Monday, December 15, 2008

Catatan dihari minggu bersama Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja

Kota Raja ; Ahad 14.12.08 - Aturcara hari ni bermula dengan majlis Gotong Royong di Taman Menara Maju. Majlis diresmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar.

Selesai majlis tersebut rombangan saya bersama AJK Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja menziarahi keluarga Vijaya Prasad yang tinggal di Tmn Sri Andalas. Ibu Vijaya yang berumur 96 tahun dan buta amat terharu dan menyatakan beliau bersyukur kepada Allah kerana tidak menyangka lawatan kami. Saya sempat berbual dan menasihatkan beliau agar menjaga kesihatan dan makan ubat.Kami meneruskan ziarah untuk menemui keluaga miskin di Tmn Setia iaitu kerumah ibu tunggal iaitu Pn Khadijah dan En Rosli Abd Aziz yang telah diberhentikan kerja. Disini rombongan kami disambut meriah oleh PAS Cawangan Tmn Tmn Setia termasuk Ketua Muslimat dan ahli seramai lebih 15 orang. Kami meneruskan ziarah bersama ahli PAS Tmn Setia ke Kampung Sri Nadi dgn jumlah ahli rombongan melebihi 20 orang.

Saya dan rombongan menziarah keluarga miskin yang kematian suami.

Seorang ibu tua yang uzur

dan seorang ibu tunggal

ziarah hari ini berakhir dengan menghadiri majlis walimatul urus di Tmn Setia dalam keadaan saya tidak sempai berbaju kurung kerana kesuntukan masa.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts