Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada hari Ahad tidak menjadi sebarang masalah bagi Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.
"Tidak mengapa, kita akan hadapinya dan saya minta setiap rakyat ambil kesempatan ini untuk pergi mengundi.
"Bukan buang undi itu istilah lama," ujar beliau ketika diminta mengulas tentang tarikh tersebut yang dipercayai akan menyukarkan pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 telah ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.Pengundian awal ditetapkan 30 April dengan tempoh berkempen selama 15 hari.
Anwar yang juga Ketua Umum PR berkata, beliau tidak risau mengenai tarikh pilihan raya kerana mengakui jentera parti sudah bersiap sedia.
No comments:
Post a Comment
Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah