Wednesday, June 3, 2009

Puak Erdogen : hanya spekulasi orang luar

SHAH ALAM - Puak Erdogan tidak wujud dalam Pas dan tanggapan itu hanya spekulasi orang luar, bukannya ahli parti itu sendiri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana istilah Erdogan boleh timbul dalam parti itu.

“Walaupun perjuangan kami adalah sama seperti Perdana Menteri Turki itu iaitu memperjuangkan dasar kebangsaan tetapi kami bukan Erdogan. Cara pemikiran orang luar telah menyebabkan kami dianggap begitu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan wujudnya puak Erdogan dalam Pas.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja berkata, masyarakat luar yang tidak tahu perjuangan dan matlamat sebenar akan bercakap apa sahaja untuk menjatuhkan Pas.

Sementara itu, mengulas dakwaan wujudnya dua puak dalam Pas, Siti Mariah berkata, mereka tidak berpuak-puak walaupun terdapat persengketaan dalam memberi pandangan dan pendapat.

“Perbezaan pandangan dan cadangan oleh ahli-ahli Pas sama ada ahli ulama atau ahli biasa merupakan satu rahmat dan percanggahan tersebut dilihat sebagai satu teguran.

“Setiap percanggahan tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat Agung Pas yang dikenali sebagai muktamar. Walaupun pendapat kami berbeza tetapi kami masih di bawah satu perjuangan dan matlamat yang sama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts