Tuesday, August 28, 2012

Haron Din perjelas kejahilan Che Det


SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. 

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Sunday, August 26, 2012

Hudud antara tolak & tentang


Pendahuluan: Sumber memahami ajaran Islam

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan.Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya.Kemudian dikoyak rabak merosakkannya.Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.


Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam diantaranya hukum Hudud.Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk berbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat.Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka. 

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, diantaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan.Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah.Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat: 14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi:

Maksudnya: Orang-orang  A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “Kami telah Islam”. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah: 42):

Maksudnya: Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan  bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar ditanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya.Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza.Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang Islam itu wajib bertanggungjawab diatas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal”. 

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan. 
Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud.Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud.Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu  hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah  dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO.Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini.Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan “Hudud PAS” atau “belum tiba masanya” walau pun berlalu masa setengah abad.

PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA dibawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum.Dengan jasa baik YBM Tengku Razaliegh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama.Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab.Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti.Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan dibawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO


Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO.  Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah  oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.


Hakikatnya ialah tema “Hudud” ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.


PRESIDEN PAS

Saturday, August 25, 2012

1Malaysia yang gagal : Sogok wang tunai untuk 1 kan rakyat di Putrajaya


Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatukan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, hari ini.
Penasihat DAP itu melabel tindakan ini dengan apa yang beliau istilahkan sebagai “menyewa hadirin” untuk dua acara ambang Merdeka dengan menyatakan ini adalah kebiasaan Barisan Nasional (BN), menggunakan wang agar majlis mereka dilihat ramai hadirin.
“Acara Hari Kebangsaan ini… sepatutnya berlaku secara spontan,” kata Lim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. “Apabila ia menjadi terlalu tiruan, ia kehilangan maknanya.”
Lim menambah, keperluan untuk membayar hadirin untuk datang ke acara tersebut adalah refleksi jelas percubaan perdana menteri untuk membangunkan negara bangsa gagal untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Menurut Lim, konsep 1Malaysia yang sering dipromosi seharusnya telah berjaya membawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bersama lebih-lebih lagi dalam sambutan Hari Merdeka — seharusnya membangkitkan semangat patriotisme mereka.
“Ini adalah refleksi menyedihkan kegagalan 1Malaysia untuk membawa rakyat Malaysia bersama menjadi satu, terutamanya dalam perayaan hari kebangsaan seperti ini,” katanya.
Kata Lim lagi, kerajaan BN menguruskan sambutan hari kebangsaan tahun ini dengan cara salah, menjadikan contoh kekecohan sebelum ini dalam penggunaan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka.
“Ia memecahbelahkan. Sepatutnya ia menyatukan, sebaliknya yang berlaku,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan pagi ini bahawa Putrajaya menawarkan wang tunai dan cendrahati kepada 1000 orang pelajar universiti untuk menyertai perayaan Hari Kebangsaan.
Logo Hari Kebangsaan Putrajaya
Dalam sebuah e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi yang dilihat oleh The Malaysian Insider semalam, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau “melakukan beberapa pembentukan bendera mudah” apabila lagu kebangsaan “Negaraku” atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.
“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti.
“Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”
Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.
“Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100,” kata pegawai tersebut.
Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.
Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.
Logo Hari Kebangsaan Pakatan Rakyat
E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.
Apabila ditanya mengapa, pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya.
“Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai bilangan orang Melayu yang mencukupi,” kata beliau.
Kabinet Najib telah memilih “55 tahun kemerdekaan, Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN.
Logo “Janji Ditepati” dan lagu tema telah mendapat reaksi hebat oleh kerana terdapat dakwaan bahawa lagu tersebut ditiru daripada lagu gospel Indonesia.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas perayaan hari kebangsaan demi mengetengahkan agenda politik dan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.
Sebagai tindak balas, pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS mengumumkan tema alternatif sendiri pada hari Rabu — “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” — cadangan diterima daripada orang ramai awal bulan ini.

Ku Li nafi jejaskan Umno Kelantan


Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
“Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata beliau bukan hendak membela kerajaan negeri pimpinan Pas itu, tetapi apa yang diperkatakan adalah bagi menjelaskan perkara sebenar yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri terbabit.

Katanya, beliau berhak menjelaskan perkara itu supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan Umno dan BN walaupun masalah itu menjadi tanggungjawab Petronas untuk menyelesaikannya.
“Sumber sebenar hasil itu (petroleum) diperoleh Petronas dan Petronaslah yang harus bertanggungjawab membayar semua tuntutan kerajaan negeri terbabit seperti yang terkandung dalam perjanjian yang saya lakukan kerana ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.
“Memanglah ramai yang membuat tafsiran salah berhubung kenyataan saya itu hingga ada yang menuduh lebih memihak kepada pembangkang dan saya ingin jelaskan kenyataan itu adalah hakikat yang patut kita sama-sama selesaikan,” katanya.
Beliau berkata segala perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas ketika itu juga mendapat persetujuan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan semuanya terkandung dengan jelas dalam akta petroleum berkenaan.
“Saya bukan nak berada di sebelah mana-mana pihak berhubung tuntutan berkenaan dan apa yang saya lakukan itu untuk memberi faedah bersama termasuk rakyat. Jika rakyat mendapat manfaat sudah tentu akan menyokong kita pada PRU-13 tidak lama lagi,” katanya.
Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Tengku Razaleigh berkata, persiapannya sudah diatur dengan baik khususnya di bahagian Gua Musang bagi mengekalkan kubu kuat Umno di Kelantan itu yang tidak pernah tewas kepada pembangkang.
“Saya mempunyai strategi sendiri bagi mengekalkan kemenangan itu, tetapi pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik, tetapi saya harap sokongan mereka tidak berubah dan memberi kemenangan kepada BN,” katanya. — Bernama

Friday, August 24, 2012

Johor MB expects to lose nine seats

Johor has always been touted as the bastion of Umno, but one wonders if it really is so, given the inroads the opposition made in 2008.
In the 2008 general election, there was a 14% swing to the opposition. What has happened to that swing? It is increasing and getting stronger.
And this has got the menteri besar worried, intimating to his Umno division heads in one meeting that he expects at least nine parliamentary seats and up to 16 state seats to fall to the opposition in the 13th general election.
That means he has not discounted fully the swing to the opposition.
He has acknowledged that, at best, with all the efforts and the bribery that Umno has carried out, the party has only managed to claim back some 5%.
That means there is still around a 9% swing with the opposition.
Based on that conservative assumption, the nine parliamentary seats are indeed in jeopardy.
My personal view is that Pakatan Rakyat can win the nine parliamentary seats and more.
Umno and Barisan Nasional is dicey in at least six more seats – Tanjung Piai, Gelang Patah, Pulai, Pasir Gudang Tebrau, Simpang Rengam and Parit Sulong.
Which really means, Pakatan could end up with between nine and 15 seats.
Will Shahrir contest?
Having said that, there is also the Johor Baru seat to consider. JB has a sizeable Chinese population which should prove to be a boon to Pakatan.
The determining factor here would be Umno’s choice of candidates. If Shahrir Samad chooses to retire, then JB will fall to Pakatan.
Shahrir can only be persuaded to stand if the Umno people can stoke his contempt for Anwar Ibrahim.
Shahrir himself is not that confident. He has said privately that most of the faces he sees in JB are not familiar to him.
The other seat which I am interested to see is Pulai. It’s currently held by UDA Holdings Bhd chairman Nur Jazlan Mohamed Rahmat.
Nur Jazlan is a decent fellow but has recently been the victim of Umno’s habit of practising infanticide. It kills off its young talent.
When Nur Jazlan came up with a strategy of raising money for UDA with the redevelopment of the Pudu Jail area, he became a victim to the ravenous appetite of Umno warlords ever on the lookout of using government to make tons of money.
And that has not gone down well with him and his supporters.

Thursday, August 23, 2012

福利国(第一章) : 序言



SETELAH 54 tahun mengecapikan kemerdekaan dan bergelar negara yang berdaulat, kini kita masih menghadapi kemelut dan krisis yang tidak berkesudahan. Cita-cita membina sebuah negara yang bersatu-padu, makmur dan sejahtera rakyatnya masih gagal. Gejala salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah semakin membarah dalam kalangan mereka yang berkuasa
.
我国已独立54年及获称为君主国家,至今,我们依然面对无止境的危机及风暴。祈望建立一个团结、繁荣及和平的国家的愿望依然不成功。滥权、盗用及贪污现象在当权者中越见严重。

Ekonomi negara terus dibebani dengan kegagalan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, jurang perbezaan kaya miskin yang semakin melebar, pembaziran dalam berbelanja, ketirisan perbelanjaan dan peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan. Masyarakat Malaysia terus menghadapi peningkatan permasalahan sosial, termasuklah peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan akhlak
.
国家经济负担越见加重,政府不能够提高人民的生活素质、贫富差距越见严重、挥霍浪费、开支存有漏洞及国债已达到一个令人担忧的程度。大马人民面对越来越多的社会问题,包括犯罪率不断地飙升及道德败坏等事项。

Dalam mendepani kemelut dan krisis ini, PAS tampil menawarkan paradigma baru dan model penyelesaian yang bukan sahaja menjanjikan yang lebih baik, tetapi paksinya dibina di atas landasan yang unik lagi berbeza. Memulihkan sebuah negara yang sedang mengalami kemelut dan krisi yang berpanjangan bukanlah satu usaha yang mudah
.
面对如此的危机及风暴,伊斯兰党提呈了一项全新的模式及解决方案,此方案不但承诺更多,同时,也建立在不同及独特的轨道上。为了长远重建一个满布危机及风暴的国家,这是一项不容易的事项。

PAS mengambil sikap bersabar lagi bijaksana dalam melakukan usaha tersebut dengan menekankan betapa pentingnya latar belakang masyarakat Malaysia menjadi pemandu kepada pembinaan sebuah Malaysia baru.

伊斯兰党以沉稳及充满智慧的方式,不断努力突显大马社会背景对于建立新大马先驱的重要性。

PAS berkeyakinan, Islam yang telah menjadi latar belakang budaya dan cara hidup sejak lebih 800 tahun yang lalu di rantau ini, perlu menjadi tonggak ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan yang beramanah, adil dan bersih ke arah kelahiran sebuah Negara Berkebajikan.

在800年前,伊斯兰教的文化及生活方式已融入此区域,伊斯兰党充满信心,伊斯兰教必须成为主干,以创造一个拥有值得信赖的领导者、公正及干净的福利国。

Terkeluar Islam jika persenda hudud


Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. 
"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. 
"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. 
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. 
"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.- Malaysiakini

Tuesday, August 21, 2012

Karpal Nasha : isu kecil yang dimanupulasi

PKR perpendirian bahawa isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai perkara kecil, yang tidak akan mendatangkan apa-apa keburukan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, isu antara kedua-dua pemimpin itu bukan perkara yang besar, sebaliknya media yang telah menggembar-gemburkan supaya nampak rumit dan menimbulkan pelbagai spekulasi liar terutama oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin perkara membabitkan Karpal dan Nasharudin akan berakhir tanpa sebarang tindakan mahkamah kerana ia hanya tindakan spontan Pengerusi DAP tersebut apabila dilabel anti-Islam oleh bekas Timbalan Presiden Pas.

"Kita tak nampak isu antara Karpal dan Nasharudin itu akan berlarutan sehingga ada tindakan mahkamah. Isu itu hanya diperbesarkan oleh pihak media.

"Saya yakin kenyataan Karpal baru-baru ini hanyalah kenyataan spontan apabila mendapat tahu ada yang mengandainya sebegitu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pada Jumaat lalu, Karpal memberitahu bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin berhubung kenyataan yang melabelnya sebagai anti-Islam.

Sehubungan itu, Sabtu lalu, Nasharudin berkata beliau bersedia untuk bertemu di mahkamah jika  Karpal mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.

Justeru, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, bagaimanapun isu yang melibatkan sensitiviti seperti keagamaan telah dibincangkan oleh semua pemimpin PR supaya lebih berwaspada dalam membahasnya untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini.

"Kita memang ada memberi nasihat dan membincangkan soal yang melibatkan sensitiviti masyarakat ini supaya tidak terlalu diperbahaskan sesuka hati.

"Tapi jangan anggap perkara ini boleh melemahkan PR. BN sendiri ada perbalahan antara pemimpinnya dan yang pasti lagi teruk daripada PR," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada PKR akan bertindak sebagai orang tengah dalam isu Karpal-Nasharudin, Fuziah berkata, "isu ini kecil, tak perlu dibesar-besarkan."

Friday, August 17, 2012

RESPON SAYA KPD KOMEN DI FMT : ‘I’ll not allow anyone to insult Islam’- Ustaz Nasha

Semasa saya membaca artikel FMT seperti tajuk di atas, seorang pembaca memberi komen berikut. Saya terpanggil untuk memberi respon kepada komen beliau kerana ada satu ayat yang tidak tepat dan boleh dikira sebagai menghina hukum Islam.

Nasharuddin Mat Isa, what are you talking about? Mr.Karpal only against the unfair hudud law not Islam. Please wake up and understand it. On this "HOLY" month don't ever try to telling lies, rubbish and do all nonsense. If you want to join corrupted UMNO and against islam teaching please quit PAS don't insult others. TQVM.-Komen  oleh GS GUAN TRADING

 Dear Mr Guan, 

I don't think YB Karpal is against Hudud because it is UNFAIR but rather he believes that it is UNCONSTITUTIONAL. Some of the crimes in Hudud, eg adultery, alcohol intake,  is not a crime in our civil/criminal law but is a crime in Islam. There are Islamic laws in murder, robbery etc which now is under the jurisdiction of our criminal laws/penal code. I can understand YB Karpal's concern. He cannot accept it because if hudud laws are implemented, it would mean that we have 2 parallel systems for the same crime. Hence his objection. However,we already have a dual judicial system in Malaysia -the civil and the syariah courts. Hence we should study carefully both and see how we can reconcile or integrate the two. If we refuse to this, Malaysia will remain divided. 

It is the obligation of the powers (for now BN) that be to increase the understanding of Hudud laws instead of totally rejecting or accepting. Islam is not rigid and the door to ijtihad is open. The important thing is to have an open mind and listen to all sides. Even Muslims are vague on the implementation, what more the non muslims. It is unfair for anybody to ask muslims and PAS to forget about Hudud as it is embedded  in our article of faith. However, there have been in Islamic history the shelfing and postponement of laws under certain circumstances. That is why there must be debate and open discussion to the feasibility of implementation in current times and what are the conditions and situations that will make it obligatory  for muslim leaders to establish hudud. At the end of the day, the rakyat will decide DEMOCRATICALLY to accept Hudud as part of law or reject it. 

As it is PAS has already enter into a pact to "shelf" the implementation if PR win GE13 as reiterated many times by PAS leaders. The priority now is to unseat BN because BN has abused its powers and PR wants to return good governance, decimate corruption, free the media,  etc. PAS believes a lot more can be achieved for islam (and Malays) and the rakyat with PR than with BN. BN has been hypocritical in their stand on Hudud bringing up the issue now (through their NGOs and mainstream media) so as to split Pakatan Rakyat and split the rakyat's support for PR especially among the Muslim Malays.

Wednesday, August 15, 2012

Sunday, August 12, 2012

Politik Sabah semakin getir buat Barisan Nasional

Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.
Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.
Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.
Dalam ucapannya, Maijol  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.
Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
"Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dia telah mencipta satu semangat untuk berubah di Malaysia dan ini akan mencetuskan sistem dua parti dan saya menyokong perkara ini," katanya lagi.
Maijol juga menjangkakan lebih ramai lagi yang akan melompat setelah pada bulan lalu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar dari parti masing-masing untuk menyokong PR.
Kedua mereka berada di rumah Maijol hari ini, keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Hanya selepas beberapa hari mereka meninggalkan parti, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RCI yang diputuskan kabinet pada 8 Febuari yang lalu.
Perdana menteri juga memberitahu lapan perkara dalam penubuhan RCI di Kota Kinabalu semalam, selepas bertemu dengan pemimpin BN negeri.

Gov’t told to explain casino firm's involvement in FGVH listing

The BN federal government has been told to explain a report claiming casino operator Genting Berhad being allocated 407,005,000 or 12 percent shares in Felda Global Venture Holding before selling them to government-linked agencies.

Citing a Bloomberg Peers report, chairman of FELDA whistleblower group National Felda Settlers’ Children Association (ANAK) Mazlan Aliman said Tabung Haji, Employees Provident Fund (FGVH) and Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) had taken up the FGVH shares owned by Genting between July 16 to August 9.

“Why Genting sold off its shares? Is it proxy to some leaders? Why public funds were used to purchase the disposed shares?” asked Mazlan.

Mazlan earlier exposed that Louis Dreyfus and Bonge Limited, both companied linked to Jews, had been involved in FGVH.

Earlier, it was reported that KWAP had bought a whopping 64.11 million shares in FGVH on its initial public offering (IPO) debut on June 28, amounting to about 24.5 percent of the day’s total trading volume of 262 million shares.

Based on the lowest trading price of RM5.24 for the day, the transaction would have amounted up to RM335.94 million.

With the fall in price of global palm oil, speculation is rife that public funds through public institutions were used to sustain FGVH’s share price ahead of the 13th general election.

FGVH’s share price has been on a decline since the listing, dipping to RM4.99 last week before slight recovery to close at RM5.12 yesterday after reaching a peak of RM5.50.

Iftar PAS Kota Raja

Petang tadi berlangsung iftar bersama PAS Kawasan Kota Raja


Saturday, August 11, 2012

Semarak kasih

Petang semalam berlangsung program semarak kasih anjuran Lajnah Kabajikan PAS Selangor bersama PAS Kota Raja.

Majlis berlangsung dimarkaz PAS Kota Raja dan dihadiri oleh YB Dr Rani selaku Pesuruh Jaya PAS Selangor, Ustazah Mariam, Cikgu Jaafar.

Majlis tersebut adalah sebagai memberi penghargaan kepada bekas pemimpin serta petugas PAS yg telah berjuang sejak sekian lama bagi mempertabatkan PAS sehingga hari ini.

Thursday, August 9, 2012

Hasutan Umno berapi-api

NONE
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata,Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut.

"Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi.

"Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim.

Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.

Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi".

"Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, di Pulau Pinang, setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari turut membuat laporan polis berhubung laporan Utusan itu.

Monday, August 6, 2012

Royalti, Mahkamah Rakyat dan Rakyat Hakim Negara


Isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan kembali menjadi perbualan hangat apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isu ini mula timbul sebaik sahaja PAS berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999. 

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali “Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan” tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.

Malahan Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan”. 

Lebih malang lagi ada menteri dan pimpinan Umno negeri Terengganu sendiri yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas hanyalah merupakan suatu MOU sahaja. 

Begitu juga apakah yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri PAS Kelantan. 

Kalangan kepimpinan Umno juga menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. 

Malahan menurut pimpinan Umno, dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri. 

Sebab itulah Kelantan hanya layak menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta setahun yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan melalui ajensi kerajaan pusat iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dalam pertikaian isu royalti ini, kerajaan PAS Terengganu telah menfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan Persekutuan untuk menuntut kembali royalti minyak berdasarkan kepada perjanjian yang di tandatangani pada tahun 1975. 

Bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan setiap negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz turut memfailkan saman terhadap Petronas bagi menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum yang diperoleh di luar pantai negeri berkenaan yang tidak dibayar sejak 2004. 

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri. 

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun serta berniat meyiksa rakyat yang telah memberi mandat kepada PAS memerintah negeri. 

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum rakyat Terengganu dan Kelantan yang 96 peratus adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun apa yang telah berlaku di negeri Terengganu adalah merupakan suatu pengajaran besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang cintakan keadilan. 

Sepanjang wang royalti Terengganu di rampas oleh kerajaan Persekutuan Umno/BN dan diletakkan dibawah ‘Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan’ negeri Terengganu sepatutnya berhak menerima royalti berjumlah lebih dari RM15.4 billion dari tahun 2000-2009.

Malah jika diperincikan perbelanjaan ‘wang Ehsan’ yang diuruskan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh 11 tahun royalti yang di nafikan kepada kerajan Terengganu, mereka berbelanja berbilion-bilion semewah-mewahnya melalui projek-projek seperti pembinaan Taman Tamadun Islam,  Masjid Kristal, Monsoon Cup serta Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya. Begitu juga dengan pembinaan Zoo di Kemaman yang menelan belanja RM100 juta.

Wang ihsan yang kononnya untuk membantu golongan miskin seperti nelayan, petani, penarik beca di Terengganu di jaja secara meluas sehinggakan rakyat Terengganu di perangkap dan terpenjara dengan ‘budaya subsidi’ Umno/BN. 

Rakyat terus dihimpit kemiskinan dan Trengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 17.3 peratus dengan rakyatnya kebanyakannya hidup miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, walaupun pendapatan per kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.

Umno/BN telah sejak berpuluh tahun melakukan sabotaj dan menganak-tirikan kerajaan pimpinan PAS. Mereka sanggup mencabul prinsip demokrasi berparlimen dan konsep Federalisma walaupun bertentangan dengan perlembagaan negara kita sendiri.  

Namun,  ‘Mahkamah rakyat’ yang akan menjadi penentu.  Biarlah rakyat yang menjadi hakim dan membuat penghukuman terhadap siri kezaliman pemimpin-pemimpin Umno/BN terhadap pemerintahan Tok Guru di Kelantan sekarang ini.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts