Friday, September 28, 2012

Gimik politik BN


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bajet 2013  yang dibentangkan hari ini satu lagi gimik politik Barisan Nasional (BN).

Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi cuba memberi gimik politik bagi memenangi hati rakyat.

"Ini hanya gimik politik. Jelas memang pembentangan Bajet 2013 ini hanya bermotifkan politik," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, rakyat sendiri bijak menilai motif permainan politik secara senyap yang cuba dimainkan oleh BN.

"Saya yakin rakyat bijak menilai ke mana perginya sebahagian besar wang  rakyat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyindir Najib kerana tiada sebarang bajet diperuntukkan bagi mengubah struktur tahap rasuah di negara ini.

"Masalah besar negara ini ialah penyelewengan dan rasuah,

"Perubahan besar bagi membendung masalah rasuah ini yang perlu dititikberatkan," tegasnya.

Anwar turut menegaskan yang Najib tidak sepatutnya menggunakan gimik politik ini bagi memenangi hati rakyat kerana rakyat negara ini mampu berfikir secara waras bagi menilai sesuatu.

Thursday, September 27, 2012

Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhary KAYA HUTANG


Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.
“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.
“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.
Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.
“Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion, lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.
“Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini,” kata Pua lagi.
Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, “Syed Mokhtar umpama raja kerana banyak bank di belakangnya.”

Tuesday, September 25, 2012

Masyarakat Cina meyakini hudud adil untuk semua


Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India. 

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Saturday, September 22, 2012

Thousands in KL protest anti-Islam film

Thousands of Muslims shed their political differences and thronged the streets of the capital this afternoon to condemn the controversial “Innocence of Muslims” video, a short film mocking the Prophet Muhammad that has fuelled international fury and wreaked a storm of violent protests across the Muslim world.

Two simultaneous rallies — one by Umno Youth and another by PAS Youth — drew large crowds of angry protestors to different checkpoints across the city, all chanting praises to Allah and taunting the United States as they pushed their way through the mob.

Outside the Tabung Haji building on Jalan Tun Razak, the protest led by PAS and PKR’s youth wings was joined by at least 5,000 people, including those from Islamic non-governmental organisations Teras Pengupayaan Umat (Teras), Himpunan Hijau Putrajaya, Salamah Shah Alam and Angkatan Belia Islam (ABIM).

The group gathered shortly before 2pm before marching down the 1km stretch to the US Embassy in Lorong Kuda, waving flags of PAS, Malaysia and a modified version of the pre-independence flag Sang Saka, and yelling “Down with America and Zionism”.

Demonstrators burn a banner that depicts both the US and Israel flags outside the US embassy in Kuala Lumpur September 21, 2012.

“This is not just an Islamic cause, it is a human one. Anyone who insults any religion, it is an insult to humanity itself,” said PKR vice president Tian Chua in his speech to the crowd.

Four representatives ― PKR vice president Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, PAS Youth chief Nasruddin Hassan Tantawi and Teras president Azmi Abdul Hamid ― were allowed to present a memorandum to the embassy’s security office, which was received by its head of security.

“America must take full responsibility for this issue. We will show that the patience of Muslims and the non-Muslims is limited.

“If they go on with this, we will take more action,” Azmi told reporters after presenting the memorandum.

The crowd then burned paper printouts of the American and Israeli flags.Later, ACP Mohan Singh from Cheras district police headquarters told reporters the estimated turnout was 2,800 protesters at the embassy.

"We diverted traffic, as ordered, allowed them to protest, there were no untoward incidents and after presenting the memorandum, they dispersed.

We are content because this protest was done peacefully,” Mohan said.

Barely 5km across the city at the iconic Masjid Jamek in Jalan Tun Perak, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin led over 2,000 people, including members of Malay rights group Perkasa, Majlis Belia Malaysia and Puteri Umno, to protest the controversial film.

Khairy (right) addresses the crowd during an Umno Youth protest against an anti-Islam movie, at Masjed Jamek in Kuala Lumpur.

The Rembau MP praised PAS for agreeding to shed its political differences and take a stand along with Umno for the sake of Muslim solidarity.

“Two days ago, I phoned PAS’s Nasrudin Tantawi and together we agreed to put aside our differences.

“Umno Youth gathers today in solidarity with PAS, unlike their political allies,” Khairy said, criticising PAS’s partners in Pakatan Rakyat (PR) for not joining the party in today’s protests.

The crowd was seen carrying banners and flags professing belief in the Prophet Muhammad and calling for action to be taken by the French and United States governments against those who made the video and the cartoon.

“Our enemy is not the United States, France or any other religion, but those involved in the film and the cartoon,” Khairy said.

“We want both governments to take action against these people. The freedom of speech has its limits and must have a care for respect and responsibility.”

US embassies worldwide have all been placed on high alert following protests against the controversial video, which have even led to the death of a US ambassador and three other Americans last week during a protest at the US consulate in the Libyan city of Benghazi.

The crudely made 13-minute English-language film that mocks the Prophet Muhammad was produced by American Sam Bacile, filmed in California and circulated on the Internet under several titles including “Innocence of Muslims”.

Clips of the film posted on the Internet since July have been attributed to Bacile, which two people linked to the film have said was likely an alias.

For many Muslims, any depiction of the prophet is blasphemous. Caricatures deemed insulting in the past have provoked protests and drawn condemnations from officials, preachers, ordinary Muslims and many Christians.

Thursday, September 20, 2012

Insiden persenda Raja : Dr Mariah saman

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu.

Saman terhadap seorang doktor perubatan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin.

Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen.

"Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah.

Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu.

Thursday, September 13, 2012

Konvensyen Mega PR : Bukit Jalil bakal bergegar


Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Mega Pakatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Nov ini.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang mengesahkan hal itu berkata konvensyen tahunan itu kali ini akan memberi fokus yang lebih kepada persiapan pilihan raya umum ke-13.

Katanya pihaknya yakin pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini, sebaliknya menjangka ia akan diadakan tahun depan.

"Ia mungkin bulan Mac atau April tahun depan. Itu ramalan kami.

Bagaimanapun, sekiranya diadakan juga tahun ini, maka akan ada negeri-negeri di bawah pakatan yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

"Bagaimanapun, mengenai Kelantan (pembubaran DUN serentak dengan Parlimen) kita akan bincang balik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata tema konvensyen kali ini adalah 'Selamatkan Malaysia' dan menyasarkan penyertaan kira-kira 100,000 orang.- Bernama

Tuesday, September 11, 2012

Kelantan ikut Pusat


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian Pas Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Sebaliknya Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

"Tidak..tidak..tidak (untuk membubarkan DUN sendirian), kita buat serentak dengan Pusat," katanya ringkas kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.- Bernama

PAS calunkan 30% Wanita dan 5% DHPP


Pas sudah selesai memuktamadkan calon-calon bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan 95 peratus daripadanya telah mendapat ‘lampu hijau’ Majlis Syura parti itu.

Difahamkan hampir kesemua nama dibawa ke Majlis Syura, yang mengadakan mesyuarat bulanan malam tadi, telah mendapat perkenan badan tertinggi itu.

“Boleh dikatakan Pas sudah selesai menentukan 95 peratus calonnya. Kesemua nama yang dibawa ke mesyuarat Majlis Syura telah diterima.

“Tinggal lagi dalam lingkungan lima peratus, itu pun disebabkan ada Badan Perhubungan Negeri dan kawasan masih meneliti senarai pendek mereka yang terakhir,”.


Kira-kira 30 peratus daripada calon yang diteliti Majlis Syura adalah wanita manakala lima peratus adalah kalangan ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP).

Sumber yang dekat dengan Majlis Syura itu berkata, tiada banyak perubahan dalam senarai yang dibawa kepada Majlis Syura.

“Bermakna semua nama yang dibawa ke Majlis Syura diterima,” kata beliau sambil mengakui bahawa bukan kesemua nama berkenaan dipersetujui semalam.

“Persetujuan ini diberikan secara berperingkat... termasuk malam tadi. Tapi pokoknya 95 peratus sudah selesai,” katanya.

Sumber itu menambah, nama-nama yang telah diberi ‘lampu hijau’ itu akan diserahkan semula kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dipilih sebagai calon muktamad.

“Saya yakin dalam dua minggu lagi nama-nama yang telah mendapat persetujuan akan dikembalikan kepada kepimpinan pusat untuk dipilih. Biasanya Presiden parti akan memilih calon-calon akhir dengan mengadakan perbincangan bersama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat,” kata sumber.

Pada 2008, Pas bertanding di 67 kerusi Parlimen dan 233 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Monday, September 10, 2012

Janji PR untuk Pengundi Wanita


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membawa pakej ‘janji’ pilihan raya kepada pengundi wanita bagi memastikan golongan ini terus  berdaya selaras dengan tujuh tumpu utama dalam merealisasikan perancangan tersebut.

Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin, langkah ini merupakan satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran ‘Agenda Wanita Malaysia’ pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam.
Majlis akan diserikan oleh kehadiran ketiga-tiga Presiden Pakatan iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).
“Dengan membawa mesej ‘Falsafah Hormat Wanita’ dalam agenda ini,maka golongan wanita harus menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini.
“Tujuh tumpu utama ini akan kita perjelaskan dalam majlis itu nanti. Kita membawa arus perubahan untuk menjadikan wanita Malaysia benar-benar berdaya dan ini satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Zuraida turut menyifatkan agenda ini sebagai satu lagi Buku Jingga yang khusus bagi wanita’ yang memberi penekanan untuk memperkasakan golongan wanita.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Muslimat PAS,Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Majlis itu juga turut mendapat kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wanita khususnya dialu-alukan untuk hadir pada malam itu nanti.

Sunday, September 9, 2012

Simpati pada IGP dan anggotanya.

Saya ingin merakanlan rasa simpati kepada IGP dan Polis Di Raja Malaysia yang terpaksa menanggung beban diatas keganasan puak Umno serta NGO's tajaan nya kebelakangan ini. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku jika sekiranya pemimpin Umno mampu mengawal kebiadapan ahli-ahli dan sekutu mereka.

Sementara itu kepimpinan PKR berhasrat mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar susulan dua insiden serangan dan kekasaran ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat kendalian parti itu.

Kejadian kedua membabitkan bas itu disaksikan di Jasin, Melaka semalam.

"Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (Ismail) akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang disertai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain parti itu sekali lagi diserang semalam ketika siri lawatan di Jasin, Melaka.

Ini berikutan serangan ke atas bas sama di Kota Bharu minggu lepas.

"Sebelum itu, taktik samseng sama telah digunakan terhadap pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Ini termasuk serangan terhadap Datuk Seri Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai apabila terkena batu yang dilontarkan terhadap Nurul Izzah Anwar dan pelbagai lagi kejadian lain.

"Pun begitu, sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini pihak polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini," kata beliau.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri terus diam membisu, seolah-olah memberikan lampu hijau untuk gejala samseng ini terus berleluasa.

Saturday, September 8, 2012

Lynas Corporation akan ditutup .....


Lim Guan Eng memberitahu pengundi hari ini satu-satunya cara untuk menghalau keluar Lynas Corporation pulang ke Australia dan menutup kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha agung DAP memberi amaran kepada pelobi anti Lynas bahawa pemberian lesen pengoperasian sementara (TOL) kepada pelombong Australia itu adalah petunjuk jelas bahawa jika BN menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, syarikat tersebut akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang halangan.
“Kerajaan BN tak ada jalangan untuk memberikan TOL kepada Lynas walaupun sebelum PRU menunjukkan mereka lebih mementingkan keuntungan BN berbanding kesihatan rakyat.”
“Tempoh TOL dua tahun tidak memberikan rakyat Malaysia pilihan selain daripada memilih keselamatan berbanding keuntungan syarikat dan dua reaktor nuklear dengan menggantikan BN dengan Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Lim membangkitkan tentang ketakutan berbangkit dengan Lynas – membuang sisa dari Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan walaupun syarikat Lynas telah memberikan komitmen untuk membuang sisa tersebut di luar Malaysia.
Lim membangkitkan walaupun Lynas telah menyatakan komitmen mereka, akan tetapi syarikat tersebut masih enggan memberitahu di negara mana sisa-sisa. Water Leach Purification (WLP) tersebut akan dibuang.

Friday, September 7, 2012

AJK PAS Pusat paling dibenci Umno

Saudara/ri sedar tak? Sejurus selepas PRU 2008 dan sejurus selepas kekalahan UMNO/BN di 5 negeri itu, media2 milik UMNO telah menyerang Khalid Samad secara bertubi-tubi. Pada masa itu Khalid Samad cuma menziarahi sebuah gereja untuk berucap kepada pengundi2 beliau yang beragama Kristian.

Mereka yang menghadiri majlis tersebut bukanlah kesemuanya pengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Setengah dari hadirin yg beragama Kristian itu adalah pengundi dan penyokong Barisan Nasional ataupun tiada parti. 

Maka, apa sebab nak serang Khalid Samad sebegitu rupa? Ramai lagi Ahli2 Parlimen BN yang berucap di gereja. Najib sendiri pergi menziarahi Paus, Ketua UMUM Mazhab Katolik di Vatican. Juga, pada waktu itu, Khalid Samad bukanlah seorang yang memegang jawatan tinggi dalam PAS.

Khalid Samad pada waktu itu tiada pengaruh dalam PAS Pusat mahupun di negeri2 lain di Malaysia. Pengaruh Khalid Samad pada masa itu sekadar di PAS Shah Alam dan sedikit sebanyak di Selangor. YANG SEBENARNYA….. Sewaktu mula2 menubuhkan kerajaan di Selangor, Hasang Ali telah memainkan peranan memberi maklumat2 yang bohong dan tipu kepada pimpinan2 PAS Pusat.

Malahan, secara terus kepada Presiden PAS berbagai-bagai cerita tohmah dan bohong berkaitan Kerajaan Pakataan Rakyat Selangor diberikan. Strategi BISIK Hasan Ali ni Tulang Besi pernah saksikan sendiri dengan mata kepala Tulang Besi. Maka, Presiden PAS terpengaruh dan pernah satu waktu Presiden PAS bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduang dengan UMNO serta keluar dari Pakatan Rakyat.

Semua ini adalah akibat hasutan dan tipu daya ala iblis yang dilakukan oleh Hasan Ali. Maka, di waktu yang kritikal itu, satu-satunya tokoh dari PAS Selangor yang mempunyai hubungan samada dengan Presiden PAS mahupun pentadbiran Kerajaan Negeri adalah Khalid Samad. Sedar atau tidak, di dalam 6 bulan pertama (dan mungkin lebih) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid Samad adalah satu-satu tokoh yang aktif memerangi kempen hasut dan fitnah tajaan Hasan Ali.

Berani saya kata kalau tiada usaha agresif Khalid Samad, nescaya PAS sudah pun bersama-sama dengan UMNO sekarang ini dalam Barisan Nasional. Khalid Samad menggunakan hubungan pribadi beliau dengan Presiden PAS untuk mengendurkan pengaruh fitnah Hasan Ali serta kedudukan beliau dalam Mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat. Maka, Hasan Ali pada masa itu sudah menemui kegagalan.

Lantas beberapa tindakan drastik diambil. Secara dalaman, kedua-dua Shaari Sungip serta Khalid Samad dipecat dengan rakus dari apa-apa jawatan Perhubungan Negeri Selangor. Secara luaran, Hasang Ali menggunakan hubungan UMNO beliau yang kemudiannya menggunakan jaringan media mereka untuk memfitnah serta menista Khalid Samad. Jaringan media UMNO tersebut termasuklah:
a. Harian2 UMNO seperti Utusan Malaysia
b. Media elektronik seperti TV3
c. Blogger2 UMNO seperti Papagomo dan Parpukari
d. Cyberuk2 mereka di alam Facebook dan Twitter
Tidak lama dahulu Khalid Samad menang saman beliau terhadap Utusan Malaysia kerana Utusan menyiarkan artikel dari blog Zulkifli Nordin yang bertajuk “Zulkifli bidas Pak Janggut”. Tujuan utama serangan jentera UMNO terhadap Khalid Samad adalah berkaitan dengan peranan Khalid samad yang berjaya menumpulkan segala fitnah dan hasutan hasan Ali serta kuncu2 UMNO dan geng perpaduang dalam PAS.

Ia tiada kena mengena dengan pendirian Khalid Samad yang menyebelahi hak kaum Hindu di Seksyen 23 Shah Alam untuk membina kuil mahupun mempertahankan hak orang Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam bible mereka. Jadi, saya harap tuan2 pembaca sekelian dapat memahami sebab sebenar serangan fitnah ke atas Khalid Samad selama ini. Sekian

TULANG BESI

Wednesday, September 5, 2012

Anda MESTI baca "Kenyataan Elizarbert Wong"

Salam semua,

Jelas UMNO/BN kuat mainkan pelbagai sentimen lanjutan drpd sambutan Ambang Kemerdekaan Kerajaan Negeri Selangor 2012.

Antara yg perlu dijelaskan ialah:-

1. DYMM Tuanku Sultan tidak pernah dijemput untuk program Ambang Kemerdekaan 30 Ogos?

SMS drpd Dato SS hari Jumaat,

"Saya maklum, Utusan sengaja nak buat isu. Selama ini memang Tuanku tak pernah dijemput dalam program malam kemerdekaan kecuali majlis baca yasin.

Saya minta Dato Munir untuk beri penjelasan semula."

2. DYMM Tuanku Sultan dijemput dan hadir di program bacaan Tahlil/Yasin 31 Ogos 2012.

Ini juga program Kerajaan Negeri dan Tuanku hadir juga pada tahun ini, seperti sebelum ini

3. Jemputan berucap di program Ambang Kemerdekaan 30 Ogos 2012.

DSAI ada locus standi (kedudukan) di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Dan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah, adalah hak mereka siapa mereka nak jemput untuk hadir & berucap.

tq

Elizarbert Wong

Tuesday, September 4, 2012

Key Player Parlimen Kota Raja

Ini lah antara tenaga-tenaga penting yang menggerakkan Parlimen Kota Raja. 

Mereka terdiri Sekretariat Parlimen Kota Raja, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Dewan Himpunan Penyokong PAS, AJK PAS Kawasan, JPrK, dan Cawangan-Cawangan.

Terima kasih semua yang telah bertungkus lumus menjaya rumah Terbuka Parlimen Kota Raja pada hari ahad lepas.




































































Lagi gambar-gambar menarik  : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=436414459733598&set=oa.516250121721852&type=1&theater

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts