Saturday, January 31, 2009

Dr. Halimah buat laporan Polis

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali membuat satu laporan polis terhadap sebuah laman web berhubung dakwaan kononnya beliau ditangkap khalwat 25 Januari lalu. Katanya, laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang kelmarin kerana dakwaan yang dibuat laman web berkenaan ternyata satu fitnah dan merupakan tuduhan yang mengaibkan beliau.

“Itu (dakwaan) satu fitnah. Saya tidak ada berhampiran kawasan Pelabuhan Klang pada malam berkenaan apatah lagi di hotel seperti yang didakwa. “Pada malam berkenaan saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor menghadiri program Forum Perdana dan pada sebelah siangnya saya menghadiri mesyuarat Yayasan Amal Pusat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan laman web berkenaan kononnya beliau ditangkap khalwat dalam satu operasi yang dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 Januari lalu di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Menurutnya, beliau akan memfailkan saman terhadap pengendali laman web berkenaan dan penulisnya yang menggunakan nama ‘ Brigade Commander Selangor’ berhubung tuduhan berkenaan. Dr Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang berkata, saman berkenaan dibuat sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan tuduhan yang mengaibkan seseorang terutamanya menjatuhkan maruah seseorang.

“Kini saya sedang menunggu Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) memilih peguam terbaik untuk mengendalikan kes ini. “Kita akan saman RM30 juta hingga RM40 juta kepada mereka yang terlibat dalam fitnah berkenaan dan ia bertujuan sebagai pengajaran kerana melibatkan maruah saya,” katanya. Menurutnya, beliau mahu pihak pengendali laman web dan penulis berkenaan memohon maaf secara bersemuka namun sama ada saman akan difailkan bergantung pada budi bicara dan perbincangan beliau dengan peguamnya.

“Saya nak mereka, webmaster dan pembawa berita muncul mengaku di depan saya secara bertanggungjawab,” katanya. Menurutnya, tuduhan berkenaan sama sekali tidak berasas dan menjatuhkan maruah beliau yang merupakan Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan seolah-olah mencabar beliau yang merupakan ahli Pas. Dakwanya, beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan berkenaan bermotifkan politik yang dibuat UMNO kerana laman web berkenaan merupakan laman web menyokong parti berkenaan.

“Saya minta kepimpinan UMNO pusat mahupun negeri mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat menyebarkan fitnah ini. “Dakwaan penulis berkenaan kononnya berita saya ditangkap khalwat telah tersebar dalam kalangan penduduk di Pelabuhan Klang juga fitnah kerana saya sendiri bertanya kepada penduduk dan mereka ternyata tidak tahu menahu mengenai perkara ini,” katanya.

Friday, January 30, 2009

Dr Mariah desak Mykmu.net mohon maaf secara terbuka

Jumaat 30 Januari 2009 3 Safar 1430 Hijrah


Dr Mariah desak Mykmu.net mohon maaf secara terbuka
Saidah Hairan Fri Jan 30, 09 12:49:28 pm MYT


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood mengutuk keras sikap dan perbuatan penulis Jamilisa yang menyebarkan fitnah dalam laman web Mykmu.net terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang kononnya ditangkap berkhalwat.

Beliau menegaskan perbuatan Jamilisa yang tersebar dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Januari lalu telah menjatuhkan maruah pimpinan wanita Islam.

Katanya, itu perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan penulis tersebut wajar meminta maaf kepada Dr Halimah, suami, keluarga dan pihak PAS.

"Bagi kami pimpinan wanita PAS ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dimaafkan kerana melibatkan maruah diri, keluarga dan perjuangan PAS," tegasnya.

Katanya, walaupun Jamilisa telah meminta maaf seperti yang disiarkan dalam laman web Mykmu.net tetapi itu tidak memadai kerana fitnah tersebut melibatkan maruah seorang isteri, ibu dan wakil rakyat.

Beliau mendesak laman web tersebut meminta maaf secara terbuka dan berjumpa sendiri dengan Dr Halimah, suami serta wakil PAS.

"Tuduhan ini bukan satu perkara yang main-main kerana ia melibatkan kredibiliti di mana selama ini akhlak Dr Halimah tidak pernah tercalar walaupun sedikit," tegas beliau.

Beliau memetik maksud surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.


Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik."

Dr Mariah yang juga AJK PAS Pusat berharap Dr Halimah akan meneruskan tindakan saman malu bagi memberi pengajaran terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah.

"Dr Halimah ada bersama dengan saya dalam Forum Keluarga Bahagia Masyarakat Penyayang di Dewan Orang Ramai Bukit Kuching, Kuala Selangor pada malam 25 Januari lalu," jelasnya. - lanh _

Thursday, January 29, 2009

Tok Guru Nik Aziz tersenyum dek penangan 'Makkal Sakthi' Kota Raja

JKR 10, 25.1.09 ~ Lawatan kerja PAS Kota Raja bersama KPP Kota Raja benar-benar menghasilkan sesuatu yang positif dan perkembangan ini adalah bagi memastikan Kota Raja terus dimenangi oleh PAS melalui YB Dr Mariah yang memberikan komitmen 100% sebagai wakil rakyat yang disukai oleh rakyat Kota Raja pada masa kini. Ditambah dengan penerangan serta dialog yang diberikan oleh urusetia penerangan dan TGNA sendiri ialah memberikan kredit tambahan kepada semua peserta bahawa apabila Islam memerintah, ia akan memerintah secara adil dan semua kaum akan terbela.

Semasa sessi KPP kekuil pada hari sabtu, mereka didedahkan oleh penganut agama Hindu di kuil tersebut, dijelaskan kepada ahli KPP bahawa tempat ibadah mereka yang semasa pemerintahan BN/UMNO amat kecil tapi telah mendapat kebenaran dan peruntukan dari kerajaan PAS Negeri Kelantan dengan membesarkannya pada keadaan sekarang. Selain itu TGNA juga memberitahu mereka orang sembahyang adalah orang dia. Ini benar-benar menarik perhatian mereka.

Dalam lawatan ketempat kediaman TGNA di Pulau Melaka sekali lagi KPP dikejutkan apabila melihat dengan mata dan kepala sendiri keserdahanaan kehidupan TGNA sekeluarga dan tanpa sebarang Protokol mereka disambut dengan mesra sekali walau pun tanpa sebarang appoinment. Kami juga sempat menerangkan kepada mereka bahawa bangunan sekolah agama sekeliling rumah TGNA yang tidak siap tersebut adalah kerana TGNA hanya akan menyiapkan hanya dengan duit sendiri dan sumbangan ramai sahaja dan tidak sama sekali menggunakan wang kerajaan negeri.

Setibanya kami ke JKR 10 pada hari berikutnya kami disambut oleh AF Ustaz Adnan dari Urusetia Penerangan Negeri Kelantan serta En Sri Shan Ahli Majlis Perbandaran Tanah Merah, En Tharuman a/l Arjunan Pegawai Penerangan Zon.

Selain itu Exco Kerajaan Kelantan YB Dr. Mohammed Fadzli bin Dato' Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi juga turut menyambut kedatangan kami disamping memberikan ceramah beliau.

Kemuncaknya ialah kira-kira jam 12 tengahari dimana TGNA datang meraikan tetamu seterusnya makan tengahari bersama ahli rombongan.


Sebahagian Makkal Sakhti Kota Raja bersama Tok Guru Nik Aziz sempena lawatan kerja ke Kelantan bermula dari 23.1.2009 hingga 25.01.2009 yang dihadiri oleh 80 orang peserta
23.1.2009 sebelum bertolak sebahagian peserta bergambar setelah mendengar amanat oleh YDP Kota Raja yang mewakili YB Dr Siti Mariah (hadir jam 8.30 mlm, terpaksa pergi awal untuk hadir mesyuarat Perhubungan PAS Selangor) .

24.1.2009 semua peserta tiba di Kota Baharu dan menginap di MGU Hotel, sebelum tu mereka membeli belah di Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah.

Jam 6 petang sampai kekediaman TGNA di Pulau Melaka, TGNA menyambut kedatangan peserta dan sempat bergambar. Semua ahli KPP Kota Raja merakamkan kekaguman mereka melihat tempat tinggal seorang Menteri Besar dan ada diantara mereka terasa malu dengan kehidupan yang lebih mewah dibandingkan dgn TGNA.

Ahli KPP Kota Raja bergambar kenang-kenangan dihadapan rumah TGNA
Ahli KPP mendengar Taklimat dari Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja sebelum masuk ke JKE 10
Ketibaan kami di JKR 10 disambut oleh AF Ustaz Adnan dari Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis penerangan dan dialog oleh En Sri Shan Ahli Majlis Daerah Tanah Merah selama 15 tahunbersama KPP Kota Raja

Mendengar amanat dari TGNA


Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kota Raja En Letchumanan dan En Segar menyampaikan cenderahati kepada TGNA

Sekretariat Parlimen Kota Raja & Lajnah Perpaduan Nasional yang mengiringi KPP dalam rombongan tersebut

Dari kiri Tamsani, Majid (bendahari LPN), Azmel, Tn Hj Maskor, Tn Syed Abd Malek (sekretariat & pen. s/u LPN), Bakharuddin, Fadhil, Ketua Penyelaras KPP Kota Raja, Nagheh dan Rosman


Wednesday, January 28, 2009

Mendiang Kugan di bawa ke Puchong

PPUM, 2:45pm : Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini.

Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya, dekat sini. Difahamkan, keluarga Kugan akan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong.

Kira-kira 500 orang menyertai perarakan pengebumian itu dan keadaan dilaporkan tegang apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan.

Setakat ini jumlah mereka yang ditahan Polis kerana menyertai perarakan seramai 4 orang

Jom Sertai Cabaran Futsal 2009 Parlimen Kota Raja

Kota Raja - Cabaran Futsal Parlimen Kota Raja akan diadakan pada hari Ahad 1hb Februari 2009 bertempat di Spot Planet, No 4 Jalan Herba 1 16/16A, Seksyen 16, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Majlis Perasmian akan dilaksanakan oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud pada jam 10 pagi, YB Tn Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda juga dijangkan hadir majlis tersebut.

Majlis Anjuran bersama Sekretariat Parlimen Kota Raja, Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja, DACS, Kelab Penyokong PAS Kota Raja, Pejabat ADUN Sri Muda, Pejabat ADUN Sri Andalas dan AMK Kota Raja ini bakal menemuikan 40 pasukan handalan yang bertanding.

Selain hadiah wang tunai berjumlah RM2000 dan medal untuk pemenang setiap pasukan yang bertanding juga akan diberikan sijil penyertaan (di pamerkan)

Semua di jemput hadir .... informasi : razif 013-3610603

Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Sebagaimana biasa, tiap-tiap tahun masyarakat Cina di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah. Tambahan lagi, tahun ini ialah tahun lembu; melambangkan kemakmuran yang dihasilkan dari usaha yang bersungguh-sungguh berserta keazaman yang tinggi.

Sempena sambutan tersebut saya sekelurga bersama YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas dan YB Tuan Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda serta seluruh pimpinan Pakatan Rakyat Kota Raja mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai buat seluruh rakan-rakan serta rakyat berbangsa Tiong Hua di Kota Raja dan Seluruh Malaysia.

Thursday, January 22, 2009

Lawatan Kerja Kelab Penyokong PAS Kota Raja ke Kelantan

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja dan Kelab Penyokong PAS Kota Raja akan melakukan lawatan kerja ke Kelantan bermula pada hari Jumaat 23hb Januari hingga 25hb Januari 2009.
Menurut Penolong Setiausaha LPN KR, Sdr Syed Abd Malek seramai 53 orang ahli kelab penyokong yang terdiri dari Sri Muda, Sri Andalas dan Taman Kelang Jaya menyertai lawatan ini dengan menaiki 2 buah bas. Beliau juga memaklumkan dari jumlah tersebut masih ramai lagi yang ingin pergi tetapi tidak semua dapat menyertainya kali ini kerana tempat telah penuh.
Satu taklimat kepada peserta lawatan ini berkenaan dengan objektif lawatan ini telah diadakan pada hari rabu yang lalu oleh Ketua Penyelaras LPN Kota Raja. Selesai taklimat setiap peserta dengan penuh semangat memberikan komitmen yang tinggi untuk menjadi penceramah bila balik dari Kelantan nanti.
Menurut ketua rombongan Azmi Jusoh merangkap Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah, majlis pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz akan berlangsung pada Ahad 25.1.2009 jam 10 pagi di JKR 10. TGNA sendiri akan menerima kunjungan ini hingga selesai makan tengahari. Sementara majlis pelepasan akan dibuat di Markaz Bukit Naga oleh YB Dr Siti Mariah jam 9.00 malam esok.

Jadilah pembangkang yang berwibawa


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung peruntu-kan RM150,000 kepada setiap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Menurut Dr Khir, seramai 17 Ahli Parlimen PR di negeri ini menerima peruntukan berkenaan.

“Difahamkan kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi setiap 17 Ahli Parlimen PR di negeri ini. Ini merupakan salah satu bentuk penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kerja pembangkang memang suka membangkang, tapi sayang apa yang dibangkang tu sebenarnya tak patut dibangkang. Bukan senang nak jadi pembangkang yang berwibawa, seperti Ketua Pemuda PAS YB Salehuddin Ayob yang mendapat pujian dari Tan Sri Speaker Dewan Rakyat, mungkin beliau masih terlalu junior dalam bidang ini.

Pemberian RM150,000 tersebut memang wajar kerana itulah polisi kerajaan negeri iaitu Negeri Berkebajikan, Sebagai ketua kerajaan yang bertanggung jawab dan prihatin dan berkebajikan pemberian ini menunjukkan bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid merupakan pemimpin yang amat bertanggung dan berwibawa. Memandangkan MP tersebut berada didalam Negeri Selangor sudah sewajarnya mereka mendapat peruntukan tersebut untuk membantu rakyat negeri Selangor yang memerlukan bantuan.

Sebagai Wakil Rakyat pilihan rakyat menjadi tanggung jawab wakil rakyat tersebut menyelesaikan masaalah rakyat yang diadukan kepada mereka. Sebahagian dari masaalah tersebut memerlukan wakil rakyat tersebut menyediakan sedikit peruntukan selain menyalurkan masaalah mereka pada sessi Parlimen.

Sebagai bekas pemimpin No 1 di Selangor sewajarnya Dr Khir memahami masaalah ini dan mengambil sikap yang lebih rasional.

Wednesday, January 21, 2009

KT : Kesungguhan petugas PAS bagi memastikan kemenangan

Rakaman gambar-gambar dibawah menceritakan kesungguhan petugas PAS terutama YB Dr Mariah, YB Dr Lo Lo serta teman-teman yang lain seperti dirakamkan oleh jurugambar kami Azmel Zeffry Abdullah semasa kempen disana















Tuesday, January 20, 2009

KT : bukan mudah mencapai kemenangan ini

Gambar-gambar semasa kempen menceritakan usaha yang sungguh-sungguh dilakukan oleh YB Dr Mariah bagi meraih sokongan pengundi di KT seperti yang dirakamkan oleh Sdr Azmel Zeffri Abdullah.








.................. bersambung esok

Monday, January 19, 2009

KPP Kota Raja & Selangor bantu kempen PRK KT





Ponggel Festival 2009

Sri Muda ~ Ahad, 18.01.2009 ... Kelab Penyokong PAS Sri Muda telah menganjurkan program ini bermula jam 8 pagi di kawasan lapang berhampiran Kuil Sri Muda. Pesta ini merupakan pesta menuai bagi masyarakat India (bukan perayaan agama).

Sebelum program ini di adakan Lajnah Perpaduan Nasional telah mengmbil pendekatan baru dengan berbincang bersama KPP Sri Muda terdiri dari Sdr Segar, Muthu dan Jaya. Perbincangan ini bagi mengelak salah faham tentang program ini.

Ketibaan YB disambut oleh pemimpin masyarakat India Sri Muda

Memberikan ucapan didalam majlis tersebut sebagai satu usaha mendekati kaum India, Disebelah beliau ialah Sdr Segar dari KPP Sri Muda

Ponggel bermakna air buih nasi yang ditanak dalam periuk tanah dan dan kayu api


Antara AJK Lajnah Perpaduan Nasional yang hadir dalam program tersebut bersama seorang penyokong kuat dari KPP, tengok topi dia pakai.

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts