Wednesday, December 8, 2010

Mulakan segera JANGAN tunggu

Wa'ala pada pimpinan, itu syarat untuk mencapai kemenangan. Apa tunggu lagi, arahan oleh Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia, AF Ustaz Idris Ahmad.

Naikkan lah banner seperti dicadangkan oleh beliau, antara tulisan banner yang menarik tumpuan ramai yang anda boleh pilih ialah;-

1. "Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”

2. “Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”

3. “Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”

4. “Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”

5. “Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”

6. “Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”

7. “Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”

8. “Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”

9. “Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”

10. “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”

11. “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”

12. “Selamatkan Negara Daripada Muflis”

13. “Mana Wang Petronas Dihabiskan?”

14. “Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”

15. “Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”

16. “Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”

17. “Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”


~ al-bakistani

4 comments:

  1. WEDNESDAY, DECEMBER 8, 2010

    PAS Masih Untuk Orang Kuat PAS

    Setelah tidak menjadi orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang.

    Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti. Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji.

    Dimana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

    Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja.

    Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

    Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS?

    Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS?

    Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

    Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang?

    Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

    Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun.

    Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

    Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga.

    Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai.

    Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

    Posted by Zolkharnain Abidin at 8:55 PM

    ReplyDelete
  2. pandangan yang bagus untuk direnungkan...janganlah kerana kita PAS..orang -orang UMNO dipandang sebelah mata..mereka pun orang yang beragama Islam..PAS pun adalah parti orang yang beragama Islam...sussah sangatke kita untuk bertolak ansur sesama Islam...Kuat Islam kerana orang melayu bersatu..kalau melayu berpecah belah dan tidak bersatu..percayalah suatu hari nanti Islam kita tidak kan kemana

    ReplyDelete
  3. Dari dulu azali lagi Islam ada tujuan..!, Islam for All, melayu hancur sekali pun, Islam tetap teguh kerna Islam agama akhirat, bersatu lah dibawah panji2 Islam.. kita akan selamat di dunia dan diakhirat kekal abadi..

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts