Thursday, December 30, 2010

Pedulikah UBN dengan amaran SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak menjalankan sebarang bentuk kempen di DUN Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula 22 Januari ini.

Pengarah SPR Johor, Othman Noh berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini, berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya dalam sidang media di Johor Baharu.

SPR menetapkan 22 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Allahyarham yang mewakili BN memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi, menewas calon PAS, Mohd Saim Siran.

Othman berkata, SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.

SPR, katanya, mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil tersebut, berbanding 73.5 peratus dalam pilihan raya umum lalu.

Presiden PAS lancar 'Kita Bersaudara' 9 Jan

'undi awal' ganti 'undi pos'.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melaksanakan 'undi awal' menggantikan sistem undi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata, SPR sedang mengkaji cadangan penambahbaikan undi pos sedia ada yang kini masih dalam perbincangan dan di peringkat awal.

"SPR mendapati sistem undi pos digunapakai terlalu rigid (ketat) sampai ada tiga sampul dan satu borang perlu diisi oleh pengundi," katanya menjawab soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua semasa ditemuramah dalam program Bicara Rakyat bersama SPR di TV1, malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Batu Sapi dianggarkan 150,000 undi pos terpaksa ditolak, katanya merujuk jumlah undi pos yang rosak.

Tian Chua yang juga naib presiden PKR antara penonton yang hadir dalam program itu.

Menurutnya, dijangkakan penambahbaikan sistem undi awal itu memudahkan anggota tentera dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengundi.

NONESPR akan memperluaskan kepada pengamal media yang bertugas pada pilihan raya itu, ujarnya.

Abd Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan wujudnya sistem undi pos tidak telus di sesetengah kawasan.

"Berdasarkan rekod SPR lalu, undi pos tak semestinya satu-satu parti itu menang.

"Ia (dakwaan) tidak benar sama sekali, ini kerana faktor kemenangan bergantung kepada sentimen rakyat di kawasan itu," ujarnya lagi.

Wednesday, December 29, 2010

Cubaan Guling Kerajaan Selangor

Posting sebelum ini, Hasrat BN rampas Selangor berkecai kerana Umno Negeri tidak punya kekuatan dan modal yang mencukupi bagi menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin popular dan menonjol dihati rakyat di Negeri ini.

Tidak cukup dengan itu Umno selangor benar-benar ketandusan pimpinan yang boleh diketengahkan bagi menjana kemenangan dalam PRU 13 akan datang.

Dalam keadaan yang semakin terdesak  ini akhir nya keputusan pahit  ini terpaksa diambil iaitu mengetengahkan outsider untuk mengepalai Umno Selangor. Ini orang pun banyak masaalah dan hampir tumbang jika tidak diselamatkan oleh undi askar pada tahun 1999 yang lalu. 

Terbaru kita diperlihatkan seperti ada cubaan untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor dengan cara pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalism 

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.  

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya. 

Menurut beliau, sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.

"Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan-kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan 27 Disember lalu bahawa Khusrin, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2011.


Menurut beliau lagi apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ia dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Jawatan SUK, menurutnya, jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Oleh itu, SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif.

"Namun realiti yang berlaku di Selangor, Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontroversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria-ia benar menabalkan Khusrin sebagai SUK Selangor?

"Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan, tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi? ke mana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini? Apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan?

"Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional, tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme.  Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik," jelasnya
.
Beliau berharap rundingan Menteri Besar dengan pihak Sultan Selangor akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri, malah demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.

"Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Duli Yang Maha Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar," katanya.... sumber : harakahdaily.

Monday, December 27, 2010

Hasrat BN rampas Selangor berkecai

Hasrat UBN Selangor untuk merampas Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat awal-awal lagi sudah berkecai. 

Sekali pun dimomokkan kononnya akan ada perubahan kepada kepimpinan dikalangan anak negeri untuk mengambil alih Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tapi itu hanya jadi angan-angan Mat Jenin sahaja dikalangan pimpinan negeri. Hakikatnaya pada pandangan pimpinan Umno Pusat "hampir tiada @ langsung tiada" dikalangan pimpinan negeri yang mempunyai kelayakan walau pun sekadar minimum untuk mengambil alih jawatan tersebut selepas Khir Toyo.

Pengumuman oleh Ku Nan hari ini tentulah amat mengecewakan pimpinan Negeri yang diketuai oleh Noh Omar serta menjatuhkan maruah keseluruhan Umno Selangor kerana sumbangan mereka selama ini tidak nampak walau sebesar kuman pun oleh pimpinan Umno Pusat.

Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan sama sekali pimpinan Umno sedia ada termasuk Noh Omar dan Khir Toyo. Umum mengetahui bahawa Umno Selangor beriya-iya bekerja kuat dan menunjuk-nunjuk kepada DS Najib kesediaan mereka untuk mengambil alih jawatan PPUS (Pengerusi Perhubungan Umno Selangor), termasuk menggunakan Ezam Sesumpah untuk membantu anak negeri menunjukkan kekuatan menentang kerajaan Pakatan Rakyat.

Mereka menyerang kerajaan Negeri dengan cara yang paling tidak bermaruah dan menjijikkan tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat sedia ada terus utuh memimpin kerajaan negeri dan terus mendapat peningkatan sokongan dari masa kesemasa oleh rakyat negeri ini. Ini lah yang melemaskan pimpinan negeri dan memuakkan pimpinan Umno Pusat.

Hari ini Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini mengumumkan bahawa presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing akan kekal mempengerusikan badan perhubungan Umno negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pengumuman ini merupakan petanda awal bahawa kedua-dua negeri ini akan kekal dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang.

Saturday, December 25, 2010

Khir Toyo

1. Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

2. Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

3. Terdapat kira-kira 400 ribu guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya : Baca seterusnya di sini

Friday, December 24, 2010

"Double Standard"

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.

"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari.

Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak.

Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN.

"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.

Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya.

"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon.

Tuesday, December 21, 2010

Karpal tutup ruang UBN eksploitasi isu "Langkah Mayat Saya"

UBN boleh melopong dan ternganga mendengar ucapan Karpal Singh ini. Selama lebih 20 tahun mereka mengeksploitasi isu "Nak tegakkan negara Islam ... Langkah mayat saya dulu" kini sudah dilenyapkan sendiri oleh tuan empunya badan.

Jika kata-kata serta penerimaan Karpal terhadap Negara Islam hanya digembar gemburkan dalam bentuk tulisan, ramai boleh mempertikaikannya, tapi video ini menjadi bukti bahawa bukan sahaja beliau menerima negara Islam tetapi turut memuji PAS serta menerima Tok Guru Tok guru PAS.

Bila orang macam karpal Singh yang selama ini dituduh macam-macam oleh UBN, tetapi kini membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dinyatakan oleh mereka kerana sesungguhnya beliau dalam keadaan OKU pun masih mampu memberi pukulan maut pada UBN, Ini lah yang dikatakan "Karpal memang punya kelas tersendiri"

Sementara itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin veteran DAP, Karpal Singh yang terbuka untuk berbincang isu negara Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, merakamkan ucapan tahniah itu melalui satu kenyataan di sini hari ini.

“Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia,” katanya.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas kelmarin berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Tuan Guru Nik Aziz dan Karpal, dua tokoh politik Pakatan Rakyat yang sebelum ini dilihat bertembung dalam isu negara Islam dan dieksploitasi sepenuhnya media pro Umno.

Karpal sebelum ini pernah menyebut kepada PAS agar 'langkah mayat beliau dahulu jika PAS bertegas mahu meneruskan hasrat membina Malaysia sebuah negara Islam.

Manaka Tuan Guru Nik Aziz pula dalam responnya kepada Karpal sebelum ini, mahu ahli parlimen Bukit Gelugor itu menyatakan di mana salahnya dengan Islam itu.

Dengan penegasan terbaru Karpal itu, media pro Umno kini dilihat hilang punca sekaligus menamatkan isu tersebut dari terus dimanipulasi mereka.

Sunday, December 19, 2010

Karpal memang punya kelas tersendiri

Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka. 

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.


“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini Jun lalu.

Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”

“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.

“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal Jun lalu.

Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk Pakatan Rakyat. Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

Dalam ucapannya, Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar, yang menurutnya merupakan satu fitnah. Sehubungan itu, Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti, dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

“Saya ada beri Anwar amaran, bukan nasihat tetapi dia tak dengar,” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin, masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini. Oleh itu kata Karpal, Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. (The Malaysian Insider)

TGHH & Konvensyen Pakatan Rakyat

Tinggalkan tafsiran sempit perkauman Umno

KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS mengajak rakyat Malaysia meninggalkan tafsiran sempit perkauman Umno/Barisan Nasional dan menobatkan prinsip keadilan sejagat demi menyelamatkan masa depan negara.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis pembukaan konvensyen kedua Pakatan Rakyat pagi ini mahu rakyat menolak corak pemerintahan yang telah terbukti mencipta rekod buruk melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan di negara ini.

Islam, kata beliau mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Beliau turut menyelar permainan busuk media yang memutar belit pendirian PAS dan Pakatan Rakyat berhungan Islam dan Bahasa Melayu.

"Sengaja ditimbulkan tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah (dalam isu Melayu dan Islam).

"Hakikatnya kita (Pakatan) telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum," jelas beliau.

Berucap di hadapan lebih lebih dua ribu perwakilan dan pemerhati di dewan Milineum itu beliau mengingatkan para pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat supaya sentiasa waspada dengan permainan pihak lawan yang sentiasa cuba menimbulkan keadaan tidak selesa dan perpecahan.

"Semua pihak perlu lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini agar jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang," kata beliau. -harakahdaily
Presiden PAS Akui Wujud Kelemahan Dalam Pakatan Pembangkang

KEPALA BATAS, 19 Dis (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam Pakatan Pembangkang (PR) apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata kelemahan itu merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang.

Ada ketikanya Pakatan Pembangkang juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan pada Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua sehari di Dewan Millenium di sini Ahad.

Konvensyen itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan Pembangkang kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka.

Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan Pembangkang tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN.

Sementara itu Lim ketika berucap di konvensyen itu berkata Pakatan Pembangkang telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya.

Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan Pembangkang kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain.

Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Pembangkang, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan.

"Dakwaan yang Pakatan Pembangkang merosot dan menghadapi masalah dalaman sehingga akan dibubarkan adalah salah, sebaliknya kami sentiasa bersatu dan konvensyen ini membuktikan PR masih kukuh," katanya pada sidang akhbar di konvensyen itu di sini.

Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut. -- BERNAMA

Saturday, December 18, 2010

TGNA : Sepakatkan Pakatan Rakyat

 Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut  Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. 

Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):
Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

11.53 juta, jumlah terkini pemilih berdaftar

Sebanyak 177,857 permohonan pengundi baru telah didaftarkan bagi tempoh Julai hingga 30 Sept lalu mengikut Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Ketiga 2010 yang diwartakan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini berkata DPT itu mengandungi 205,183 pemilih, termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dengan pewartaan itu, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini ialah 11.53 juta orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 57,036 orang telah dikeluarkan daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara, kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu menyebut SPR belum dapat menyelesaikan 580 bantahan melibatkan 37 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diterima sepanjang pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2010 pada 27 Okt hingga 2 Nov lalu.

"Oleh itu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi 37 bahagian berkenaan tidak dapat disahkan dan perlu ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan," kenyataan itu dipetik.

Sebanyak 1,290 tuntutan melibatkan lapan bahagian pilihan raya Parlimen juga diterima sepanjang pameran itu dan telah dapat diselesaikan dan nama-nama pemilih yang terlibat telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam DPT suku ketiga tahun ini.

Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Ketiga ini boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan sebarang pertanyaan berkaitan hal itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Wednesday, December 15, 2010

Gantung lagi & lagi

Tidak pasti selepas ini siapa lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan digantung dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Ada petunjuk bahawa lebih ramai lagi yang bakal digantung sehingga mencukupkan bilangan majoriti 2/3 ahli dewan dikuasai BN.

Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONEKedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

Tindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.

Tuesday, December 14, 2010

Live : Ceramah PR Parlimen Kota Raja : Dual Party System

Ucapan YB Dr Siti Mariah Mahmud


1. Diamalkan di Britain, Australia dan lain-lain.

2. Malaysia belum bermula lagi, dan atas kehendak rakyat sejak 2008 rakyat telah memaksa 3 parti utama PAS, PRK dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat.

3. Kemantapan PR membuat UBN terasa amat tercabar. Setiap tindakan PR amat dicemburui oleh UBN dan akhirnya mereka ikut dan tiru apa yang PR buat.

4. Umno kata mana mungkin PAS, PKR, DAP bersama, tetapi PR akan buktikan bahawa apa yang Umno kata adalah silap dan mereka akan menerima ancaman maha dahsyat menjelang PRU akan datang.

5. DAP telah mula memahami aspirasi PAS.

6. Tujuan tubuh Dual Party adalah untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional.  Itu yang paling utama.

6. PR telah hantar ke ROS sejak April supaya dalam PRU akan datang boleh menggunakan lambang yg sama.

7. Harapan adalah supaya BN tumbang pada PRU akan adatng.

Saturday, December 11, 2010

Berubah Sekarang

‘Berubah Sekarang' menjadi tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua yang bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 18 dan 19 Disember ini.
Tema yang nampak garang pastinya mencernakan kesungguhan kerja yang lebih cemerlang jika mahu menjayakan hasrat ke Putrajaya sekaligus menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang medianya bersama Setiausaha Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Setiausaha Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusuf di luar dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) petang semalam menggariskan beberapa perkara yang menjadi keutamaan perbincangan.
Antaranya, kata Mujahid persediaan Pakatan Rakyat merancang strategi bagaimana untuk memenangi hati rakyat agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat ketika menghadapi BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Keduanya, mengemukakan beberapa polisi seperti cadangan meningkatkan ekonomi, memajukan sosio budaya, mempereratkan keakraban bersama serta tidak ketinggalan mendedahkan kepada rakyat tentang kejayaan yang telah dicapai sepanjang memerintah di empat buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang menjadi ikon pentadbiran yang telus dan bersih.
Negeri Perak juga katanya, turut mempamerkan beberapa kejayaan sebelum dirampas oleh BN dengan cara kotor dan tidak demokratik.
Beliau turut menjelaskan logo yang bertemakan warna oren berlatar belakangkan warna putih menunjukan keserasian antara parti yang bergabung di bawah naungan Pakatan Rakyat.
Gambar tiga individu pula memberi makna tiga parti sedia bersatu menumpaskan BN yang begitu angkuh semasa memerintah.
Cahaya matahari pula, katanya menunjukan harapan baru kepada Pakatan Rakyat bertekad menuju ke Putrajaya sementara sinaran menggambarkan sokongan yang terbit daripada badan bukan kerajaan (NGO), rakyat yang senantiasa berharapkan perubahan dan media yang selalu berlaku adil membantu Pakatan Rakyat mereaslisasikan perubahan sebagaimana dalam manifesto masing-masing.
Manakala pancutan air pula memberi makna kehidupan yang melimpah ruah menanti kemenangan Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberikan kepercayaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Menurut  Mujahid lagi, logo itu sekaligus memberi nafas baru kepada Pakatan Rakyat untuk menandingi kekuatan BN yang hanya bergantung pada wang ringgit, media yang berat sebelah serta jentera kerajaan.
"Kita akan menanti BN selepas ini dalam padang pilihanraya.  Bagaimana pun logo yang digunakan ketika konvensyen itu bukan logo Pakatan Rakyat. Jangan salah anggap," ujarnya kepada wartawan.

Wednesday, December 8, 2010

Mulakan segera JANGAN tunggu

Wa'ala pada pimpinan, itu syarat untuk mencapai kemenangan. Apa tunggu lagi, arahan oleh Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia, AF Ustaz Idris Ahmad.

Naikkan lah banner seperti dicadangkan oleh beliau, antara tulisan banner yang menarik tumpuan ramai yang anda boleh pilih ialah;-

1. "Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”

2. “Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”

3. “Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”

4. “Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”

5. “Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”

6. “Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”

7. “Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”

8. “Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”

9. “Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”

10. “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”

11. “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”

12. “Selamatkan Negara Daripada Muflis”

13. “Mana Wang Petronas Dihabiskan?”

14. “Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”

15. “Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”

16. “Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”

17. “Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”


~ al-bakistani

Monday, December 6, 2010

Lawatan Kerja ke Andalas

Pada pagi tadi YB Dr Siti Mariah, YB Dr Xavier, Ahli Majlis MPK Sdr Azmi Jusoh serta para pegawai Majlis Perbandaran Klang telah melakukan lawatan kerja di Pekan Sri Andalas.

Lawatan ini dibuat hasil aduan yang dibuat oleh Ahli Majlis tentang permasaalahan yang dihadapi oleh pekedai-pekedai disana.

Alhamdulillah para pegawai MPK memberi persetujuan untuk memperbaiki semua masaalah yang dihadapi disana.

 Bersama Azmi Jusoh dan pegawai MPK
 Turut serta Yb Dr Xavier

 Bertanya sesuatu kepada peniaga kecil
 Menerima aduan terus dari peniaga dan pengunjung Sri Andalas

Keletihan nampaknya AJK PAS Kawasan, Pn Azimah dan rakan yang mengiringi YB dalam lawatan ini.

Wayang kulit BN

Menjelang PRU 13, sehari selepas Konvensyen Barisan Nasional, sehari selepas YDP Agong setuju terima Memorundum dari MB Selangor, sehari selepas kononnya GAPS hantar memo ke istana tentang 30 penyelewangan Kerajaan Negeri Selangor.

Ah .... mari kita catatkan ribuan  bentuk penyelewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini selama 50 tahun UBN memerintah. Uh banyaknya tak terkira, anda sendiri semua tentu tahu, dan bolehlah mula mencatat  pada kertas kosong kut-kut puak Umno diwarong kopi nanti kata, umno sesuci embun pagi... lalu anda campakkan catatan itu kepada mereka ... jika mereka menggeleng kepala ada harapan mereka faham, kalau sebaliknya memang mereka jenis UmNGOK.

Atas nama untuk membersihkan kerajaan Umno sebelum ini maka Khir Toyo ditahan SPRM jam 9.00 pagi tadi. Lama benar SPRM mengambil masa untuk menahan Khir Toyo, padahal terlalu banyak penyelewengan dilakukan oleh Dr gigi ini. Apa pun skrip sudah sudah siap .... Ending cerita macam biasa lah ... anda tentu tahu apa akan jadi selepas ini, kerana masih dalam episod drama yang sama.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 9 pagi tadi. 

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah. 

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk "Istana Khir" iaitu rumah ala Bali miliknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda. - BERNAMA

Sunday, December 5, 2010

Polis terlalu Mengganas

Gambar ini menceritakan apa yang berlaku sebenarnya di hadapan Stesyen KTM berhampiran Masjid Negara, Polis bagai dirasuk membedil berpuluh-puluh peluru kearah kami tanpa rasa ehsan walau pun  Negeri ini ialah Selangor Darul Ehsan.

Tidak cukup dengan bedilan asap beracun, kami juga dibedil dengan meriam air yang mengandungi asid yang sungguh menyakitkan. Baca seterusnya disini

Saturday, December 4, 2010

Mohon Maaf Banyak-Banyak

Saya terima email dari YB Dr Siti Mariah ingin memaklumkan kepada semua yang terlibat bahawa semua program yang melibatkan kehadiran Dr Mariah di Parlimen Kota Raja esok Ahad 5hb Disember 2010 termasuk beberapa banyak jemputan walimatul urus dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielak.

Diharap semua penganjur program dapat memahami perkara ini termasuk rakan taulan dan sahabat seperjuangan serta bapa dan ibu pengantin.

YDP Kawasan Kota Raja juga sudah memaklumkan bahawa semua program termasuk Pendemokrasian ditangguh pada esok hari untuk menggerakkan seluruh ahli dan jentera ke Perhimpunan di Masjid Negara jam 12 tengahari esok.

YB memaklumkan hanya 2 program yang beliau akan terlibat esok

1. Demo
2. Mesyuarat JPP

Diharap semua pihak dapat menerima berita ini dengan hati yang terbuka demi untuk perjuangan rakyat menentang kezaliman UBN dan Kerajaan Pusat. Semua Ketua Cawangan & Ketua Kampung diharap dapat memaklumkan perkara ini kepada yang terbabit.

Sekretariat Parlimen Kota Raja.

Friday, December 3, 2010

Bukan setakat 4 tapi 5 termasuk AIR akan NAIK

azlanDi Selangor bukan setakat 4 barang keperluan yang akan naik tapi termasuk air sudah jadi 5.

Siapa yang gembira dengan semua kenaikan harga dibawah?

Adakah penyokong dan pengundi Umno & Barisan turut bergembira dan bertepuk tangan dengan pengumuman kenaikan harga barangan tersebut sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi, kepada kerajaan walau pun golongan miskin akan menjadi semakin papa kedana selepas ini?

Tidak cukup dengan itu Kerajaan Pusat terus bersekongkol pula dengan Raja Air yang kini kehulu kehilir bersama BAPAK untuk tunjuk baik kepada rakyat sebagai menunjuk-nunjuk kepada Najib diatas sokongan beliau untuk menaikan 37% harga air di Selangor. Apa kan tidaknya Rozali sedang berusaha untuk menambah lagi 37% dari gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)  yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan. Lepas ni kira sendirilah berapa pulak gaji dia.

Cukuplah setakat ini, penderitaan rakyat harus dihentikan, mengikut perkiraan beberapa siri kenaikan lagi akan dibuat sebelum kerajaan berlakun baik menjelang PRU akan datang.

Rakyat harus bersatu bangkit menentang kezaliman ini dengan melakukan tsunami kedua seterusnya menjatuhkan kerajaan yang kejam kepada rakyat kepada kerajaan yang membela dan memberi keadilan kepada rakyat.

Dengan harga gula, air dan gas naik, saya tidak pasti berapakah kenaikan harga teh tarik yang membuatkan mamak terus kaya raya membiarkan rakyat jadi papa kedana.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. 

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Saturday, November 27, 2010

Najib kata ON, Rosmah kata NO



Dalam ucapan YB Dr Siti Mariah sempena Hi Tea PAS Cawangan Teluk Menegun yang diadakan di Restoran Sri Sakuna Seafood sebentar tadi, Najib membayangkan untuk mengadakan PRU 13 pada bulan March tahun hadapan dan beliau juga menjangkan tarikh tersebut paling sesuai untuk memastikan UBN menang dengan cemerlang.

Namun kehendak DS Najib ini disanggah oleh DS Rosmah dengan mengatakan bahawa jika diadakan pilihanraya pada waktu tersebut belum tentu boleh menang kerana katanya banyak lagi projek-projek yang dikendalikan olehnya belum dilaksanakan lagi.

Selain dari itu beliau juga mengingatkan ahli parti supaya bekerja keras bagi meneruskan kemenangan pada PRU akan datang. Oleh yang demikian beliau mahu supaya Program Pendemokrasian Rakyat fasa ke 2 ini dilakukan bersungguh oleh setiap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Ini penting kerana Umno meletakkan sasaran untuk mengambil semula negeri Selangor dalam apa keadaan sekali pun.

Selain itu terdapat kegiatan memindahkan pengundi dari kawasan lemah ke kawasan yang dirasakan boleh menang oleh pihak-pihak tertentu. Dalam RDPT suku tahun ke 3 yang lalu terdapat ramai pengundi yang telah dipindah tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

Selain itu Dr Mariah juga memberitahu seramai 18,000 orang isteri Polis minta ditukarkan dari pengundi biasa ke undi pos. Jika ini berlaku kita sudah tentu tahu bahawa undi isteri-isteri polis ini merupakan fixed deposite untuk UBN.

Beliau juga menegaskan bahawa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan memaksa SPR dan Kerajaan untuk meneruskan cadangan penggunaan dakwat yang telah dibatalkan sebelum PRU 12 yang lalu.

Baca lagi Ucapan Hj mohammad sabu didalam majlis ini, sila klik Mat Sabu kata "pergolakan dalam parti lumrah"


Tuesday, November 23, 2010

LGE jadikan Melayu PP merempat?

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain.

Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu.

Siapa yang bersalah?

Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China.

Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa?

Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu?

Siapakah yang memerintah Tanah Melayu?

Siapa yang memimpin Malaysia?

Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew?

Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa.

Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje.

Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus.

Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM.

Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%.

Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?.

Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor).

Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu.

Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina.

Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih.

Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor.

Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula?

Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka?

Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda?

Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang.

Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak. sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Wednesday, November 17, 2010

MP Kota Raja & ADUN Sri Muda di Majlis Qurban

Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana tetapi penuh kesyukuran disertai dengan semangat pengorbanan.

Sambutan diadakan ketika ada yang menghadapi pelbagai dugaan dan bencana, terutamanya di utara tanah air apabila beribu-ribu penduduk di Kedah dan Perlis terjejas akibat banjir sejak beberapa minggu lepas.

Banjir mengakibatkan lebih 77,000 orang daripada lebih 17,000 keluarga terjejas, namun kesemua mangsa bernasib baik kerana tidak perlu menyambut hari raya di pusat pemindahan mangsa banjir setelah keadaan kembali pulih beberapa hari lepas.

Sambutan Aidiladha dimulakan sejak awal pagi dengan umat Islam memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja bersama suami Dr Hakim menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al Maaruf Kampung Sri Nadi, Johan Setia. Selepas selesai solat beliau terus datang ke Taman Setia untuk bersarapan pagi di rumah Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Setia.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam mentaati perintah Allah S.W.T.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhan-Nya.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang diperintah Allah S.W.T. agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah S.W.T. dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

Mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Korban, masyarakat Islam tidak lupa untuk menunaikan ibadah korban apabila beratus-ratus ekor lembu, kerbau dan kambing dikorbankan di masjid-masjid, surau-surau, kampung-kampung dan juga taman-taman perumahan yang terletak di kawasan bandar.

Pada tahun ini YB mengadakan ibadah Qurban di Surau Sri Nadi, Jalan Johan Setia Klang, Beliau juga mengelilingi banyak surau-surau di Parlimen Kota Raja untuk bersama masyarakat setempat meraikan peserta dan petugas Qurban ditempat masing-masing.

Pada kira-kira pukul 12.50 tengahari beliau tiba semula ke Surau Al Ikhwan Taman Setia dan sempat mengagihkan daging Korban kepada petugas-petugas yang hadir seramai 412 orang (mengikut kupon yang dikeluarkan).

Selepas selesai makan tengahari beliau bergegas pulang untuk menemui ibu mentua dan anak-anak yang tidalkdapat bersama sejak pagi tadi, dalam masa yg sama saya mendengar beliau terpaksa menolak untuk hadir pada sebahagian surau yang lain, moga semua faham.

Sementara itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi YB Tn Shuhaimi Shafiee ADUN Sri Muda tiba di Surau Al Ikhwan Taman Setia untuk bersama-sama para peserta dan petugas Korban disana. Dalam masa yang singkat selain bertemu dan beramah mesra dengan para petugas dan penduduk setempat YB juga menunjukkan kemahiran luar biasanya dalam kerja melapah lembu.

Ketika lensa kamera dihalakan kepadanya semasa kerja-kerja melapah dibuat beliau berkata "orang pasti kata ini berlakun aje" ... katalah apa pun yang pasti beliau memang punya kemahiran yang tinggi dalam bab lapah melapah ni. Tahniah YB jangan peduli sangat persepsi orang ni.
 Beliau minta diri selepas hampir 45 minit bersama disana untuk Surau Kampung Baru Hicom pula.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts