumat kakcik ni, harap² hang dah check sapa kakcik ni. Iya la, walaupun gambar profile dia siap purdah nak kena check jugak perawi ni.

Tapi yang pastinya website http://muktamar55.pas.org.my memang dibuat dan dikendalikan oleh JITP (Jabatan IT PAS Pusat)

kakchik said...

En Cenangau, begitu prejudis sekali ya. Itu gambar saya yang ori dan saya petugas JITM yang sebelum ni mengemaskini berita sepanjang muktamar. Sblm suruh thatguy cek, anda dulu cek ya.

thatguy said...

kkekekkee..haaa...amik hang bro..serbu tak pakai helmet dah gedebang...kekekek..

hangpa settle la 2 org..

Cenangau said...

Sorry la kalau dah terguris hati.

Sebenarnya selepas comment tu memang nak check dengan JITP punya forum (mailinglist) tapi tak sempat pasai tiba-tiba broadband problem. Nak login tak boleh. Dia keluar port problem tah apa tah.

Bila broadband dah ok balik terus terlupa. Baru ni teringat balik.

Lagi sekali, Sorry..

p/s. Rasanya pernah buat kerja sekali masa muktamar kat Ipoh tahun lepas.

budak kampung online said...

HANTAR VIRUS SPAM TAK BOLEH KA... KUH..KUI.. ADA TIP & TRICK...

MP Kota Raja bahas RUU ~ DNA 2008

MP Pakatan Rakyat bahas RUU Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 (Peringkat Jawatankuasa)

MP PKR Gombak Bahas dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Jawab (1)

MP PKR Gombak, Machang bahas dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Jawab(2)

MP PAS Kuala Krai, Kota Raja Bahas dan Timbalan Menteri Dalam Negeri jawab (3)

Proses Pengundian (48 undi BN menyokong, 47 Undi Pakatan Rakyat menentang)

FASAL 2 Tafisran (Asal)
“orang tahanan” ertinya seseorang yang ditangkap dan ditahn di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan;

PINDAAN YANG AKAN DICADANGKAN DALAM JAWATANKUASA OLEH Y.B MENTERI DALAM NEGERI
Fasal 2 Rang Undang-undang dipinda dalam takrif “orang tahanan” dengan menggantikan perkataan “mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan” dengan perkataan “Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 [ord. 5/1969] atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 198 [Akta 316]“

Sebahagian Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis yang ditangguhkan pada 28 Ogos 2008 lalu. [22 Jun 2009]

Monday, June 22, 2009

Majlis Presiden PR tolak idea UG

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

Para Wakil media menunggu sidang media yang akan diadakan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Pra Mesyuarat:

Pra Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia pada jam 1.00 tengahari 22 Jun 2009.

Saturday, June 20, 2009

Resolusi Konvensyen PR Kota Raja

Berikut adalah resolusi konvensyen Pakatan Rakyat pertama Kota Raja yang berlansung pada hari ini Sabtu 20.06.2009 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam dari jam 8.00am ~ 2.00pm sebentar tadi,

1. Mempastikan segala tindakan dan aktiviti mengambilkira semangat Pakatan Rakyat.

2. Memberi layanan dan perkhidmatan terbaik kepada seluruh ahli, penyokong, pengundi dan rakyat Kota Raja.

3. Meningkatkan taraf perkhidmatan dan daya juang yang tinggi daripada semua peringkat pimpinan.

4. Menyerlahkan sikap mesra rakyat dan berhati mulia kepada masyarakat Kota Raja.

5. Meningkatkan usaha mencari, menarik dan menarik seramai mungkin penyokong dan anggota masyarakat menjadi ahli kita.

IKRAR PESERTA KONVENSYEN

1. Kami akan memastikan kesepakatan dan kerjasama antara ahli berada ditahap terbaik.

2. Kami akan mengikut segala arahan dan perancangan dari semua pimpinan Pakatan Rakyat Kota Raja.

3. Kami akan menyelaraskan semua program kemasyarakatan secara bersama dan tidak memengtingkan diri.

4. Kami akan bekerjasama dengan semua jawatankuasa dalam pentadbiran peringkat kampung dan taman perumahan.

5. Kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat dalam menjayakan semua aktiviti yang akan dianjurkan.

Sekian terima kasih ..... Ikrar Kami.

Thursday, June 18, 2009

PLKN : Pergaulan bebas dan seksual

PLKN: Isu Pergaulan bebas akan timbul masalah seksual – MP PAS Kota Raja

MP Muslimat PAS turut memperkukuh PR

Muslimat dan MP Muslimat PAS menolak sebarang Kerjasama dengan Umno/BN

Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

“Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS,” katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

“Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang,” katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala’ dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).

Wednesday, June 17, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja 2009, Road to Putrajaya

Tarikh:
20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa:
8.00pg - 1.30 ptg (7.30 pendaftaran)

Tempat:
Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam

Tetamu:
Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato' Husam Musa,YB Teng C.K
YB Dr Mariah, YB Dr Xavier & YB Suhaimi Shafie

Tempat Terhad !!!!
800 seat sahaja : Sila hubungi En Azmi 012-6850494 / 03-51619000
Minum pagi dan makan tengahari disediakan

Untuk Ahli PAS, PKR dan DAP dalam Parlimen Kota Raja SAHAJA

Anjuran bersama Pejabat Parlimen Kota Raja, Pejabat ADUN Sri Andalas, Pejabat ADUN Sri Muda serta Ahli Majlis Pakatan Rakyat MBSA dan MPK.

Monday, June 15, 2009

Forest fire cause of haze along highway

THE presence of haze along the Kesas Highway, which is affecting several residential estates in Shah Alam and Klang, is due to the forest fire along the highway.

State environment committee chairman Elizabeth Wong said the forest fire, on a 4ha plot of land, had resulted in the haze in Kota Kemuning in Shah Alam, Bandar Puteri, Taman Sentosa and Bandar Botanic in Klang.

Blanketed in haze: The haze along the Kesas Highway is especially bad on the way to Klang after the Kota Kemuning toll plaza.

She said these areas were badly hit as the fire had aggravated the haze that was caused by forest fires in Indonesia.

“I can understand the problem faced by the residents in these areas as they have to put up with haze from two sources,” she told StarMetro.

Wong said her office had received numerous complaints on the haze situation and the health hazard it posed to the public.

However, Wong said, the forest fire along the Kesas Highway had been dealt with by the Rescue and Fire Services Department.

“The fire was put out during the weekend and I believe the situation has improved,” she said.

Besides that, she said, there had been a series of fires in the area, including factory fires, caused by the ongoing drought.

Asked if the the worsening haze condition was caused by open burning by smallholders in Johan Setia, Wong said the situation was under control.

“The authorities had been successful in curbing open burning activities in Johan Setia in recent months.

“The Klang Municipal Council has been monitoring the farming activity there very closely,” she said.

Wong said the council had taken enforcement action against the offenders and had prevented them from conducting open burning on the waste from their jungle clearing activities.

She said her office and Kota Raja MP Dr Siti Maria Mahmud had been working closely on the issue.

“We have been making frequent checks in the area to prevent people from aggravating the situation,” she said.

Besides Klang and Shah Alam, other parts of the state that are affected by the current haze situation include Kuala Selangor, Kajang and Sepang.

MP Bukit Gantang diarah keluar Dewan

Selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, tidak sampai lima minit Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat.

Tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang diarah keluar dewan kerana tindakan melaungkan slogan "bubar DUN" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak.

Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang. Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok “F”.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengarahkan tujuh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) keluar dewan.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh anggota dewan terbabit turut dilakukan oleh Ahli Parlimen di negara lain. “Saya akan berjumpa dengan Speaker berhubung dengan perkara ini, ia tidak sepatutnya berlaku kerana di negara lain pun terjadi perkara sebegini. “Pertemuan itu nanti saya akan meminta beliau (Speaker) untuk membenarkan mereka ini masuk semula ke dalam dewan,” katanya.

Perintah itu turut dikeluarkan kepada beberapa anggota Parlimen daripada PR iaitu Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Sunday, June 14, 2009

Berita Semasa

Hari ini saya tidak berada di Kota Raja dan memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri jemputan rakyat Kota Raja khususnya dalam program Karnival Usahawan di Jalan Kebun anjuran MPP dan JKKK Jalan Kebun kerana saya berada di Manik Urai Kelantan untuk persiapan PRK disana.

Menurut Pegawai Khas saya Sdr Azmi Jusoh dan beberapa Pegawai Sekretariat Parlimen Kota Raja yang terdiri dari Sdr. Razif, Majid dan rakan-rakan yang lain termasuk YDP Kawasan Kota Raja Cikgu Jaafar program tersebut telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Tahniah kepada Pengarah Program Sdr Norhalim Sirome, Timb. Pengarah Sdr. Mahmud, Tuan Hj Hakim dan semua yang menjayakan program ini. Tahniah sekali lagi untuk semua.

Teruskan aktiviti untuk rakyat.

Saturday, June 13, 2009

Elak perpecahan di Institusi Masjid

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari mengingatkan pimpinan tertinggi masjid yang baru dilantik dan ahli kariah supaya terus memuliakan masjid sebagaimana sewajarnya.

Menurutnya, tidak kira siapa yang dipilih untuk menerajui masjid, mereka perlu komited memberikan khidmat secara sukarela tanpa bertopengkan sesuatu parti politik itu.

Kata beliau, bagi yang tidak terpilih pula, bukan bermakna khidmat dan jasa mereka sudah tidak diperlukan lagi, namun lebih baik jika bekerjasama bersama ahli jawatankuasa baru dalam sama-sama memakmurkan masjid sebagai institusi agama.

“Pelantikan nazir dan AJK baru kali ini dilaksanakan sepenuhnya mengikut Enakmen Agama negeri malah wakil rakyat tidak pernah masuk campur dalam pemilihan seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan terdahulu.

“Oleh itu, saya berharap tiada perpecahan berlaku hanya kerana menyangka AJK baru dilantik berdasarkan kepentingan politik seperti yang didakwa beberapa pihak,” katanya.

Yaakob berkata, mengikut enakmen itu, perkara dan syarat jelas dinyatakan malah ia diikuti untuk memantapkan lagi pengurusan masjid.

“Pemilihan dilakukan masyarakat atau lebih tepat ahli kariah sendiri, oleh itu tidak timbul soal politik seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

“Harapan saya supaya AJK yang baru dipilih dapat melaksanakan tugas mereka mengikut tujuh sifat terpuji iaitu paling penting jujur dalam melakukan setiap perkara,” kata beliau ketika menghadiri majlis serah tugas AJK lama kepada AJK baru Masjid Batu 14, Puchong yang akan berkhidmat sehingga 31 Mei 2012.

Beliau berkata, apa yang penting program masjid dapat diteruskan supaya lebih ramai masyarakat akan mengunjungi rumah Allah itu.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan lama kerana jasa dan bakti mereka sejak penubuhan masjid sehinggalah ia dapat digunakan dengan sempurna oleh penduduk.

“Kita semua menyedari tanpa yang lama tidak mungkin barisan pimpinan baru akan wujud dan sedarlah perjuangan harus diteruskan sampai bila-bila,” katanya.

Komen utk AJK Masjid

Berkuatkuasa pada 1 Jun 2009 yang lalu pentadbiran Masjid di seluruh Selangaor telah dipegang oleh Jawatankuasa yang dipilih secara demokratik melalui mesyuarat agung masjid.

Setelah hampir 2 minggu berlalu kami inginkan komen dari semua golongan masyarakat Kota Raja tentang keberkesanan kemajuan yang telah dan bakal dicapai oleh Jawatankuasa ini. Adakah mereka merangcang pelbagai aktiviti dari segenap umur masyarakat didalam masjid atau pun mereka hanya menumpukan kepada satu-satu perkara sahaja.

Tingkah laku AJK Masjid sedang diperhatikan oleh rakyat. Lakukan yang terbaik untuk rakyat. Masjid hak semua orang Islam untuk mengimarahkannya.

Hantarkan komen anda kepada kami di 'Sekretariat Parlimen Kota Raja' melalui website ini atau email kepada ' razifpas@gmail.com'

Thursday, June 11, 2009

Husam & Mat Sabu dilantik AJK PAS Pusat

Alhamdulillah, bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.

Manakala Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan Anuar Tahir turut dilantik semula sebagai AJK PAS Pusat bagi sessi 2009 ~ 2011 ini.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Dato Seri Haji Abd Hadi Awang sebentar tadi di Pejabat Agung PAS jalan Raja Laut.

Sementara itu dalam lapuran awal diharakah Dato Mahfus Omar, Naib Presiden PAS ada mencadangkan agar Dato Husam Musa dan Tuan Hj Mohamad Sabu dilantik sebagai anggota Dewan Harian PAS Pusat. Manakala TGNA memberikan respon yang baik dengan menyatakan kedua-dua mereka merupakan aset yang penting bagi PAS disamping disenangi oleh masyarakat bukan Islam terutama India dan Cina bagi memudahkan PAS menghadapi PRU 13 akan datang.

Keputusan muktamad kedua-dua mereka hanya dilantik sebagai AJK sahaja.

Wednesday, June 10, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat

Kota Raja ~ Parlimen Kota Raja dengan kerjasama ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar dan ADUN Sri Muda YB Tuan Shuhaimi Shafiee dan 12 orang Ahli Majlis akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Kota Raja pada hari Sabtu 20hb Jun 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam.

Program yang akan berlangsung selama sehari ini akan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dijangka akan diresmikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, selain beliau turut berucap pada majlis tersebut ialah YB Dato Husam Musa (Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan) dan Speaker DUN Selangor YB Teng.

Program yang bakal mengumpul lebih 1000 peserta ini akan diteruskan dengan pembentangan beberapa kertas kerja untuk menentukan hala tuju pendokong Pakatan Rakyat Kota Raja oleh Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis dan Ketua Kampung supaya semua pendokong PR yang terdiri dari Ketua Cawangan PAS dan AJK, JDM, JKP, MPP dan KPP memahami hala tuju perjuangan kearah mengekalkan kemenangan di kedua-dua DUn dan Parlimen KR pada PRU 13 akan datang.

Justru saya menyeru seluruh pimpinan PR hadir dalam Konvensyen ini. Maklumat Lanjut sila berhubung dengan Pegawai Khas saya Sdr Azmi Jusuh 012-6850494.


2 attachments
Download all attachments
Notis Konvensyen Pakatan Rakyat.docNotis Konvensyen Pakatan Rakyat.doc
142K View as HTML Open as a Google document Download
Maklumat Program.docMaklumat Program.doc
47K View as HTML Open as a Google document Download

Sunday, June 7, 2009

PAS the only choice for Malaysia

Kelab Penyokong PAS (KPP) menegur pihak-pihak yang menggunakan istilah 'perpaduan' yang hanya memberikan pandangan 'negatif' bukan Islam terhadap PAS.

"Perpaduan adalah perkataan yang sering disebut-sebut, tetapi apa itu perpaduan," kata Vincent Lee ketika berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Antara sebab penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah mewujudkan perpaduan antara kaum melalui perjuangan PAS, ini terbukti dalam PRU-12, dengan sokongan padat daripada semua kaum, tanpa kira agama, warna kulit, bahasa dan adat-resam, PAS mencapai kejayaan yang amat besar, yang tidak pernah dicatat dalam 50 tahun yang lepas," katanya.

Kejayaan itu membuktikan bahawa PAS lah satu-satu parti yang mampu menyatu-padukan semua kaum di bumi Malaysia ini, ujar Vincent.

Kejayaan kerajaan PAS di Kelantan dapat melaksanakan dasar-dasar yang benar-benar adil kepada semua, juga menyumbangkan kepada kejayaan yang disebutkan, katanya.

"Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman," katanya.

"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya

Beliau juga berharap janganlah pihak tertentu dalam PAS melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti hingga parti kembali kepada zaman gelap-gelita.

Dengan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti dan ahli kelab sentiasa dapat mempastikan PAS bergerak di atas landasan dan arah yang betul.

"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," ujarnya.

dipetik dari blog : Aspirasi

Saturday, June 6, 2009

berita semasa

saya sekarang sedang bermuktamar di stadium malawati shah alam selama 4 hari.harap semua hubungi pembantu saya jika ada sebarang masalah

CCC akan duduk dibawah payung parti

Pas bercadang menjadikan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang kemudiannya dikenali Kelab Penyokong Pas sebagai sayap parti itu supaya ia dapat melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung parti tersebut.

Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehubungan itu perlembagaan Pas akan dipinda untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab tersebut dan statusnya dalam organisasi, keahlian dan peranannya dalam parti berkenaan.

Beliau menjelaskan, usaha itu diambil bagi memperkasakan kelab berkenaan sekali gus menghargai sokongan yang diberikan dan sehingga kini keahliannya mencecah 20,000 orang.

‘‘Ia juga bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli yang bertambah dan ia sesungguhnya merupakan satu langkah bersejarah dalam parti sebagai paradigma baru dalam Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Abdul Hadi menjelaskan, masyarakat bukan Islam telah memberi kepercayaan kepada parti itu bukan sahaja sebagai penyokong tetapi menunjukkan kesungguhan semasa pilihan raya umum yang lalu apabila memenangkan calon-calon Pas.

Tambahnya, ekoran perkembangan dan anjakan paradigma yang ditunjukkan di kalangan masyarakat bukan Islam, Pas perlu mengambil langkah proaktif untuk melibatkan mereka secara langsung dalam parti berkenaan.

‘‘Ini satu petanda yang sangat baik tetapi kita tidak gopoh melaksanakannya, kita tidak mahu mereka faham kita untuk memperalatkan mereka dan kita tidak mahu menjadi parti penipu.

‘‘Sebaliknya kita mahu menjadi parti yang ikhlas dan mereka merasai sendiri peranan mereka bersama dalam Pas,” ujarnya.

Friday, June 5, 2009

Buka keahlian kepada bukan Islam antara strategi PAS mendepani cabaran

PAS memulakan Muktamar Tahunan Ke-55 pagi ini dengan menggariskan enam strategi, antara lain mahu menampilkan satu imej dan citra sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS perlu menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'mu’asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

Selain itu, Hadi yang menerajui PAS sejak 2002 berkata, beliau mahu semua peringkat ahli parti memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jemaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar umbi. "Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan," katanya.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya ingin memimpin perubahan dalam negara ini dengan Islam.

"Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh," kata beliau dalam ucapan dasar bertemakan Islam Memimpin Perubahan.

Thursday, June 4, 2009

TGNA tidak berpihak


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan beliau tidak memihak kepada mana-mana individu yang bertanding pada pemilihan parti itu yang bermula Jumaat ini. Beliau berkata, terserah kepada para perwakilan untuk menentukan barisan kepimpinan parti tersebut dan tidak menganggap kata-katanya sebagai petunjuk kepada pemilihan calon.

"Tiada siapa (pilihannya), apa yang penting ialah dapat melemahkan lawan, sama ada Datuk Husam Musa, Datuk Nik Abdul Aziz tidak penting, siapa saja boleh lakukan demi mendaulatkan Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Husam yang dikaitkan dengan golongan 'Erdogan' untuk menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Semalam, akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya benar dakwaan wujudnya puak 'Erdogan' dalam Pas, ia adalah satu perkembangan yang baik kerana golongan ini mampu melemahkan pihak lawan.

"Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama Perdana Menteri Turki dan dia telah memalukan Perdana Menteri Israel, jadi kalau ada puak Erdogan dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular," katanya.

Pemilihan Pas kali ini dikatakan paling sengit dalam sejarah parti itu kerana ia melibatkan pertembungan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden iaitu penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa, Husam dan seorang lagi Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Husam telah menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ahli politik dan kepimpinan negeri melalui pengalaman kerja bersamanya.

Beliau merujuk kepada kedudukan dan peranan Naib Presiden Pas itu di peringkat negeri dengan jawatan anggota Exco kerajaan negeri dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pengakuannya itu bukannya tanda memihak kepada Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar tahunan parti itu.

Wednesday, June 3, 2009

Puak Erdogen : hanya spekulasi orang luar

SHAH ALAM - Puak Erdogan tidak wujud dalam Pas dan tanggapan itu hanya spekulasi orang luar, bukannya ahli parti itu sendiri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana istilah Erdogan boleh timbul dalam parti itu.

“Walaupun perjuangan kami adalah sama seperti Perdana Menteri Turki itu iaitu memperjuangkan dasar kebangsaan tetapi kami bukan Erdogan. Cara pemikiran orang luar telah menyebabkan kami dianggap begitu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan wujudnya puak Erdogan dalam Pas.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja berkata, masyarakat luar yang tidak tahu perjuangan dan matlamat sebenar akan bercakap apa sahaja untuk menjatuhkan Pas.

Sementara itu, mengulas dakwaan wujudnya dua puak dalam Pas, Siti Mariah berkata, mereka tidak berpuak-puak walaupun terdapat persengketaan dalam memberi pandangan dan pendapat.

“Perbezaan pandangan dan cadangan oleh ahli-ahli Pas sama ada ahli ulama atau ahli biasa merupakan satu rahmat dan percanggahan tersebut dilihat sebagai satu teguran.

“Setiap percanggahan tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat Agung Pas yang dikenali sebagai muktamar. Walaupun pendapat kami berbeza tetapi kami masih di bawah satu perjuangan dan matlamat yang sama,” katanya.

Monday, June 1, 2009

KPP jadi pemangkin

Salah faham terhadap perjuangan Pas dikatakan menjadi salah satu penyebab kaum lain selain orang Melayu menjauhi parti itu kerana berasakan ia hanya untuk umat Islam dan tidak memperjuangkan nasib kaum lain.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kaum lain terutamanya Cina dan India sebelum ini disogokkan dengan gambaran yang salah mengenai konsep perjuangan Pas oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, namun sejajar dengan perubahan zaman, pandangan itu sudah berbeza kini apabila kaum lain sudah mula memahami konsep perjuangan parti itu kerana selain memperjuangkan Islam, ia juga memperjuangkan hak kaum lain yang berlainan agama.

“Orang Melayu, Cina dan India adalah adik-beradik kerana mereka berasal dari ibu dan bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa.

“Walaupun mempunyai fahaman agama berbeza, tidak bermakna Pas akan menidakkan hak kaum lain sekiranya diberi peluang memerintah negara,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong Pas Peringkat Nasional 2009 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang di sini.

Konvensyen kali pertama itu dihadiri lebih 700 wakil kelab penyokong Pas dari seluruh negara.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salehuddin Ayob, Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Halimah Ali, ADUN Sijangkang Dr Yunus, ADUN Bangi Dr. Shafiee Abu Bakar, ADUn Kota Alam Shah, YB Manoharan, ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman. Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi.

Kata Nik Abdul Aziz, kewujudan Kelab Penyokong Pas yang dianggotai oleh kaum bukan Melayu dianggap sebagai satu perkara yang baik kerana ia menunjukkan perjuangan Pas dalam kancah politik negara sudah mula diterima baik oleh kaum lain.

“Satu kajian untuk menaik taraf Kelab Penyokong Pas sebagai dewan atau sayap formal sedang giat dijalankan oleh pihak parti.

“Pas sedang membuat persediaan menyerap Kelab Penyokong Pas sebagai satu sayap parti yang sah mengikut perlembagaan parti dalam tempoh setahun lagi,” katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan sebagai sayap parti yang sah adalah amat penting bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu.

Menurut beliau, sejak di tubuhkan pada 1951, Pas tidak mendapat tentangan hebat dari kaum Cina atau India atau mana-mana kaum lain tetapi ramai yang tidak mahu menyokong Pas.

“Namun keadaan itu berbeza kini lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya kelab berkenaan.

“Kelab Penyokong Pas sepatutnya sudah lama diserap sebagai satu lagi sayap dalam Pas untuk menguatkan lagi jentera parti. Kelab itu juga berperanan menyebarkan tentang maklumat dan konsep perjuangan Pas dengan lebih tepat agar masyarakat terutamanya bukan Melayu tidak lagi salah faham,” katanya.

Kejayaan menghimpunkan semua kaum bagi penyokong perjuangan PAS akan jadi pemangkin kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS) ini menjadi parti arus perdana pada PRU ke 13 nanti.

Naik taraf KPP


SHAH ALAM – Saranan untuk menaik taraf Kelab Penyokong Pas (KPP) sebagai sayap parti Pas akan diketahui selewat-lewatnya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dari semua peringkat sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, saranan itu adalah hasrat parti dan masih dalam proses perbincangan untuk menjadikan Kelab Penyokong Pas (KPP) sebagai dewan seperti Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.

“Perkara ini tidak boleh dilakukan secara mengejut kerana ia turut melibatkan perlembagaan parti, dan akan melalui beberapa proses perbinca-ngan serta perbahasan.

“Ini sebab, berkemungki-nan ada pihak yang kurang senang kerana khuatir mengenai perkara ini. Justeru, pandangan ahli yang lain juga perlu diambil kira,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan dibawa dan dibahaskan dalam Muktamar Pas kali ini, tetapi keputu-sannya mungkin belum lagi dibuat.

“Apa pun, saya berharap agar pihak berkenaan tidak terlalu berharap manakala pihak yang lain pula tidak boleh terlalu prejudis (syak) berhubung perkara ini.

“Proses ini akan mengambil masa yang lama khususnya bagi memahamkan penyokong parti agar tidak ada masalah yang timbul kelak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kajian secara terperinci dari segi teknikal perlu dilakukan, termasuklah memberikan penjelasan dalam kalangan ahli Pas.

“Saranan berkenaan sebenarnya itu bukan keputusan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaliknya dipersetujui Majlis Syura Ulama.

“Perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini tetapi ditangguhkan untuk menunggu masa yang sesuai dan kini akan dikaji dari segi teknikal. Ada pihak yang berpendapat, ahli KPP perlu menjadi ahli Bersekutu terlebih dahulu sebelum menjadi ahli Dewan,” katanya.

Katanya, perkara itu di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal yang diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukri.

Menurut Siti Mariah, setiap ahli adalah berbeza tahap penerimaannya mengenai Pas dan mungkin ada yang bimbang sekiranya terdapat ahli ‘non-muslim’ (bukan Islam), pimpinan Pas akan menjadi cair.

“Ahli KPP perlu memahami dahulu parti ini supaya kelak mereka tidak akan menentang sekiranya ada perkara yang mereka tidak setuju.

“Mereka perlu memahami polisi parti, sekiranya mereka masuk tanpa persediaan, takut ada masalah akan timbul. Kita tidak mahu perkara itu berlaku dan tidak mahu tercetus perselisihan dalam parti,” katanya.

Menurutnya, ahli menyertai KPP mungkin disebabkan mereka percaya Islam itu adil, tetapi mungkin belum sampai tahap untuk masuk Islam. Tetapi sekiranya mereka masuk Islam, mereka bebas menyertai mana-mana Dewan atau kekal sebagai ahli KPP.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan tetapi menyambut baik saranan tersebut.

“Itu adalah cadangan dan ia tertakluk kepada banyak proses dalam parti. Saya harap ia dapat melalui proses yang sepatutnya,” katanya.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts