Sunday, June 5, 2011

Semarakkan Arahan ini

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir berikutan penerimaan surat dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
“Surat SPR sudah sampai ke pejabat saya untuk memberi taklimat kepada parti-parti politik,” jelasnya dalam sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar  Muktamar PAS ke 57.
Justeru, PAS menjangkakan sepanjang enam bulan ini, antara bulan Julai, September dan November adalah 3 tarikh kemungkinan PRU akan diadakan.
Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua peringkat partinya membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran. PAS mempertanggungjawabkan Dewan Pemuda kerana jumlah pengundi terbesar adalah dari golongan muda.
"Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda. Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," ujarnya gusar.
“Mesti ada 50% daftar pemilih menandingi parti lawan. Tetapi sekarang 30% pun masih belum dapat,” tegasnya memberitahu arahan kerja daftar pemilih telah dikeluar ke kawasan-kawasan.
Menjawab kesediaan PAS berhadapan PRU 13, beliau memberitahu Jabatan Pilihanraya PAS sudah mengeluarkan KPI list (key performance index) bagi dilaksana PAS Dun, Unit Peti Undi dan Cawangan bagi gerak kerja yang lebih sistematik.
Abdul Halim sebelum itu turut mengingatkan pentingnya PAS mengambil perhatian dan memperbaiki kelemahan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tenang dan yang terakhir Merlimau bagi mempersiapkan diri berhadapan dengan BN/Umno nanti.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts